Thursday, December 18, 2008

Tatacara Berdakwah

Assalamu alaikum wbt. semua sahabat cyber dan sahabat di luar sana yang mungkin mengenali diri saya yang cetek ilmu ini. Namun begitu pada sempena malam jumaat ini izinkan saya menjadi "Tok Guru" yang tidak mempunyai tauliah dari manusia.

Entry ini saya tujukan kepada sesiapa yang ingin sangat berdakwah dan bertabligh. Tatacara dan kaedah berhemah serta bijaksana telah Allah ajarkan kepada semua umat muslim seperti mana di bawah. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya perturunkan ini tidak menepati kehendak anda wahai Pendakwah.

Apa pun yang kita buat hendaklah bersederhana, itu adalah Nas. Janganlah kita terlalu ghairah sehingga melangkaui kehendakNya. Kalau kita melebihi Sunnah adalah bida'ah tapi kalau kita melampaui firman Allah dipanggil apa ye?

Renung-renungkanlah!







Wallahu Aklam.....

34 comments:

  1. Mereka tidak kenal Tuan dengan dekat, begitu juga saya.

    Tapi saya tahu Tuan memang hebat.

    Semoga pahala melimpah ruah buat Tuan.

    Amin.

    harimau: kenapa orang bukan Islam tidak sensitif? Tidak faham saya dibuatnya, Tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Rimau,

    Ucapan terima kasih dari saya kerana sdr. mendoakan saya. Tetapi tuan telah meletakkan saya di tempat yang terlalu tinggi nanti bila rasa tidak selesa di atas susah saya nak turun.

    Saya adalah insan biasa seperti mana saudara juga. Punya hati, perasaan dan insya Allah sedikit iman. Iman inilah yang membuatkan hati kita terbakar dan telinga kita panas bila bila hal-hal keimanan di sentuh oleh manusia yang tidak sepatutnya menyentuh.

    ReplyDelete
  3. Entri yang pendek namun dalam makna isinya..renungan buat semua..sedih bila membaca blog-blog yang mana tujuannya baik tapi tiada hikmah dan hasanah. Mencerca, mencaci dan mengkafirkan pihak yang tidak sebulu sememangnya menjadi 'trend.'Patot sungguh mereka-mereka ini membaca entri dari ayahanda ini.

    persoalan harimau izinkan saya mencelah. Bagi saya mereka bukan kerana tidak sensitif, tapi peluang besar yang ada pada masa ini yang menyebabkan mereka tidak sensitif. Masa zaman mantan Perdana Menteri dulu, tak pernah dengar suara menuntut inilah, itulah..tapi pada hari ini mereka menuntut kerana keadaan yang memberikan mereka berubah. Lebih-lebih lagi yang menjadi 'kepala' mereka sendiri adalah seorang melayu yang sudah 'melayu' sifat melayunya dan islamnya. Memperjuangkan keadilan samarata sedang adil itu tidaklah bermakna kena samarata.Tidaklah sama hak si miskin dengan si kaya. Jika keadilan samarata diperjuangakan, maknanya zakat juga harus diberikan samarata.Sekian..Wallahualam.
    p/s : saya non-partisan dan tidak menyebelahi mana-mana ahli politik. sekadar memberikan pendapat dari akal serba pendek ini.

    ReplyDelete
  4. Salam Uncle,

    Semua orang tahu Islam menuntut "Kesederhanaan" jangan berlebih dan jangan pula terkurang.

    Berhubungan posting ini, sebagai insan tidak terlepas dari sifat Ammarah, apatah lagi dalam senario politik sekarang (maaf saya merujuk pada penulisan politik), teguran dalam blog terhadap pemimpin.

    Jika menggunakan bahasa berhemah adakah akan dipedulikan, jawapannya tidak.

    Maka disebabkan perasaan marah, segala nista akan terhambur, bersimbolik luahanan perasaan. Ini tak dapat dielakan... geram dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. Salam anakanda SilumanSakti.

    Sebenarnya tujuan uncle hanya untuk memberi ingat. Maklumlah kekadang manusia ini bila dah ghairah menghitung dosa orang lain, mereka lalai yang mereka sendiri sedang membuat dosa.

    Tentang kes mencari dan menghina Islam itu, uncle rasa pendapat anakanda ada betulnya. Bila ruang dibuka musuh masuk mencelah!

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Betul tu, untuk menegur pun ada tahapnya bergantung pada situasi dan suasana. Kalau di dalam situasi yang sepatutnya berkasar, berkasarlah. Kalau patut dan sesuai untuk berlembut, berlembut dan lebih berhemahlah. Itulah yang dimaksudkan dengan cara yang bijaksana.

    Dengan anak kita pun begitu juga. Ada masa sesuai untuk nasihat, ada masa sesuai untuk dimarahi dan ada juga masa yang terpaksa dirotan.

    ReplyDelete
  7. salam ayahanda...
    semoga tersedar hendaknya...
    nak copy paste entri ini buleh??

    ReplyDelete
  8. ya Mount... sikit2, slow and steady, selit-selit :)

    yg selebihnya, la haw la wala quwata illa billah.....

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda hanis,

    Sedar dan menyedarkan adalah tugas kita semua.

    Kalau anakanda nak copy n3 ni, silakanlah lagi pun segala pesanan yang baik patut disebarkan.

    Semuga anakanda di limpahi rahmatNya.

    ReplyDelete
  10. Salam Mak Su,

    Ya Mak Su, itulah bagi saya cara yang sebaik-baiknya.

    Kita menegur adalah bertujuan baik tetapi kalau tidak kena pada gayanya boleh membuat orang sakit hati atau terluka paling tidak meluat. Bila begini keadaannya maka teguran kita menjadi sia-sia dan menambahkan musuh.

    ReplyDelete
  11. uncle, setuju sangat ngan uncle. ketika remaja, erisya tertarik dengan akhlak mubaligh agama lain berbanding dengan 'pendakwah' Islam. Mungkin kerana mereka diberi latihan secukupnya seperti leadership training dsbnya...Mungkin juga mereka sendiri baru mengenali Islam maka semangat meluap2....hingga merasakan diri mereka sempurna...sesuka ati jer memperlekehkan orang lain(maaf ya pandangan ini dikutip hasil pengalaman (yang pernah erisya temui ...tidak bermakna semua pendakwah bersikap begitu). kekadang tuh datang ke rumah tanpa menghormati tuan rumah...isteri pakai tudung ke tidak..main jenguk dalam rumah jer! Dah jenguk baru beri salam...tak de maknanya! Bagi kumpulan ini, ada baiknya seorang ketua yang berilmu menemani agar tidak timbul fitnah kepada seluruh jemaah...atau train betul2 anak buah segi adab sebelum lepaskan mereka berdakwah sendirian...sekadar memberi satu contoh...

    ReplyDelete
  12. A'kum buat anakanda erisya.

    Apa yang erisya alami dan uncle selami adalah sama. "Budak yang baru pandai naik basikal, makan pun dia akan lupa".

    Uncle tengok "Pendakwah" (bukan semua) cenderung kepada "kasar" dan berlagak. Dengan jubah meleret(hapak rimau) tasbih di tangan dan serban berekor membuka dada di jalan. Entah kenapa begitu, sedangkan Islam anjurkan berlemah lembut, rendah diri (bukan hati) dan berhemah walau pun dikasari. Itulah sebenarnya sifat Pendakwah. Satu masalah besar yang uncle nampak ialah kurang ilmu.

    Uncle sendiri pernah beberapa ketika bergaul dengan mereka. Dari pengalaman itulah uncle tahu sedalam mana pengajian mereka. Sebenarnya ramai di kalangan mereka adalah Pak Turut. Malangnya mereka tidak dihidangkan dengan ilmu.

    Pernah satu masa uncle halau pendakwah yang datang ke rumah uncle. Mereka bertiga ajak bersembang dan mengajak ke masjid, itu bagus. Tetapi mereka ajak bersembang di tangga sahaja. Bila uncle pelawa masuk ke rumah mereka tidak mahu dan menolak.

    Terus uncle kata kamu semua pentingkan diri sendiri dan tidak ikut sunah sedangkan kamu bercakap hal-hal sunah. Bukankah Rasulallah menghormati tuan rumah dan jemputan orang? Kalau kamu masuk ke rumah, kami akan hidangkan air sekurang-kurangnya. Kami juga akan dapat pahala kalau nak bercakap pasal pahala dan kamu akan dapat nikmatnya. Jadi kamu aja yang nak pahala dan kamu tidak mahu memberi peluang orang lain untuk dapatkan pahala. Kalau macam ni, kamu berambus jangan datang ke rumahku lagi. Pendakwah songsang!

    ReplyDelete
  13. Biasalah itu..pak turut dan taqlid buta sememangnya jadi didalam masyarakat. Saya menuntut di UIA,yang mana para pelajarnya bukanlah seperti di Malaysia ini, yang mana kita bergaul dengan pelbagai mazhab dan pegangan. Pernah sekali dua pihak bertelingkah bergaduh bertegang leher semata-mata kerana tidak sependapat disebabkan mengikut 'Pak Syeikh" yang berbeza pandangan. masing-masing mengaku dirinya yang betul,masing-masing mengaku mereka yang mengikut sunnah.Ni semua terjadi sebab hanya menjadi pak turut dan tidak pernah belajar dari sumber yang asli serta berfikiran sempit sedangkan Islam itu agama yang luas.Wallahuaklam..Dan menjadi trend di UIA dan saya percaya kebanyakkan universiti yang mana kafir mengkafir berlaku (khususnya mereka yang berfahaman wahabbi). Mungkin apa yang mereka bawak itu benar iaitu mengikut sunnah tetapi cara adalah tidak tepat,tiadanya hikmah dan hasanah.Wallahua'lam

    ReplyDelete
  14. salam abg din..
    supo pak karamu ghoyak,hawo amaroh tu sebenanyo berguno..
    beto juga hok demo bince dale umoh wok jono.peghe buke nyo nge diri kito sendiri, tapi nge oghe hok dok pahe adak..
    aku pon keno gok,nge gu diri.awe ni bertorikat.baru belaja la.huru haro lagi.tapi kecek dio..,supo kito ni pok tolo.angin lo kitonyo.skali kawe buko mulok,nampok bena bengongnyo demo ni.pah sampa ko ari ni dok kena kawe.hile gu soghe.sedih gok.pah kawe pujok-pujok la hati.. mapuh gi la..
    sori abe din.pinje baso.kalu dok beto maaf la deh.. mugo adik bradik,maroh gaponyo weh..

    ReplyDelete
  15. Anakanda SilumanSakti,

    Memang uncle pun naik pening dengan orang sekarang ini. Apa yang dikatakannya memang betul. Tetapi cara menegur macam menegur budak-budak.

    Tentang tarekat, tentang pak sheikh itulah yang jadi masalah. Sudah semesti lain tarekat, lain sheikhnya dan tentu lain pula caranya. Tapi hakikatnya semuanya ke arah tujuan yang sama. Ia itu ke hadhrat Allah. Kalau mazhab besar ada 4 tidak bergaduh, kenapa ahli tarekat menidakkan di antara satu sama lain walau pun banyak. Maka di sinilah salahnya.

    Cuba renung terjemahan ini "Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang "tersesat" dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

    Samalah juga kes kafir mengkafir. Barang siapa menuduh orang lain kafir, sekiranya orang itu tidak kafir maka kafir akan berbalik kepadanya. Ini bermakna sipenuduh akan menjadi kafir!

    ReplyDelete
  16. W'salam aku,

    Betul sifat amarah tu ada masanya berguna tapi jangan disalah guna.

    Kawan yang mengamal tarekat ini pun sebenarnya cetek ilmu. Ibarat kata orang tua-tua "Panjat pokok dari pucuk, mana nak kenal pangkalnya"

    Hilang kawan secara rasional tidak apa tapi jngan hilang kawan kerana bergaduh tentang perkara yang tidak tentu pasal. Itulah sebabnya susunan/makam pembelajaran dan pengamalan sudah ada. Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Kesemuanya kita mesti faham dan lalui, kalau tidak mungkin kita akan tersesat.

    Tentang perang itu kan ada dua perang fizikal dan rohani. Kalau kita ingin menegakkan kebenaran yang berpaksikan ilmu, maka kedua-dua perang ini mesti kita hadapi. Tetapi berperang dalam dirilah yang paling susah untuk kita menangi.

    ReplyDelete
  17. saya sebenarnya pon cukup anti dengan orang yang rasa dirinya sudah cukup syarat untuk masuk syurga bila sudah berjubah labuh, tasbih di tangan, berserban besar walaupon jubah mereka itu sudah berapa tahun tidak dibasuh.
    Dari pengalaman sendiri juga, ada juga golongan ini yang menghalalkan penggunaan dadah haram kononya untuk baca al quran tanpa tidur...
    dan ada juga yang berjubah, berjanggut panjang tetapi kuku di tangan (kiri pulak tu)di simpan panjang dan kotor..bila ditanya-awak masuk group tabligh ttp kenapa awak simpan kuku mcm ni? jwapannya - cik, cik tidak tahu apa2 baik duk diam2,sya ada alasan saya sendiri..geram betul sya kerana apa yg saya tahu islam mementingkan kebersihan.(walaubagaimana pon saya tetap suka tgk & respek para pak2 imam yg pakai mcm itu tp dgn penampilan yang sangat bersih, muka yang tenang&bercahaya,bercakap dengan lemah lembut dan berhimah)...
    sorry uncle,terpanjang pulak sya meluahkan rasa di sini

    ReplyDelete
  18. Salam

    Firman Allah dalam surah al-Fushshilat (41:33-35)

    "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk dalam orang-orang Muslim (yang berserah diri)'. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."

    ReplyDelete
  19. salaams uncle, tu lah kan..mereka tak tahu cara mereka berpakain tu melambangkan imej Islam...silap sikit orang akan hina Islam. Kena lah hati2 :)

    ReplyDelete
  20. leiah,

    Tak tahu pulak uncle sampai ada yang sanggup guna dadah untuk ketahanan membaca alqur'an. Ini samalah dengan fahaman politik modern, "matlamat menghalalkan cara". Kelakar juga tu.

    Tak apa leiah nak luahkan perasaan atau apa-apa pun boleh. Ini adalah tajuk yang sesuai untuk meluahkan apa saja tentang perkara yang berkaitan.

    Adakah cukup iman sekiranya sebahagian darinya kita abaikan?. Contohnya kebersihan seperti mana kata leiah. Kebersihan adalah sebahagian dari iman.

    Entahlah dia orang belajar dengan menggunakan kepala hotak atau pun kepala lutut. Bukankah berfikir sejenak lebih baik dari sembahyang sunat seribu rakaat. Itu menunjukkan betapa penting menggunakan akal fikiran di dalam Islam.

    ReplyDelete
  21. Azyyati,

    Itulah yang sebaiknya di dalam bab menyampaikan. Jangan dok ingat yang kita ni maksum.

    Itulah sebab di n3 di atas uncle tanya "Kalau kita melangkaui firman Allah, apakah nak digelarkan?"

    ReplyDelete
  22. W'salam erisya,

    Setiap individu Muslim adalah roll model kepada orang yang masih kafir.

    Jadi kalau kita tonjolkan contoh yang tidak baik, maka di kaca mata orang bukan Islam akan nampak Islam adalah satu agama yang teruk dan tidak baik.

    Jadi jalankan peranan kita. Kita rasa kita bukan pendakwah tetapi dengan perlakuan kita, cara berpakaian kita, tutur kata kita yang baik akan menjadikan kita pendakwah secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  23. Di dalam setiap yang baik pasti ada kecacatan dan kecelaan. Sekarang ini zaman fitnah. Jika kita berfikiran waras dan terbuka, mencari dan melihat kebaikan, pasti kita akan temui kebaikan. Begitu juga jika kita mencari yang sebaliknya.

    Hanya tatacara dakwah Nabi sahaja yang betul. Kita (terutama saya), harus belajar dan terus belajar ke arah kesempurnaan. Tiada manusia yang sempurna.

    Setiap yang diucapkan akan cepat tersebar. Jika ucap kebaikan, kebaikan tersebar. Jika ucap keburukan, keburukan tersebar.

    Sekadar pandangan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  24. A'kum sdr. Azhar,

    Apa yang saudara katakan itu seratus peratus benar. Ikutlah cara Rasulallah menyampaikan risalah. Biarkan niat baik kepada perkara yang baik dan seterusnya mendatangkan kebaikan.

    Gunakanlah akal fikiran yang sewaras mungkin untuk menilai dan mengikut. Sebenarnya perkara yang buruk lebih cepat tersebar daripada apa yang baik dengan pertolongan syaitan tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  25. salam uncle..sesungguhnya bukanlah mudah untuk berdakwah...jue amat takut kalau2 tersalah memberi maklumat..akan tetapi dakwah boleh diaplikasikan dalam banyak cara..insyaAllah,sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini,kita sama2 berdakwah demi agama kita..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  26. W'salam Jue,

    Kemana lama menghilang, tak ada tarian jari jemari di keyboard?

    Betul tu jue, kita buatlah apa yang patut berdasarkan kemampuan kita. Dakwah adalah tugas semua.

    ReplyDelete
  27. terima kasih uncle, dalam kita rancak berblog ni, uncle turut selitkan yang ini...semoga saya juga turut mendapat sesuatu yg baik...baguslah uncle..
    :)

    ReplyDelete
  28. Sama-sama ann,

    Ya, untuk kita saling mengingati tugas kita bersama.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.

    mungkin tahap sederhana bagi setiap insan itu berbeza - beza.

    mungkin tahap sederhana itu boleh di nilai dari iman kita.

    ada yang kata sederhana itu adalah begini - begini.

    tapi bagi yang lain berbeza pula kerana tahap iman tak sama.

    tepuk dada tanyalah iman.

    sekadar pandangan dari saya.

    :)

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum warahmatullahi wb.


    lalu berlalu

    berhembus bayu diangin lalu,
    sejuk terasa bertiup lalu,
    memohon idzin menumpang lalu,
    agar hidup tak merugi lalu,

    sama berpesan demi masa yang lalu,
    sama berkawan demi masa yang nak lalu,
    ruh yang ada singgahlah lalu,
    jasad dipandang jadi tak lalu,

    semoga masa dimanfaati lalu,
    agar teguran diberi lalu,
    semoga nasihat bertegur lalu,
    agar ilmu diberi lalu,

    demi masa masa berlalu,
    masa yang ada kian berlalu,
    memohon ampun sambil berlalu,
    maaf dipinta maaf berlalu,

    bersama berilmu bersama berlalu.


    salam hormat,
    taman taman ilmu

    ReplyDelete
  31. W,salam sdr/i Tujuh Kaki Dalam,

    Memang perkataan sederhana itu adalah subjektif. Tetapi kita kenalah pakai dan sesuaikan dengan budaya setempat. Kalau kita tidak ikut standard setempat dan budaya kita akan dikatakan kurang adab/ajar.

    Contohnya sekiranya kita memberikan arahan kepada anak buah di bawah kita dengan bertempik atau menengking, bagi orang biasa di katakan tidak ada adab/kurang ajar tetapi bagi Pasukan Tentera atau Polis, perkara begitu adalah biasa.

    Begitu juga tahap Iman, pernahkah Rasulallah berkasar dalam menyampaikan risalah? Kekasaran dilakukan hanya kepada yang melawan secara kasar tetapi masih lagi dengan kekasaran berhemah. Contohnya di dalam perang pun ada adab dan peraturannya.

    ReplyDelete
  32. wa alaikumussalam wbt. taman taman ilmu.

    Terima kasih hamba ucapkan
    Kerana singgah membaca melihat
    Titipan ikhlas hamba harapkan
    Semuga persaudaraan bertaut rapat

    Sama-samalah kita melihat
    Apa yang sepatutnya dipahat
    Pada iman dan darjat
    Semuga beruntung dunia akhirat

    Ilmu patutlah di pelajari
    Di amal, dipakai dan diajar
    Semuga ianya tidak rugi
    Dunia dikelek akhirat dikejar

    Samalah berdoa sesama kita
    Agar tiada yang cacat
    Di dunia kita bahagia
    Di akhirat kita ada darjat

    Salam persaudaraan dan terima kasih di atas nasihat.

    ReplyDelete
  33. assalamu alaykum wr wb
    selamat tahun baru 1430 H
    memangnya dalam berdakwah itu kita sentiasa dituntut untuk berlaku baik. thanks for sharing

    jazakallah khairan katsira
    salam ukhuwah

    ReplyDelete
  34. Wa alaikumussalam bunda.

    Saya ucapkan terima kasih di atas kunjungan bunda ke sini. Saya baru sampai ke rumah jam 10.00 malam ini.

    Bukan apa kekedang tu orang kita terlampau gelojoh di dalam menyampaikan. Agrasif sangat, dakwah ialah pujuk dengan cara yang paling baik dan berhemah.

    Terima kasih sekali lagi di atas pandangan bunda.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa