Friday, January 9, 2009

Selamat Bertugas Buat Along

Along terima memo supaya melaporkan diri untuk bertugas di KD PAHANG setelah menghabiskan cuti di sisi kami selama seminggu. Kami menghantarnya ke Terminal bas ekspres SKMK Langgar untuk kembali ke Lumut dan seterusnya ke Kota Kinabalu di mana Kapal Peronda KD PAHANG di tempatkan. Along berlepas pada jam 9.30 malam.

Selepas 10 minit bas meninggalkan terminal, saya terima msg. yang berbunyi
"Dah rasa rindukan Papa dan Mama" .

Baru 10 minit tadi, setelah Along berlepas kami melangkah pulang dengan longlai sambil mendoakan keselamatan dan ketabahan diri Along.



CENDERAHATI DARI KD KEDAH

Along,

Selamat Jalan Srikandiku, Papa dan Mama juga berperasaan begitu. Papa dan Mama hanya punyai 2 orang buah hati, namun demi kerjaya dan masa depan, kami terpaksa lepaskan Along dan juga Adik pergi. Along dengan kerjaya Along dan Adik dengan pelajarannya. Bayangkan Papa dan Mama tinggal berdua dari tahun 2002 lagi. Kami juga sunyi, tapi apakan daya masanya sudah sampai bagi kami melepaskan Along dan Adik merintis dan meneroka haluan sendiri

Itu adalah pengorbanan kami demi Kejayaan, demi Agama, Bangsa dan Negara.
Walau apa pun kami tetap rindukan kamu berdua

30 comments:

  1. Pada Along,

    Hidup kita ini perlukan Pengorbanan. Masing masing dengan Pengorbanan masing masing.

    Mak Cik 'terasa' bagaimana ibu bapa Along merasanya untuk melepaskan Along dan Adik pergi, namun inilah hakikat kehidupan!!

    Selamat Berjaya Along! Jagalah diri baik baik dan jalankan segala Amanah dengan Penuh Tanggungjawab dan dedikasi.

    BarakaAllah fi ki.

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum Puan,

    Terima kasih di atas nasihat dan perangsang buat Along.

    Dulu semasa Along baru 2 minggu di ATMA, Along dapat surat dari JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kami tanya Along, bila Along kata dia nak terus di dalam ATMA, kami rasa syukur sebab dia tak mahu pergi tapi kalau Along buat pilihan nak pergi, kami terpaksa lepaskan juga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Selamat Bertugas Lt. (N) Fakhron Diyana ... Buatkan keluargamu bangga padamu.. Jaga diri.. Insya Allah selamat..

    ReplyDelete
  4. semoga along akan menjalankan t/jawabnya terhadap negara...sesungguhnya inilah permata yg menyinari bumi ini..InsyaAlah..

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam Big Mama,

    Terima kasih kerana penghargaan Puan.

    ReplyDelete
  6. Salam Jue dan Sdr. Muhammad Azli.

    Terima kasih di atas sokongan anda berdua. Saya sebenarnya bercampur baur. Bangga, risau dan kadang kala terasa sayu.

    Tapi saya akan telan demi kerjayanya dan Negara.

    ReplyDelete
  7. uncle, dalam hidup memang perlukan pengorbanan.. tapi pastinya uncle berbangga dapat anak yang berjaya.. tahniah buat along.. seharusnya along berbangga kerana dapat berbakti pada bangsa dan negara.. jangan sia2kan pengorbanan papa dan mama.. wish u all the best..

    ReplyDelete
  8. selamat mulakan tugas buat along.

    uncle...memang bangga dan sedih. maklum, tugas along tuh bukan calang-calang wanita boleh galas! tak per..sekarang uncle dah mem ...macam dolu2 semula..tinggal berdua...boleh buat banyak perkara yang tertinggal dulu...maklum, dulu sibuk ngan anak2 :)..sekarang erisya pun banyak luangkan masa bersama suami..maklum, kita tak tahu berapa lama dapat bersama ...hidup ini amat singkat :)

    ReplyDelete
  9. nurdaniella.

    Itulah yang uncle katakan berasaan yang bercampur baur. Bangga tetap ada. Dulu semasa mula-mula dia beritahu hasratnya kepada kami untuk masuk ATMA Mamanya bantah sebab pilihan pertama dia adalah TUDM. Mamanya kata nak bawa 'keranda' bergerak.

    Tapi nasib tidak baik bagi Along, pada tahun pengambilan 2002, TUDM tidak ambil anggota perempuan. Itu sebabnya Along joint Navy.

    Terima kasih di atas sokongan nurdaniella.

    ReplyDelete
  10. Untuk Along,

    Selamat bertugas dan laksanakanlah amanah ini dengan sebaiknya...berbaktilah demi agama, negara dan bangsa.
    Kalau dah benih yang baik campak kelautan mana pun akan menjadi pulau.

    Untuk Abang Din,
    Inilah lumrah kehidupan...apa yang kita sayangi terpaksa juga kita relakan pemergiannya demi masa depan yang lebih cermelang.
    Okay gak abang Din...bila Along dah bertugas di Sabah...esok2 bolehlah abang Din dan Kakak melawat Along Di Sabah... dan mengenali kehidupan rakyat Sabah dgn lebih dekat lagi.
    InsyAllah kalau ada ketentuan Ilahi boleh juga bertemu abang Din nanti..

    ReplyDelete
  11. Erisya,

    Memang betul kata erisya banyak perkara yang tidak berkesempatan nak buat dulu dah boleh buat sekarang terutama wirid. Kalau dulu, tengah kita wirid berbunyi "Papa!, papa kat mana?". Kekadang tu tengah sedap atas sejadah tersentak pula dengan "Papa, macam mana nak buat ni?"

    Perkara yang biasa bagi budak-budak!

    Kami walau pun bersama tapi berbeza aktiviti. Selalunya kalau aunty depan TV dia tengok drama tapi uncle tidak suka program macam tu, so uncle kat dalam bilik dengan komputerlah.

    Kalau uncle tengok TV, uncle tengok bola atau pun discovery dan program yang seangkatan dengannya yang memupuk pengentahuan. Kalau movie uncle suka action aunty tak suka, jadi dia akan di dalam bilik main game!

    ReplyDelete
  12. Salam sdrku momentum,

    Benar apa yang sdr. katakan. Semua yang Allah amanahkan kepada kita bukanlah hak kita sepenuhnya.

    Sebenarnya ada niat nak ke sabah mungkin selepas adiknya tamat nanti di dalam bulan mei atau jun. Ingin juga panjat gunung kinabalu sekali lagi. Beberapa 3 tahun lepas, Along yang panjat dengan gengnya.

    Insya Allah mungkin kita boleh bertemu dengan izin Allah di sana nanti.

    ReplyDelete
  13. Waaa...best jugak tugas macam ni kan..hemm..apa bleh buat. rabus ni da bataskan cita2 qaseh..

    SELAMAT BERTUGAS ALONG..

    ReplyDelete
  14. Qaseh,

    Terima kasih banyak di atas sokongan

    ReplyDelete
  15. Salam Ayahanda,

    Pilihan Along untuk bertugas dengan pasukan tentera (TLDM), maka panggilan tugas tidak boleh diabaikan, hatta baru jejak kaki 5 minit dirumah sekalipun, jika dipanggil lapor diri, tiada apa yang dapat menghalang.

    Bagaimanapun saya ucapkan selamat bertugas kepada beliau. Besar pengorbanan ibubapa terhadap anak2.

    Saya sendiri sudah mulai merasakannya, betapa sayunya hati apabila berpisah dengan anak2, itu baru seminggu, akan datang tak tahulah macam-mana rasanya...

    ReplyDelete
  16. W'salam anakanda Isa,

    Kerelaan dan merelakan itu yang berlaku antara kami. Semamangnya kami agak lama bersama. Kami ke Lumut juga bersamanya ke KL, pas tu Along cuti pula balik ke KB seminggu. Agak lama sebenarnya tapi biasalah antara Ibubapa dan anak.

    Agaknya anak Isa masuk asrama penuh kot? Awal-awal dah berpisah. Along dan Adik dulu pun masa tingkatan 1, nak ke MRSM uncle tidak lepaskan sebab terlalu awal dan masih belum cukup uncle megajar qur'an dan agama kepada mereka.

    Di tingkatan 4 baru uncle lepaskan.

    ReplyDelete
  17. Tahniah Tuan kerana mempunyai Serikandi.

    Itulah bukti jati diri pahlawan Melayu yang tertanam dalam diri Tuan.

    Bagi sahabat kita yang ramai anak jantan, mereka belum tentu cukup 'jantan' ingin berbakti kepada negara.

    Tuan benar-benar blogger role model selain Ibu Melayuangkat.

    ReplyDelete
  18. Sedihnya saya baca msg Along tu...
    buat Uncle,
    Uncle diantara insan dan papa yang sangat bertuah kerana Along seorang yang berjiwa kental..
    saya percaya semangat dia kuat.
    semoga Along terus bersemangat.
    insyaallah...

    ReplyDelete
  19. Salam Tok Rimau.

    Terima kasih di atas sokongan tuan, tapi kalau jadi role model tu rasanya terlalu tinggi buat hamba.

    Pahlawan cuma dari susur galur keturunan. Apa pun saya bangga dan bersyukur kerana Along menunaikan tanggung jawabnya kepada negara dan di samping itu secara langsung menyumbang ke arah membentuk kerjayanya sendiri.

    ReplyDelete
  20. uncle..
    napa ek..rs nak menitis airmata baca entry ni..
    rs sayu..
    bgini lah perasaan mak dan abah azza dulu..melepaskan 3 anak perempuannya..

    sesungguhnya jasa mak ayah tak ternilai..sanggup berjauhan wl hati merintih demi masa depan anak2..

    ReplyDelete
  21. terima kasih buat sume yg prihatin dan terus menerus bagi sokongan kepada kerjaya saya dan blog papa nih....I'll do my best to serve the fleet...Terima kasih sekali lagi. ;)

    ReplyDelete
  22. azza,

    Itulah perasaan seorang Ibu dan Bapa bila terpaksa melepaskan berjauhan melepaskan anak-anaknya pergi demi kerjaya dan masa depan mereka.

    Hanya doa dan harapan yang boleh mengiringi.

    ReplyDelete
  23. Along (Ghostdart),

    Terima kasih kerana Along titipkan penghargaan dan terima kasih di atas harapan dan doa teman-teman cyber Papa.

    Selamat dan berjaya Srikandiku, Doa Papa selalu mengiringi Along. Jangan lupakan Allah, insya Allah Along akan selamat.

    ReplyDelete
  24. salam ziarah,

    Perasaan Tuan pasti seperti ibu bapa saya yang terpaksa melepaskan saya pergi belajar di sini, sabar lah Tuan, moga2 anak Tuan selamat dunia akhirat.

    Saya faham benar dengan rindu yang basah di dalam hati anak Tuan. Rindu yang tidak akan redup, tidak akan mati.Doakan kami di perantauan.

    ReplyDelete
  25. W'salam Fakhzan Marwan.

    Titipan Fakhzan menjadikan hati uncle sayu. Uncle doakan Fakhzan selamat dan pastikan meraih kejayaan.

    Itulah sebenarnya hati seorang ayah. Dulu pun uncle agak lega juga bila tawaran JPA untuk ke luar negara di tolak Along dan memilih ATMA.

    ReplyDelete
  26. salam ayahanda,

    sedihnya entri ni. tapi skurang2 nyer ayahanda masih ada adik utk isi ruang yg kosong. kalau sy pergi jauh...mmg tiada gantinya utk mak dan ayah. saya laa satu2nya permata hati mereka. mujurla...mereka di johor, sy pula di putrajaya. masih mampu berkejar utk pulang ke kampung andai rindu menggamit jiwa.

    tahniah untuk along...selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  27. W'salam anakanda rose emely.

    Ayahanda dan bonda rose tentu melepaskan rose dengan berat walau pun ke putrajaya.

    Itulah rasa dan kasih sayang manusia yang bergelar ibu bapa. Uncle harap rose akan memberikan perhatian dan limpahkan kasih sayang sebagai seorang anak yang berhati budi. Hargailah mereka sementara mereka masih ada.

    Kalau rose sanggup berulang alik dari putrajaya semata-mata kerana ayah dan ibu itu menandakan rose seorang anak yang baik dan menghargai orang tua.

    Ayahanda doakan agar rose akan berjaya di dalam hidup dan bahagia selalu.

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    ReplyDelete
  28. Selamat menjalan kan tugas kepada beliau!!!
    Abang saya pernah bertugas dengan TLDM beliau sudah habis khidmat 15 tahun dulu.Masa tu di woodland Singapore dan KD Malaya.

    ReplyDelete
  29. A'kum sdr. uncleawang

    Terima kasih di atas doa dan lawatan sdr. ke sini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa