Tuesday, January 13, 2009

Soal Hudud Dan Pelaksanaannya Di Kelantan

Saya sedaya mungkin cuba meletakkan diri ini dengan tidak berpihak. Namun apa bila berhadapan dengan hak Allah, maka saya terpaksa patuh dan terpaksa memihak. Memihak kepada kumpulan yang cuba menegakkan hak itu. Hak Allah mesti ditegakkan, itu adalah fardhu kalau tidak sia-sialah kita mengaku sebagai Islam tetapi engkarkan perintahNya.

Saya cukup gerun bila membaca n3 terbaru di blog PakKaramu yang menyentuh kejahatan dan kufur setelah beriman. Di akhir-akhir ini 'Hudud' telah berdengung kembali. Dikembalikan oleh manusia yang oportunis politik. Hudud adalah hak Allah yang perlu ditegakkan.

Nasib Hudud (perintah Allah) dan penerimaannya di negara kita adalah sebagaimana petikan surat dari bekas PM Dr. Mahathir dan YAB. Tok Guru Nik Abd. Aziz, Menteri Besar Kelantan. Saya terpanggil ke bab ini bila melibatkan negeri kelahiran saya Kelantan. Ramai yang bertanya dan mencabar kenapa PAS masih tidak laksanakan Hudud di Negeri Kelantan yang di bawah pemerintahannya. Di bawah adalah jawapannya yang saya petik dari Blog Penarik Beca. Izinkan saya Sdr. Bakaq.

Surat dari bekas PM kepada MB Kelantan dan jawapan MB Kelantan kepada bekas PM itu. Sdr. /Sdri nilailah sendiri.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kapada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidundalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada keadah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)."

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita.

Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman.

Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.

Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al-Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam.

Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.

Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

4. Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol.

Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat.

Dengan itutuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak diluar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman.

Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.

Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya.

Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 15 Julai 1994

Surat PM ini telah dibalas kembali oleh Dato Menteri Besar Kelantan melalui rujukan MB.KN. (S) 19/2(36) bertarikh 17 Nov. 1994.

Surat ini mengandungi 33 muka surat serta Lampiran A.

MB Kelantan berhujah lengkap dengan ayat-ayat Al Quran, hadith, Ijmak Ulamak dan pendapat imam yang empat, sedangkan surat PM satu huruf dari AlQuran atau makna hadith pun tak ada apatah lagi pendapat ulamak. Ini bermakna PM berhujah pakai akal semata-mata yang telah dikafankan dengan pakaian syaitan.

MB Kelantan telah menjawab secara terperinci masaalah yang ditimbulkan olih PM berhubung wanita yang di rogol (surat PM para 4 (ii ) dirujuk ).

Antara lain jawapan yang dikemukankan olih MB Kelantan " jika wanita itu hamil dan tidak mempunyai suami maka hendaklah ia di soal siasat sebab-sebab kehamilannya. Jika wanita itu mengatakan bahawa ia telah dirogaol (ikrarnya) maka hakim boleh meminda kes ini dari 'kes zina' kapada 'kes rogol'.

Hujah MB berdasarkan kes yang diambil oleh Saidina Ali terhadap Syarahah dan pendapat Iman Syafei (surat MB para 4 ).

Jika wanita itu dirogol maka wanita berkenaan tidak dikenakan apa-apa hukuman (hudud).

Sepertimana Sabda Nabi SAW "Pergilah engkau (Perempuan yang dirogol) sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau " Dan Rasulullah SAW bersabda pula kapada lelaki yang merogol perempuan tadi dan mengarahkan sahabatnya : "Rejamlah lelaki itu" (Surat MB para 4) Dalam kes rogol yang tiada empat orang saksi maka kes ini hendaklah didakwa di bawah kes zina dan jika tidak sabit kesalahan zina bolehlah dijatuhkan hukuman takzir ( dalam konteks sekarang hukuman 'Penal Code' (Surat MB para4).

Ini bermakna pesalah rogol bukan boleh terlepas begitu sahaja seperti mana dakwaan PM.

Bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang bukan Islam MB Kelantan menjawab pada para 5 dengan dalil-dali dan hujah dari Al-Quran, Hadith dan pandangan Iman yang empat cukup mantap dimana "kes-kes jenayah syariah yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan Islam, maka pihak hakim boleh membicarakan kes itu dalam Mahkamah syariah, atau menolaknya (mengenepikan) kes itu untuk dibicarakan dalam Mahkamah awam."

Disini MB Kelantan menyatakan sebagai kesimpulan diakhir surat beliau bahawa orang bukan Islam tidak perlu kapada hudud kerana mereka tidak perlu kapada penyucian dosa. Kecuali mereka masuk Islam. Mereka tidak akan mendapat keampunan Allah dan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya.

Apabila kita membaca surat PM itu menjelaskan lagi bahawa PM kita ni terlalu jahil bab Agama.

Dari Penarik Beca yang menulis mengenai Hudud dan Che Det.

20 comments:

  1. salam uncle.. saya tak berani nak komen banyak2 sebab ni bukan bidang saya.. tapi, itu tun M.. sekarang ni, pak lah.. bila pak lah cuba banteras rasuah yang dah berakar umbi dalam diri pemimpin2 melayu, terus pak lah di suruh letak jawatan.. sebenarnya, hukum Islam ni bukannya tak nak dilaksanakan atas sebab takut tak adil pada orang Islam tapi, sebab pemimpin2 itu sendiri yang tidak ada kesungguhan untuk melaksanakannya.. mereka takut kepentingan mereka turut terganggu..

    ReplyDelete
  2. W'salam nurdaniella,

    Bab benteras rasuah, benteras maksiat ni memang uncle pun masih tidak faham dengan sikap Pak Lah sedangkan Pak Lah adalah lulusan bidang syariah. Dia bukan tidak tahu, pastinya dia tahu tapi tidak serius terutama di segi benteras maksiat.

    Tentang rasuah tu, adalah juga nampak apa yang dia buat tetapi masih tidak ada kesungguhan. Tapi kalau pembangkang menuduh kerajaan membela maksiat dan gejala rasuah serta apa yang lakukan hanya sekadar ritorik politik, Pak Lah akan marah.

    Hakikatnya masih tiada kesan di dalam usaha ke arah itu.

    ReplyDelete
  3. Didahulukan dgn keberkatan Allah untuk berkongsian ini.Saya tidak berani komen secara secara fakta sebab saya amat yakin dan percaya kepada Al Quran dan Sunnah.

    Ketidakmahuan dan kejahilan 'semasa' berdasarkan surat PM itu adalah kejahilan yg saya yakin berkepentingan.

    Saya semakin takut dan yakin semakin kita menidakkan hukum Allah semakin banyak kemudaratan dan kemurkaaan yg akan kita hadapi bukan ( berdasar ) kelompok.Semua kita....

    Untuk itu apa ruang yg kita ada. Ruang dan peluang kita di kecilkan : saya memang secara zahirnya tidak melabelkan diri saya dalam mana2 kelompok politik ( sebab ) takut.peluang.sebab itu resamnya.semua sistem dikuasai oleh politik.

    Kalau tidak disebabkan itu mungkin hari ini saya adalah pejuang.....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudara,

    Kami juga selalu membincangkan hal hudud ini dan hukum takzir.

    Dalam hal rogol, seorang perempuan yang dirogol MESTI mengemukakan 4 orang saksi yang meyaksikan ianya berlaku seperti melihat air yang dituang dalam bekasnya, betul betul pasti. Barulah hukum termaktub boleh dijalankan.

    Realitinya, tak mungkin semasa rogol itu berlaku ada seorang saksi pun. Mustahil ada seorang lelaki waras yang boleh berdiam bila lihat seorang wanita diperkosa walaupun bukan saudaranya sendiri.

    Jadi dalam kes ini mengikut hukum hudud walaupun wanita ini tahu siapa yang merogolnya, perogol akan tetap terlepas sebab tidak ada 4 saksi. Hukum hudud TIDAK akan berjalan selagi ianya tidak mengikut ketetapan ia itu 4 orang saksi tadi yang yakin dan benar2 menyaksikan rogol itu.

    Kalau setakat agak2, tak pasti, samar samar, tak nampak memang tak boleh pakai. Nanti jadi saksi palsu -80 sebatan rotan!

    Hudud memang hukum Allah swt. Kita tidak pertikaikan, Demi Allah swt tidak. Tetapi dari segi pelaksanaannya itu, mungkin para Ulama telah berbincangkan banyak pro dan con PELAKSANAAN yang akan dijalankan. Ijtihad mereka mungkin menyebabkan hukuman Takzir masih dijalankan seperti sekarang.

    Bagaimana pula jika wanita itu mengandung akibat dirogol dan tidak ada 4 saksi? Adakah dia akan dihukum menakala perogol (mungkin setan bersiri) akan terlepas?

    Lebih baik kedua pihak UMNO dan PAS duduk semeja bersama semua para mufti membincangkan isu ini dan jangan libatkan POLITIK. Sebab ini kepentingan Ummah.

    Sebenarnya Saya AMAT SETUJU jika HUDUD dijalankan di Malaysia. Biar betul betul AMAN DAMAI. Saya pun tak pandai bab ini tapi nak tahu apa hukum hudud pada para pembohong dan pemitnah, ambil rasuah, bagi rasuah bentuk apa pun. Homosexsual, Lesbian..biar dia orang kena betul betul. Yang lain semua kecut perut.

    Setakat bayar denda apa dia orang peduli????

    ReplyDelete
  5. Saudara jinggo,

    Saya amat menghormati pendirian saudara. Saya juga tidak berbuat apa-apa untuk kearah itu.

    Cuma bila kita mengaku Islam, kiat bersyahadah dan beriman dengan alqur'an. Segala perintah hukum atau pun syariat tetap perintah Allah lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hukum.

    Hukum adalah hak Allah yang perlu kita tunaikan. Kita tidak ada kuasa, jadi kuasa yang ada pada kita adalah menyokong paling kurang di dalam hati dan bersangka baik kepada sesiapa yang ingin dan berhajat untuk melaksanakannya tidak kiralah individu, parti politik atau kelompok tertentu. Tertunai atau tidak, itu bukanlah ketentuan kita. Yang kita ada hanyalah Niat, Hajat, Sokong dan usaha sekiranya kita mampu.

    Itu hanyalah pandangan saya yang juga jahil.

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Apa yang puan perkatakan itu betul.

    Setakat yang saya tahu dari perbincangan dengan orang-orang yang lebih tahu, Hudud adalah hukum yang perlu dikuatkuasakan kerana itu adalah perintah Allah. Kalau kita ingkar, Allah mengatakan yang kita adalah dari orang yang zalim. Allah tidak kata kufur. Tetapi istilah kufur itu sendiri adalah engkar.

    Hudud adalah hukum pokok, takzir juga hukum yang boleh dilaksanakan. Ini bermakna sekiranya segala bukti tidak boleh menepati untuk berhukum dengan Hudud maka takzir boleh diguna pakai.

    Hudud menjadi Hukum utama di samping takzir. Siperogol masih tidak boleh terlepas walau pun tidak boleh di'Hudud'kan sebab hukum takzir masih menunggu. Itulah apa saya yang jahil ini faham melalui perbincangan.

    Sama dengan perbincangan yang puan cadangkan itu. Perkara begini bukan setakat saya berharap malah saya bermimpi perbincangan ini terjadi. Sebab perkara ini bukan saja terletak di bahu PAS, bahu UMNO saja tetapi di bahu seluruh umat muslim Malaysia.

    Cuma bila sebut bab undang-undang atau hukum, hanya boleh dilaksanakan dengan kuasa. Maka yang berkuasa sekarang adalah UMNO yang menjadi tunjang kerajaan dan UMNO telah menolaknya secara terang-terang.

    Kalau betul kerajaan/UMNO mahu dan berniat untuk laksanakan mereka boleh duduk semeja berbincang dengan PAS dan Alim Ulamak. Dulu bila DUN Kelantan luluskan Hudud, Sultan juga dengar khabar telah menandatanganinya tetapi dihalang oleh kerajaan Pusat dengan alasan Hudud ini adalah Hudud PAS yang zalim dan bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan.

    Jadi kuasa di tangan kerajaan/UMNO. Kalau tidak mahu Hudud PAS, buatlah Hudud UMNO. Kalau tidak mampu, panggilah segala yang pakar di dalam bab itu berbincang.

    Saya boleh diam di dalam perkara lain tetapi dalam hal-hal berkaitan Hukum saya tidak boleh diam walau pun saya sendiri adalah jahil.

    Segala teguran bab hukum saya akan terima dengan lapang dada sebagaimana saya ditegur berkenaan dosa dan aurat anak saya. Sipenegur itu betul, sebab yang salahnya adalah saya. Cuma yang saya tidak senang adalah cara peneguran.

    Maafkan saya puan, membebel panjang sikit.

    ReplyDelete
  7. uncle, erisya setuju ngan hukum hudud maklum perinth Allah..cuma tak yakin ngan pelaksana di malaysia ni (seperti org lain juga...uncle dah explain tapi saja jer nak kongsi pandangan di sini).
    Ni pandangan peribadi erisya.... undang2 perkahwinan Islam pun pelaksana gagal berlaku adil. Ada baiknya semua jabatan Islam negeri masing2 perbaiki perlaksanaan undang2 perkahwinan dulu....seperti undang2 sivil...seragam seluruh negara tak kiralah negeri diperintah oleh kerajaan negeri mana...benar2 jalankan amanah sebagai pelaksana undang2 syariah yang masih lemah pelaksanaannya (pengalaman peribadi dan hasil kajian kes)

    Bagaimanapun, erisya sokong hukum hudud tu..errr macam poligami....erisya sokong poligami tapi ragu nak izinkan suami kerana tahu dia tak mampu. Wallahu aklam bissawab...pandangan orang yang kurang ilmu; maaf jika tersilap kata ya uncle...

    p/s: uncle sila ambil award dari blog erisya ya..:)

    ReplyDelete
  8. ooops! uncle, erisya komen berdasarkan di negeri erisya...tentang kelantan...maaf erisya tak tahu status mahkamah syariah di sana. mungkin pelaksaan undang2 perkahwinan nya dah tip top :) jika betul, sewajarnya laksanakan hukum hudud pula; memandangkan kelantan satu2nya pemerintahan Islam di sini.

    ReplyDelete
  9. Erisya,

    Apa yang erisya katakan tu betul. Keseragaman undang-undang syariah amat perlu sebenarnya tetapi masing-masing negeri berkepalakan Sultan dan Raja negeri masing-masing. Setakat ini walau pun ada suara ke arah itu tetapi tidak ada usaha dan sambutan yang bersugguh-sungguh.

    Keraguan untuk melaksakan itu tetap ada tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan orang-orang kita pakar di dalam pelaksanaannya sekiranya mahu.

    Kepincangan tetap akan ada selagi kita bernama manusia. Manusia tetap lemah. Bukannya undang-undang manusia yang Malaysia terima pakai hari ini tiada kelemahan begitu juga pelaksanaannya tetap ada kelemahan dan kekurangan. Tengoklah, Hakim ada skendal, Peguam ada skendal. Kerajaan ada skendal. Ini menunjukkan kelemahan yang kita hadapi.

    Ok, uncle akan ambil gift tu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Hmmm betul uncle...kenalah ada usaha ke arah hukum hudud tuh....sekurang2 boleh gak jawab bila ditanya di akhirat kelak....tapi kalau tak usaha langsung...malah memberi alasan untuk tidak melaksanakannya...ish! berat tuh! erisya yakin jika pemimpin kita betul ikhlas nak laksanakannya, akan dipermudahkan-Nya...pasti Allah tunjukkan jalan.

    ReplyDelete
  11. Mudah-mudahan setiap orang islam memahami masalah yang berlaku di Malaysia berhubung Hudud yang di permainkan isunya

    ReplyDelete
  12. Ya erisya,

    Allah tetap melihat dan Allah tetap tahu apa di dalam hati kita.

    Semoga kita diampuni.

    ReplyDelete
  13. Salam Pak Karamu,

    Yang susahnya sudah faham tetapi buat-buat tidak faham kerana penting lagi dunia daripada Allah.

    Setidak-tidaknya lidah kita dan hati kita akan menjawab di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  14. Salam untuk En. Mountdweller,

    Zaman Rasulullah pemimpin tertingi adalah dari kalangan alim ulama dan bukan dari sebarang orang jadi bila ada masalah mereka adaalah pakar rujuk duniawi dan ukhrawi.Islam adalah lengkap satu cara hidup.

    ReplyDelete
  15. W'salam Opah,

    Itu betul Opah. Di zaman ini pun masih ramai manusia yang terdiri dari Alim Ulamak.

    Kalau tidak mahu dengar Ulamak Ahli politik, ramai lagi yang tidak berpihak. Kenapa tidak dirujuk?

    Mumgkin kita lupa Ulamak di zaman silam juga ramai yang terdiri dari Ahli Politik. 4 sahabat terkenal Rasulallah adalah orang politik dan Penglima Perang hatta Abu Hurairah pun orang politik. Ketika perang antara Sayyidina Husein dan Yazid, Abu Hurairah menyebelahi Yazid dan beliau terbunuh.

    Kalau tidak silap saya Allah ada mencabar manusia di dalam alQur'an "Sekiranya engkau enggan tunduk dengan perintahKu, engkau carilah dunia yang lain dari milikKu".

    Opah boleh tanya orang yang tahu, saya lupa surah mana dan ayat keberapa.

    ReplyDelete
  16. salam.

    soalan kepada melayu angkat.

    saya cuma ingin tanya satu soalan sahaja tentang kemusykilan akan perlu ada 4 saksi kepada kes rogol.

    tidakkah anda semua terfikir, adakah perlu akan 4 saksi itu pada zaman sekarang, bilamana kita sudah ada teknologi DNA yang boleh mensahihkan jika seseorang itu benar-benar 'bapa' kepada seorang anak itu, walaupun anak itu lahir disebabkan rogol?

    undang2 allah perlu dijalankan, method (cara) itu bagi saya, kalau method DNA lebih berkesan, apa salahnya kita gunapakai?

    itu fikiran saya yang jahil. mungkin pada masa tun m dia dinasihati oleh golongan2 yang jahil lagi berkepentingan politik.

    ReplyDelete
  17. w'salam Garden,

    Pandangan saya "Islam sesuai dengan sebarang zaman"

    Walau bagaimana pun saya harap Puan melayuangkat akan menjawabnya berpandukan pendapat beliau.

    ReplyDelete
  18. tuan,

    saya bukan bermaksud menidakkan apa yang telah disyaratkan, akan tetapi apa yang saya cuba maklumkan, kita boleh mengukuhkan tuduhan itu dengan ujian DNA. maka kesahihan akan terjamin. akan tetapi, mungkin timbul situasi di mana si perempuan dan lelaki sebenarnya berzina, bilamana sudah terlanjur, maka si perempuan tetiba menuduh si lelaki merogolnya. saya rasa itulah yang perlukan kebijaksanaan hakim...ujian DNA hanya boleh menolong setakat kesahihan. untuk menjatuhkan sesuatu kes kepada rogol atau zina saya rasa, di situ perlu ada 4 saksi, tapi bukan sebarang saksi. orang yang fasik tidak boleh diguna kesaksian mereka.

    itu pandangan saya.

    ReplyDelete
  19. Garden,

    Ada kebenarannya juga pandangan Garden tu. Kombinasi sains dan saksi manusia boleh dipadukan sekiranya mahu dipergunakan. Sains juga hak Allah yang dikurniakan kepada kita. Guna pakailah dengan cara yang bijaksana.

    Dalam tuduhan palsu inilah yang agak menimbulkan masalah. Tapi dari satu sudut, kalau pun zina dan dituduh rogol, bukankah padan buku dengan ruas? Dah buat anak orang, kenapa tidak mahu bertanggung jawab? Itu dari sudut akal dan manusialah.

    ReplyDelete
  20. The fascination with them will make many of
    you fall for them, since their love will be just like their
    personality: irrational, instinctual, possessive and overwhelming.
    It is crucial that you go by way of all the policies and judge
    which chats are best. even the couple of times we slid off the bike into the mud.


    My homepage free chat rooms

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa