Friday, January 23, 2009

Inilah Wajah Arab Mesir

Ini adalah cerita layanan mesra dan prihatinnya Arab terhadap saudara sebangsanya yang cedera dan berlindung di bawah naugan negara saudara seagamanya yang bernama Mesir. Inilah hati dan budi Kerajaan Mesir yang dicurahkan terhadap saudaranya dari Palestin yang kaya raya dan aman damai.

Perisikan Mesir ugut mangsa Palestin yang cedera

Jumaat, 23/01/2009 - Beberapa penduduk Gaza cedera yang menerima rawatan di beberapa buah hospital Mesir dan telah pulang semula ke Gaza berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan terhadap beberapa orang daripada mereka untuk mengetahui tempat membuat roket dan bagaimana senjata diseludupkan ke Gaza.

Portal berita internet Al-Jazeera melaporkan rakyat Gaza yang cedera itu berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan dengan cara yang kasar bahkan mengugut sesiapa yang enggan bekerjasama akan sentiasa diburu dan akan dihentikan rawatan mereka di hospital-hospital Mesir.

Mereka yang cedera itu menjelaskan, setelah kecederaan yang mereka hadapi sembuh sedikit, pihak keselamatan Mesir terus melakukan soal jawab dan menuntut mereka memberikan maklumat tentang kumpulan-kumpulan jihad yang menentang Zionis. Mereka juga dituntut agar tidak lagi memberikan sokongan kepada gerakan HAMAS setelah kembali semula ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

23 comments:

  1. pasukan keselamatan Mesir atau pasukan keselamatan Israel?

    Ni macam pun ada?
    Patut lah Islam hancur

    ReplyDelete
  2. lu dah tua, tapi ikut blog budak hingusan si azli tu apa hal. nanti lu pun jadi bodoh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara,

    "Sudah jatuh ditimpa tangga" - rakyat Palestin yang mengharapkan bantuan kononnya dari saudara mereka di Mesir.

    Ramai sangat tali barut Israel, dan Orang Islam pulak tak bersatu hati, sampai bila bilalah cerita macam ini.

    ReplyDelete
  4. Berpecah belah dan hanya taksub kepada bangsa...inilah keburukannya Tuan.

    ReplyDelete
  5. Salam sdr. radenjowo.

    Itulah sebenarnya rupa manusia yang bangga dengan bangsa Arabnya dan sebuah negara yang terkenal dengan universitinya.

    Sudah nasib warga Palestin.

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Itulah yang sedihnya puan. Saudara yang diharapkan sudah menjadi tali barut Yahudi. Habis ke mana lagi mereka nak berlindung.

    Memang sekarang Umat Islam berpecah kerana kuasa politik dan kerana kebendaan. Penyatuan Umah sudah terjual bersama maruah satu agama yang diterima di sisi Allah. Islam sudah terpinggir di hati mereka.

    Kerana kita perpecah belah dan meminggirkan Islamlah kita lemah. Kita senang diperkutak-katikkan dan akhirnya menjadi hamba kepada musuh Allah.

    ReplyDelete
  7. Tok Rimau sdrku.

    Mereka tanamkan kedalam jiwa mereka perkara yang dilarang Rasulallah dan sudah pasti dimurkai Allah.

    Mereka lupa hanya jiwa yang taqwa akan dipandang Allah.

    ReplyDelete
  8. hmmm..sebagai umat Islam...kita tak bersatu; sebagai melayu juga kita berpecah-belah dan tikam-manikam! nak berderma pun malas kecuali ke tabung ikhwanul muslimin...yang benar2 perjuangkan Islam bukan bangsa :(

    ReplyDelete
  9. Salam uncle,

    Tiada kata yang terucap lagi, sejak zaman Nabi lagi bangsa arab ini berpuak-puak, bersatu kerana Islam.

    Selepas Nabi wafat, mereka kembali berpuak sehingga kini.

    ReplyDelete
  10. erisya,

    Musuh utama umat islam adalah perpecahan. Perpecahan berlaku kerana kepentingan masing-masing. Ajaran agama diketepikan demi nafsu.

    ReplyDelete
  11. W'salam Isa,

    Apa kena dengan blog Isa.

    Itulah sebenarnya satu penyakit yang dihidapi oleh masyarakat Islam hari ini. Perpecahan berlaku boleh dikatakan melanda umat islam bukan kepada umat arab sahaja.

    Selagi kita sisihkan iman maka selagi itu kita tidak akan bersatu. Rasulallah satukan umat arab dan ajam melalui islam dan iman. Di akhir zaman alqur'an jadi hiasan, iman berkarat maka kita akan lemah. Kelemahan inilah diekploitasikan oleh musuh-musuh islam, musuh-musuh Allah.

    ReplyDelete
  12. Zionist dan Mesir saja..Paling memalukan negeri yang mana didalamnya terdapat khazanah ilmu Islam, al-azhar al-syarif telah ditunggang oleh Zionist dan ejennya. Jordan yang mana diperintah ahlul bait juga diam sepi tanpa sebarang jawapan. Arab Saudi yang kononya penjaga dua kota suci membiarkan kota suci umat Islam ke-tiga diperkosa dan saudara seakidah dihina. Jutawan dan Billionwan arab lebih rela menghabiskan duit kurniaan Allah kepada kereta disaluti emas permata, kapal layar yang mampu mengelilingi dunia tuhan tanpa rasa malu pada tuhannya dari memberikan duit tersebut kepada saudara seagama. Pemimpin umat Islam terus di jangkiti penyakit takutkan mati dan inginkan kekayaan..jangan menyalahkan orang lain, bagaimana dengan kita, umat islam di Malaysia ini?..adakah tabung sana-sini (ada tabung siap ambil untung dari derma) cukup membantu saudara kita?..pemimpin kita menyalahkan pemimpin arab sedangkan mereka juga dua kali lima!..mashaallah...

    ReplyDelete
  13. salam uncle.. saya memang sakit hati dengan mesir ni sejak mula palestin di serang.. dahlah semua bantuan yang nak masuk di sempadan rafah di sekatnya.. pakar2 perubatan pun tak boleh masuk.. mujur jugak obama bagi arahan supaya sempadan di buka.. agaknya kalau bush masih jadi presiden, pasti lebih ramai rakyat palestin yang mati.. mati akibat cedera dan kelaparan.. kalaulah kita ada kuasa..

    ReplyDelete
  14. i don't understand ur lang but anyways have a great day my dear friend...bye..

    ReplyDelete
  15. Salam Siluman,

    Nampaknya tidak Mesir seolah-olah 'lebih sudu dari kuah'. Kalau macam itu Obama lebih berhati perut dari saudara seagama dan sebangsa Palestin. Nampaknya penyakit hati telah mengelabuai mata dan perasaan mereka.

    Bercakap pasal tabung bantuan ini pun satu lagi hal. Macam-macam tabung telah diwujudkan untuk kita menderma, tetapi apa jadi dengan tabung-tabung itu. Contohnya tabung tsunami. Apakah adakah sasaran penderma dicapai?

    Amanah telah menjadi musuh hawa nafsu. Nafsu sudah memperkudakan iman yang lemah.

    ReplyDelete
  16. W'salam anaknada nurdaniella.

    Sadis dan menyayat hati saudara seagamanya sendiri diperlakukan begitu. Jangankan nak menolong, simpati pun tidak. Tapi sekurang-kurangnya Obama bertindak dengan dengan betul dan lebih mempunyai perasaan.

    Betul anakanda, sekiranya Bush muda masih lagi berkuasa, rasanya umat Palestin akan lumat.

    ReplyDelete
  17. Dear vishalini.

    It's correct, only the heart do understand the language of mind.

    thanks.

    ReplyDelete
  18. Salam ziarah, dah tatap dah wujudku ihsan dari Tuhan he he he

    ReplyDelete
  19. Terima kasih, lama juga sakura tidak ke sini.

    ReplyDelete
  20. Salam saudaraku Fakhruddin,

    Pertelingkahan antara negara dan bangsa Arab sejak berkurun lamanya telah mengakibatkan musuh Islam sentiasa berjaya menindas umat Islam.

    Sejarah telah lama membuktikan musuh Islam adalah dari kalangan penganut Islam sendiri yang tohor keimanannya.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  21. Selalu terbayang bila seseorng memakai jubah sudah menunjukkan kesolehan, ketaatan dan ketinggian ilmu agama..Selalu terbayang yang memakai serban dianggap kiai dan mullah yang patut dihormati kerana kewarakkannya..

    Namun kita lupa, hanya amalan yang yang membezakan meraka bukan dgn jubah dan serban..

    ( jgn terkejut jika melihat pak arab dgn berjubah dan beserban sedang minum arak dan dikelilingi gadis jelita di dubai mahupon di bahrain.Ini realiti)

    ReplyDelete
  22. W'salam sdrku Mohd. Sofi.

    Betul saudara, berpuaknya Arab tidak akan lekang dek zaman. Mereka bersatu pun kerana Islam dan Rasulallah. Bila sudah jauh dengan Islam dan Rasulallah, mereka berpuak dan bertelingkah semula. kerajaan Islam dulu-dulu jatuh kerana orang Islam juga.

    Di sini pun tidak boleh lari dari hakikat itu. Orang Islamlah yang menyekat dan memfitnah islam kepada orang bukan islam menyebabkan orang bukan islam fobia dengan hukum dan islam. Perkembangan dakwah juga disekat oleh orang yang sudah bersyahadah.

    Amat menyedihkan bukan?

    ReplyDelete
  23. Sdr. mogen,

    Apa yang saya tahu, jubah dan serban adalah pakaian bangsa arab. Kalau tidak kerana Rasulallah keturunan arab, seban dan jubah tidak akan ada kaitan dengan islam.

    Pakainan memlembangkan budaya. Di dalam hal ini saya pernah berbahas dengan orang-orang tabligh. sememang iman dan taqwa tidak boleh diukur melalui serban dan jubah atau tasbih. Yahudi juga ada kopiah dan tasbih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa