Tuesday, January 13, 2009

Award dari Erisya


Orang tua pun kena tag juga. Ini hadiah dari Erisya. Terima kasih banyak. Tapi maafkan uncle, uncle tidak mahu tagkan blogger lain. Bukan tak sporting tapi uncle rasa tidak wajar bagi uncle berbuat begitu dengan kedudukan uncle sebagai Bapa mungkin Atok di kalangan blogger.

Di bawah ini uncle copy and paste berkenaan diri Erisya.

a. Kerja gomen. Membantu penguatkuasaan akta2 di Mesia ni .

b. part -time buat MSc dalam bidang genetik. Ntah bila nak abis urgghhhh semangatpun dah makin cair ni.....

c. suka jalan2 tak kiralah ke mana ; ikut kemampuan ler hehehehe. Paling enjoy masa ke Jepun..maklum, sumer ditanggung!

d. Errr ...Negeri asal? Erisya orang Perak tapi dah lama menetap di Pulau Pinang sejak rumaja lagi hehehe tapi....masih pandai cakap perak, tau....

e. Lagu kegemaran ialah nada sousou (rimi natsukawa), shimanchu nu takara (kumpulan begin), เราต่างก็รู้ดี เธอเองก็มีใคร (aof pongsak) , semua lagu nyanyian Rossa, ....eh...banyak lak lagu kegemaran tak tertulis di sini! Tapi lagu siam tuh mengingatkan erisya pada seseorang yang amat istimewa di hati ini.

f. Hmmm..nak citer apa lagi ya...tak reti nak citer apa sebab tak de soklan . Itu jelah kot...

Berkenaan uncle pula:

Kerja semi gomen, di bahagian pemasaran. Tugas sampingan adalah berkenaan Aset Kerajaan.
Ada dua puteri dan seorang isteri.
Cergas di dalam NGO berasaskan Rekreasi dan Cinta Alam
Gemar Trekking, Mendaki dan Cabaran
Rasanya jenis lembut hati dan cepat kesihan walau pun di pejabat ramai yang mengatakan saya garang bagi yang kurang kenal.(garang bertempat kot)
Masih lagi Setiausaha Persatuan Sukan Dan Mendaki Negeri Kelantan, Pen. Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Kelah Negeri Kelantan. Masih ada peranan di dalam Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM)
Kadang-kadang join aktiviti dengan Persatuan Cinta Alam Kelantan (MNS)
Sukakan Seni dan Silat
Suka juga barangan Antik tapi tak banyak koleksi sebab mahal (Tak mahu jadi gila antik)
Tidak sukakan kebisingan dan riuh rendah
Menghargai kerja yang sempurna dan teliti
Minat lagu-lagu Siti dan Elyana.
Satu perkara pelik ialah suka tengok gelagat manusia dan berfikir
Di masa lapang suka main domino dengan geng sebaya.

14 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Ehem..ehem... tersedak pulak saya..
    Apa komen Mem Besar...

    ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan.

    Makin berderetlah award Tuan ...

    ReplyDelete
  3. Thanks uncle...mulanya segan nak tag uncle..tapi erisya dan kak sakura tingin nak kenal uncle :)

    baru ni erisya haru berurusan ngan sorang pegawai ...namanya sama ngan uncle...tapi pastilah bukan orang yang sama kerana uncle di kelantan :)

    ReplyDelete
  4. salam uncle, pada usia 53 ni belum la tua sangat.. belum jadi atok pun, kan.. minat kita serupa la uncle.. nanti bila jumpa, leh lawan main domino..

    ReplyDelete
  5. w'salam anakanda Isa.

    Mem suka juga baca blog dan selalu baca komen di blog uncle. Komen dia "Ramai juga yang minat dengan blog awak ye"

    Kekadang tu dia yang bagi modal untuk uncle mengisi blog

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr.ku Tok Rimau,

    Begitulah penghargaan dibalas dengan menghargai.

    ReplyDelete
  7. Erisya dan Sakura,

    Itulah uncle sedikit sebanyaknya. Tidak ada apa-apa yang istimewa.

    Terima kasih Erisya, nanti uncle letakkan award tu di kanan blog.

    ReplyDelete
  8. W'salam nurdaniella,

    Masa lapang uncle habiskan dengan 4 perkara. Pertama aktiviti lasak, kedua depan komputer, ketiga main domino dan keempat 'rahsia'. biarlah di antara uncle dan Tuhan yang tahu.

    Nak main domino ngan uncle tu, bila-bila pun boleh kalau kita jumpa nanti.

    Uncle rasa tua bila berada di kalangan bloggers.

    ReplyDelete
  9. elyana? tapak sulaiman? meh nyanyi2

    ReplyDelete
  10. W'salam Pa Karamu.

    Terima kasih Pak, banyak saya dapati bab ini di Umarak Dagang. Insya Allah bapak diberkati.

    ReplyDelete
  11. Mak Su,

    Saya sebenarnya tidak tahu nyanyi, nanti takut pula banjir di Kelantan semakin besar bila saya nyanyi.

    Saya suka dengar dan menghargai lagu dan rentak dengan adunan suara yang lunak.

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Yang paling saya takut lah kena TAG buda-budak ni??pernah juga kena tag tapi belum dijawap.
    Walau bagai mana pun saya tertarik dengan blog Tuan.Thnks for sharing.
    I'm only on photoblog.

    ReplyDelete
  13. W'salam uncleawang,

    Terima kasih di atas penghargaan saudara.

    Tentang tag, dia orang saja nak ceriakan lagi suasana blogging.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa