Monday, January 19, 2009

Kesihan Dan Menyedihkan

Kebanyakan pelajar Melayu mengharapka pinjaman dari PTPTN untuk meneruskan pengajian. Tetapi apa akan jadi bila bayaran pijaman oleh PTPTN lambat semata-mata kerana masalah teknikal. Seperti no. pin yang tidak boleh login. Bayaran pinjaman tertangguh bukan sebulan tetapi lebih lama seperti apa akan terjadi kepada Mahasiswa yang tidak mempunyai duit dan keluarganya pula tidak mampu membantu?

Ini cerita berkenaan seorang kawan anak kedua saya yang dipanggil 'Adik'. Adik sekarang sedang menuntut di UiTM Permatang Pauh di bidang Kejuruteraan Makanikal dalam semester akhir. Maafkan saya, tujuan saya ceritakan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk apa yang telah saya dan adik lakukan tetapi memaparkan implikasi akibat kelambatan menerima duit pinjaman PTPTN dan saya berharap pihak PTPTN memandang berat akan sesusahan yang dihadapi oleh Mahasiswa.

Petang tadi isteri saya memaklumkan kepada saya yang adik minta duit. Saya tanya isteri ke mana duit adik? Kepada apakah adik belanja duitnya sedang baru 3 hari lalu saya hantar duit kepadanya. Isteri saya kata adik tolong kawan dia di UiTM Shah Alam sudah 3 hari tak makan sebab ketiadaan wang. Saya tersentak, terasa sedih yang amat sangat. Budak kawan dia tu pun saya kenal berasal dari Johor. Anak yatim yang ramai adik beradik dan kerja maknya pula hanya menjual kueh. Dia ni jenis budak baik dan tak banyak cakap. Belajar dalam Ijazah Kejuruteraan Makanikal juga.

Kisahnya adik call budak itu petang tadi tetapi budak itu tidur. Rupanya tidur seharian menahan lapar. Itu dia ceritakan kepada adik setelah adik mendesak kenapa tidur saja seharian. Sakitkah atau apa sebenarnya berlaku. Barulah dia cerita pada adik yang dia sudah tidak makan 3 hari kerana ketiadaan duit nak beli makanan.

Jadi adik hantar duit kepada kawannya itu melalui akaun bank. Itu sebabnya duit adik tinggal sikit jer lagi. Petang tadi juga saya hantar duit tambahan kepada adik dan minta no. akaun budak itu dari adik. Jadi kepada budak itu saya hantar lagi duit tambah kepada apa yang adik telah hantar sebelumnya. Di samping itu saya beritahu adik supaya budak itu beritahu kami sekiranya tidak ada duit lagi selepas ini. Insya Allah saya akan tolong.

Sebenarnya perkara tolong orang ini saya telah latih adik dari sekolah rendah lagi. Cerita tolong ini saya sudah ceritakan di n3 saya dulu yang bertajuk Anak Yang Malang. Jadi kerana itu jugalah adik tidak meminta kebenaran atau persetujuan saya untuk hantar duit kepada kawannya itu. Tahu-tahu adik minta saya tambah duit belanja dia, barulah saya tahu dari cerita adik. Bermurah dengan manusia, Allah akan bermurah dengan kita. Insya Allah.

51 comments:

  1. uncle...memang susah jika wang lambat masuk akaun...erisya dan 2 org kawan pernah kongsi sekeping roti gardenia sebab kami semua tak de duit...sebab tu lah erisya terpaksa buat part-time job sementara tunggu duit masuk

    ReplyDelete
  2. erisya,

    Uncle tidak rela perkara begitu terjadi kepada anak uncle. Adik pun tidak mohon pinjaman itu.

    Menyayat hati.... memang sedih!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara,

    Kalau kita kata pengurusan Pentadbiran yang lembab di kebanyakan Pejabat Kerajaan atau yang setaraf dengannya, mereka akan marah kita.

    Serupa macam cerita Along yang terpaksa bermalam di KLIA tu. Hanya kerana kerenah dan SIKAP yang tidak baik dan betul pada diri orang orang atasan ini. Tidak fikirkan kesan ketidak apaan mereka!Menyusahkan SEMUA ORANG. Kadang kadang boleh dikategorikan sebagai MENDERA!!

    Kalau mereka anggap tugasan yang diserahkan sebagai Ibadah juga dan dapat pahala selain dari gaji bulanan tidak mungkin mereka akan lalai dan buat kerja sambil lewa.

    Mujurlah ada insan macam Adik. Alhamdulillah. You taught her well. Semoga Adik diberkati Allah swt dan digandakan ganjaranNYA dalam segala aspek dan semoga juga rakan Adik itu akan mendapat bantuan secepat mungkin. InsyaAllah.

    Elok juga dia beritahu pihak atasan yang bertanggung jawab akan implikasi buruk pada dia jika wangnya lambat diterima. Give them the wake up call they need.

    ReplyDelete
  4. Masih ada yang mengalami situasi ini di Malaysia..Sedihnyer..Namun kita selalu tak nampak..Kita hanya memandang pada keseluruhannya..Ya mmg..kenduri kendara tetap diadakan..Shopping complek tetap penuh..Gerai2 makan tetap dikunjungai..namun adakah itu menidakkan wujudnya golongan ini di Malaysia..Saya percaya ramai lagi yang mengalami naseib begini namun atas sikap hanya memandang keseluruhannya golongan2 ini terpinggir dan tersasar dari matlamat..

    Kanapa ramai yang menjerit dan membangkang..Kerana mereka melihat golongan ini tetap ada..

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Itulah masalahnya dengan kakitangan kerajaan. Saya pernah katakan di dalam satu mesyuarat yang kebanyakan kakitangan kerajaan tidak layak mendapat bonos. Ramai dari mereka kerja dengan sikap acuh tak acuh dan lepas tangan. Itulah sebabnya ada saya jawab komen sorang sahabat yang saya pernah tengking seorang pegawai di Jabatan Pendidikan berkaitan dengan pertukaran sekolah adik satu ketika dulu.

    Tentang laporan itu susah sikit puan. budak ni terlalu baik dan lurus. Kalau nak harapkan dia complain dia tidak akan buat.

    Saya sendiri nak complain pun saya tidak ada kaitan sebab adik pun tidak buat pijaman.

    ReplyDelete
  6. Sdr. mogen,

    Ya, situasi begini masih wujud. Sebab apa? Sebab pekerja yang berkaitan meringankan tanggungjawab.

    Bagi mereka, bukannya mereka yang susah. Bukan anak mereka yang kelaparan, bukan saudara mereka yang kelaparan tetapi orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mereka.

    Tapi mereka lupa yang mereka makan dari hasil kerja yang tidak disempurnakan dengan baik dan bertangung jawab. Mereka makan dari hasil dari kerja acuh tak acuh mereka. Itu sebab sekarang negara dipenuhi oleh anak-anak muda yang hilang pekerti dan kesusilaan kerana dibesarkan dari hasil kerja mak bapak mereka yang sebegini. Tidak ada berkat.

    ReplyDelete
  7. Saya mahu jadi ibu bapa yang memahami dan bertimbangrasa seperti uncle dan auntie...bkn sahaj kpd anak2 sendiri. malah kawan2 mereka yg memerlukan...InsyaAllah..hmm,, hanya mampu geleng kepala tanda hampa dgn pihak2 berkenaan..

    ReplyDelete
  8. Galuh,

    Manusia yang terlibat ini seolah tidak terfikir yang ada orang yang menderita akibat dari kelalaian mereka. Tambah-tambah lagi anak yatim.

    ReplyDelete
  9. salam..
    nak juger ler menyampuk.. just sharing pengalaman yang tak seberapa pasal PTPTN ni.

    tahun lepas saya ade mbantu 1 kolej untuk menyediakan/kemaskini akaun pelajar, termasuklah kemaskini pinjaman PTPTN pelajar. Yang sedihnya pihak PTPTN macam 'behind IT technology'.. masih lagi guna fax & fax ke kolej berhelai-helai muka surat. Dan saya pun tak tahu aper jenis sistem yang mereka guna, sbb amik masa guna untuk memahami & 'extract' semula dari data yang difaxkan. Kerana itu, proses mengemaskini akaun pelajar memakan masa yg lama utk diselesaikan, sebab kami kena masukkan satu2.. alangkah baiknya jika pihak PTPTN menghantar data dalam bentuk 'softcopy'.. save dlm disk & courier via poslaju.. atau pun hantar via email with encryption..

    tentang sikap k/tgn kerajaan thdp kerja ni, memang 'letih' melihatnya.. mujur ler saya dulu hanya 'hadir' sbg consultant, kalo saya yg jadi bos depa mungkin tak betah kot depa nak koje situ.. yg sedihnyer bila saya beritahu ketua jabatannyer, ketua jabatan pun tak amik port.. belum lagi yg keluar opis utk urusan peribadi semasa waktu pejabat.. bila kita tanya, si A mana? kwn2 sepejabat simply jawab ade urusan kat luor jap. Walhal, kerja dia langsung tak perlu keluor ofis.

    ReplyDelete
  10. Alamak! Betul ke Tuan?

    Saya sudah rasa menahan lapar dengan tidur seharian pada tahun 2000. Masa tu saya ambil kursus khas selama setahun. Memang perit. Perut macam dicakar-cakar.

    Kita bantulah mereka kerana mereka tidak pinta situasi begitu.

    ReplyDelete
  11. Salam saudaraku Fakhruddin,

    Sampaikan salam saya buat 'Adik'. Semoga ALLAH swt membalasnya dengan limpahan rezeki yang tidak Adik duga.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  12. Hampir 20 tahun yang lalu saya pernah berkata kepada budak2 saya bahawa kita orang-orang Melayu kenapa mesti ikut cara budak2 Cina, datang ke sekolah tetap malas belajar?

    Budak Cina yang malas macam mana pun datang dengan kereta dan sudah ada bisnes menanti mereka sebaik sahaja melangkah keluar dari sekolah. Tapi kita yang Melayu ini? Setiap hari menadah tangan di pili sekolah untuk minum sedikit air sebab nak beli minuman tidak ada duit.

    Kita datang dengan basikal atau bas dan apabila pulang belum tentu apa yang ada untuk dimakan, jadi belajarlah rajin-rajin supaya masa depan anak cucu kita terjamin.

    PTPTN sahaja harapan anak-anak Melayu. Tidak sepatutnya para pegawai yang menguruskannya tidak tahu. Memang mereka orang yang tidak tahu bersyukur!

    ReplyDelete
  13. Salam,

    betul kata akhi tu, jika kita bermurah dengan manusia, Allah akan bermurah dengan kita. Insya Allah.

    ReplyDelete
  14. salam uncle, mujurlah kawan adik ada teman seperti adik.. kalau tak, entah berapa hari lagi dia terpaksa menahan lapar.. pihak PTPTN ni macam tak faham2 jer kan.. sudah tentulah mereka yang memohon tu terdiri dari mereka2 yang kurang berkemampuan.. mungkin tiada pemantauan dari pihak yang berkenaan menyebabkan timbulnya masalah2 seperti ni.. mujur masih ada lagi insan2 yang prihatin seperti uncle dan anak..

    ReplyDelete
  15. W;salam kakyong.

    Tak tahu pula saya yang mereka masih bekerja cara zaman batu. Itulah sebabnya pelaksanaannya lambat di tambah pula para pegawai yang mengandalikan itu pula tidak pegang amanah yang dipertangung jawabkan.

    Kalau dah boss macam tu, anak buahnya akan jadi hantu. Hasil kerja tidak menentu, gaji tetap macam tu.

    Aduii... merdekakah kita dalam erti kata sebenarnya?

    ReplyDelete
  16. Sdr.ku Tok Rimau,

    Kita rasa perit, kita rasa kecewa dan kita rasa cukup kesihan dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung Para Pelajar ini.

    Tetapi adakah pegawai-pegawai di PTPTN itu peka dan peduli tentang apa yang Pelajar-Pelajar ini alami? Tidak terfikirkah mereka?

    Bagi saya bukan saja sedih tapi kisah yang menyayat hati.

    ReplyDelete
  17. W'salam sdr. ku Mohd. Sofi.

    Insya Allah adik akan baca n3 ini dan saya akan sampaikan salam saudara.

    Sebenarnya di hati kecil saya juga bangga dengan sifat peduli yang ditunjukkan adik.

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan Haji MADiSYAK.

    Memang saya tersentuh dengan ketabahan Pelajar ini. Walau dalam perit dan kepayahan dia tetap sabar dan bersemangat untuk belajar.

    Kita harus bantu sekadar yang mampu. Dia tidak akan berkeadaan begitu sekiranya keluarga dari golongan berkemampuan.

    Cuma saya terkilan dengan layanan pihak PTPTN terhadapnya.

    ReplyDelete
  19. W'salam CT,

    Sebenarnya dari segi hakikat apa yang kita hulur hendaklah Lillahi ta'ala kerana itu suruhannya. Kita seharusnya tidak mengharapkan sesuatu. Rezeki dari Allah, apa salahnya kita kembalikan haknya kepada insan lain.

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  20. W'salam nurdaniella,

    Itulah yang uncle kesalkan, duit itu duit pijaman ketika pelajar memerlukan untuk mneneruskan pelajaran. Bukannya mereka berikan free. Di akhirnya akan dituntut juga.

    Lagi pun bukan duit mak bapak dia, itu duit tabung kerajaan, mereka hanya pengendali saja.

    Itu anakanda, sikap prihatin dan peduli itu penting bagi kita.

    ReplyDelete
  21. kasihannya dia.
    moga tuhan murahkan rezeki ayahanda untuk ayahanda kongsi bersama insan yg memerlukan.

    ReplyDelete
  22. hanis,

    Terima kasih di atas doa anakanda. Memang cukup sayu hati uncle bila diberitahu adik.

    Insya Allah uncle akan bantu sesiapa saja setakat yang termampu.

    ReplyDelete
  23. Salam En. Mountdweller,

    Kadang-kadang rezki nampak pada kita sebenarnya dia adalah hak orang lain. Sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.Alhamdulillah anda telah melakukan yang terbaik. Bagaimanapun PTPTN patut up sikitlah sistem pengurusan yang lama tu takkan nak biarkan anak-anak kita berpuasa dan asyik dengan maggi. Pembangkang pun ada alasan jugak sebagai negara demokrasi kita patut dengar suara dari semua pihak.

    ReplyDelete
  24. W'salam Opah. Harap Opah sentiasa sihat dan gembira.

    Betul tu Opah, mereka sepatutnya improvekan cara kerja dan keikhlasan. Kesian kat anak-anak yang berlapar dan makan maggi sementara dapat duit PTPTN.

    Memang Opah, pada saya apa yang saya ada bukanya hak saya secara mutlak. Di dapur kita, di poket kita dan di dalam rumah kita hak orang lain yang Allah anugerahkan melalui kita. Saya memang ingat itu.

    ReplyDelete
  25. saya adalah bacth ke 2 penerima pinjaman PTPTN..saya pun kena lagi teruk..pinjaman akan dapat dihujung semester..so saya kena buat kerja part time untuk buat duit belanja..

    ReplyDelete
  26. Salam Zam,

    Kalau begitulah jadinya, amat malang sekali bagi pelajar kita. Mungkin sistem yang digunakan pada masa itu tidak begitu bagus dan advance.

    Kesihan memang kesihan..... itulah penting pada setiap individu perlu ada sikap peka dan peduli.

    Kena pandang kiri kanan, yang perlu dibantu hendaklah membantu.

    ReplyDelete
  27. Hello i found your Blog quite intresting.Well i am Vishalini from india i'm also quite new to this blogging world.So now i am searching for my new friends.i found you in my one of my friend's blog friend's list.I hope you can be my one my friend forever.So i have added you in my blog roll.Hope you will also add me in your friends list.Anyways my dear friend happy Blogging....And stay in touch.Bye.

    ReplyDelete
  28. Salam hormat,

    Terbaru yang saya dengar berkenaan PTPTN tidak akan mengurangkan jumlah pinjaman walaupun negara berdepan krisis ekonomi.Memang patut begitu kerana saya dapati harga barang-barang masih tinggi melambung...kalau nak kurangkan duit yg nak diberi mcm mana nak survive budak2 ni.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  29. salam hormat,
    izinkan saya link blog abg.

    TQ.

    ReplyDelete
  30. kesian kat budak2 macam ni, bukan semua parents boleh sediakan advance utk anak2 mereka. sedangkan kat sekolah pun kadang2 jadi macma ni jugak.

    kadang2 anak saya balik dan cerita, tadi kasik member pakai duit dia, singgit, limaposen, member tu tak dak duit, ayah dia lom gaji. saya kata tak kisahlah.

    kekadang pula, anak2 saya dibelanja kat sekolah oleh kengkawan dia, sebab masalah yang sama.

    well, kenalah amalkan give and take, kan.

    ReplyDelete
  31. Dear Vishalini,

    Thanks for visiting my blog. I'm appreciate that. Well i can't guess how you understand my language.

    Yes i will put you into my blogroll.

    ReplyDelete
  32. W'salam awi.prt8.

    Itu adalah satu berita yang amat baik bagi pelajar kita dan juga satu keputusan yang bijak dari pihak PTPTN. Kalau tidak tercekik juga para pelajar yang kurang mampu.

    Syukur. Keprihatinan itu sudah bagus cuma berikan sedikit perhatian kepada pelajar yang bermasalah dengan perkara-perkara kecil seperti pin tidak boleh login sepermana yang berlaku kepada kawan anak saya ini.

    Saya amat menghargai niat sdr. untuk linkkan blog ini. terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  33. Salam Mak Su.

    Syabas kepada anak Mak Su kerana mengambil sikap peduli dan amat prihatin. Mak Su juga adalah seorang ibu yang baik dengan menggalakkan anak-anak menolong sekadar yang mampu.

    Begitulah Mak Su, rezeki dari Allah seandainya ada perlu kita tolong dan bantulah sekadar kemampuan. Insya Allah rezki kita akan lebih murah dan mempunyai barakah.

    ReplyDelete
  34. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Selamat bertemu kembali, ma'af sahabat kerana waktu akhir ni agak sebuk

    ReplyDelete
  35. Salam ayahanda, sudah lama tak komen di blog ayahanda, sibuk dengan kerja dan program..lebih-lebih lagi sekarang yang tengah sibuk pilihanraya kampus :)

    Bagi saya, bukan pasal masalah masuk lambat atau prosedur yang lambat, masalahnya terletak pada PTPTN itu dan kerajaan itu sendiri!..pelajar lain keluar dengan sijil..anak melayu kita tambah lagi satu, keluar dengan sijil dan hutang!..PTPTN menyebabkan anak melayu kita berhutang sebelum mereka habis belajar lagi. Bukan setakat hutang, ditambah pula dengan bunga (atau didalam islamnya riba) yang sememangnya diharamkan dalam islam.

    Kita patut melihat hak yang telah termaktub didalam perlembagaan yang mana SETIAP anak melayu punya hak untuk biasiswa (dan bukannya HUTANG). Oleh itu, tidak seharusnya ada hutang, sebaliknya yang ada hanyalah biasiswa.

    Sebuah kerajaan islam (daulah islamiyyah) yang betul setahu saya menyediakan semuanya untuk rakyatnya belajar. Pelajar hanya pergi belajar tanpa perlu fikir pasal duit, makan, yuran pengajian dan sebagainya..kerana itu adalah tugas kerajaan untuk rakyat dan hak rakyat yang mesti dilaksanakan.Jadi, islamkah malaysia, fikir-fikirkan sendiri...

    masalah terbaru PTPTN ialah sekarang nk mintak pun ada hadnya. Nak mintak pun dah payah..yang menjadi tanda tanya bagi saya ialah, kami meminjam, ikut suka hati kamilar kami nak berapa, lainlah kalau kami diberi BIASISWA..

    tapi, mujurlah saya dijauhkan dari riba yang secara terang-terangan ini...alhamdulillah..

    payah-payah....

    ReplyDelete
  36. Wa alaikumussalam wbt.Pak Karamu.

    Kesibukan adalah lumrah kita sebagai insan yang memang diberikan tugas oleh Allah subhanahuwata'ala. Cuma sama ada kita tunaikan tugasan itu atau pun tidak. Beramal dan mencari harta. Kedua-duanya akan diberkati seandainya kita kerjakan kerana Allah.

    Insya Allah kita sudah sama-sama faham Pak.

    ReplyDelete
  37. Wa alaikumussalam anakanda siluman.

    Apa yang anakanda kata itu semua betul. Sekarang berhutang dipaksakan ke atas pelajar yang kurang mampu. Tidak berhutang, tidak akan mendapat pelajaran. Itulah hakikat sebahagian besar pelajar melayu. Terpaksa berhutang dan dipaksakan pula dibebani riba.

    Dudu-dulu semuanya dibantu di dalam bentuk biasiswa. Memang bertepatan dengan Perlembagaan.

    Walau pun bertentangan dengan Perlembagaan, banyak alasan yang kerajaan berikan untuk mewajarkan mahasiswa berhutang. Ayahanda sikit pun tidak heran sebab itu hanya yang termaktub di dalam Perlembagaan, yang termaktub di dalam alqur'an lagikan berani mereka engkar.

    Pertanyaan anakanda tentang islam ke tidak kerajaan yang ada hari ini, ayahanda katakan tidak! Negara diperintah oleh pemimpin yang beragama islam tetapi pelaksanaan pemerintahan jauh lagi untuk menamakan kerajaan islam.

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  38. Dimurah kan rezeki kalian
    InsyaAllah ..

    ReplyDelete
  39. salam ketemu lagi radenjowo,

    Terima kasih di atas doa Wak itu.

    ReplyDelete
  40. salam ayahanda,

    sedih jg baca entry ayahanda kali nie. anakanda pun pernah mengalami saat2 kritikal sebegini sms begelar fulltime student dulu. tapi mujurlah rakan2 sebilik semua jenis yg mengambil berat antara satu sama laen. mknan yg ada kami kongsikan. saper yg ada duit lbh, dahulukan kpd yg tak ada.

    sahabat anakanda pun pnh menahan lapar dan biasanya hari2 berpuasa krn tak nak menyusahkan kluarga yg serba daif di kg. cuma nasib kami dulu lbh baik, krn ketika itu kami dpt pinjaman MARA. elaun pun diberikan stiap bulan. jd perbelanjaan kami lebih terancang.

    dan sekarang walaupun kembali bergelar student, anakanda tak nak amik PTPTN ni. mmg menyusahkan. anakanda usahakan sendiri bersama keluarga utk menampung perbelanjaan pelajaran.

    p/s : doakan anakanda berjaya ye.

    ReplyDelete
  41. W'salam Rose,

    Perkara-perkara begini yang membuatkan ancle sedih dan memilukan. Tak apalah, ganjaran sentiasa menunggu orang-orang yang sabar.

    Ya, ayahanda sentiasa doakan untuk kejayaan seiapa saja anak bangsa kita. Insya Allah ayahanda doakan untuk Rose juga

    ReplyDelete
  42. salam blogawan dari saya

    Menitis air mata saya membaca kesah sedih yang dialami oleh pelajar tersebut.Sebenarnya ramai lagi pelajar yang senasib.Semoga Allah akan menambahkan lagi rezeki tuan sekeluarga.

    ReplyDelete
  43. w'salam fital,

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Terima kasih juga di atas doa saudara.

    Sama-samalah kita berdoa semoga perkara yang menimpa pelajar-pelajar ini tidak berulang.

    Apa pun kami sekeluarga bersedia membantu siapa sahaja yang bernasib malang dengan sekadar yang mampu. Itulah saja tanda kesyukuran di atas kemurahanNya kepada kita.

    ReplyDelete
  44. Ya..saya bersetuju dengan tidak islamnya Malaysia ini...Malaysia sebuah negara Muslim tapi bukan negara Islam yang sebenarnya (Daulah Islamiyyah) Negara Muslim ialah dimana penduduk majoriti adalah muslim tapi bukan mengamalkan sistem islam yang sebenar (sistem islam bukan bermakna hadd dan qisas semata-mata!..sistem islam adalah melebihi dari itu) sedangkan negara islam merupakan negara yang benar-benar menegakkan islam yang sebenar-benarnya....Islamnya Malaysia hanya sekadar hiasan dan permainan politik semata-mata....

    ReplyDelete
  45. mountdweller,
    terima kasih, setia datang bertandang ke blog saya.

    apa yang saya nukilkan hanyalah melayan hati yang rawan dek mengingat masa-masa lampau.

    nanti kita bertemu lagi....

    ReplyDelete
  46. Salam SilumanSakti,

    Ya, nampaknya begitulah. Di dunia modern hari ini sebenarnya masih belum wujud negara sedemikian. Insya Allah kalau diizinkan dan dipanjangkan umur mungkin kita akan melihatnya nanti disuatu hari.

    ReplyDelete
  47. Sdr. totang,

    Semua orang yang waras ada memorinya sendiri.

    Insya Allah kita akan bertemu lagi.

    ReplyDelete
  48. dah banyak kali hal mcm ni berulang..sejak zaman saya lagi, kerana masalah teknikal. ini masalah mentaliti dan tidak proaktif.

    ReplyDelete
  49. Salam Muhammad Azli Shukri.

    Perkara ini berlarutan sehingga sekarang, ini bermakna mereka sikap pekerja PTPTN tetap tidak berubah. Tidak pernah belajar dari kesilapan. Tidak mampu untuk baiki diri akhirnya pelajar yang merana.

    ReplyDelete
  50. salam uncle...sori dah lama tak komen kat sini..bukan apabila tgk ramai sgt dah bagi komen..tak jadi..he..he..sja jer post lagu tu...

    ReplyDelete
  51. W'salam Jue,

    Uncle pun saja nak duga.. he..he..
    Nak tahu apa jue akan jawab!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa