Wednesday, January 14, 2009

Sianjing Tua Masih Menyalak!

Petikan dari Malaysiakini, Jan 14, 09 3:43pm


Karpal: DAP keluar Pakatan jika hudud dilaksanakan


DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.


Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

"Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini, lapor Bernama

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Disember lalu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.


Pandangan saya : Kalau tak nak terima suara majoriti, keluar jerlah. Tak payah menyalak.


atau PAS yang keluar kalau tidak mendapat sokongan dari PKR.

27 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Saya sependapat dengan Saudara bahawa PAS mesti keluar dari PKR sebab memang terang terangan mereka tidak akan sokong Hukum Hudud.

    MUNGKIN sekarang mereka akan kata YA sama ada yang menyalak atau tidak. Sebab kita pun bukan budak budak, ini semua Politik.

    Kita pun dah jemu dan takut dengan laknat Allah jika HUKUMnya di POLITIKkan oleh kita semua. Mungkin tidak kita rakyat kerdil ini, tapi jika Ahli Politik yang di ATAS sana yang sering jadikan HUKUM HAKAM Allah sebagai bahan kempen mereka, kita takut dan bimbang kita pun kena tempias dari murka Allah swt.

    Saya tidak menyebelahi sesiapa. Bagi Saya elok juga PAS bersihkan Imej dan Nawaitu Perjuangan Parti itu. Rasanya ada yang tercela dan tak kena jika PAS mahu berbaik dengan DAP dan PKR sebab tak sehaluan dalam matlamat Perjuangan Parti Politik masing masing.

    PAS boleh berdiri sendiri. Tidak perlu pada DAP dan PKR. Walau pun PAS mungkin tidak meneraju Malaysia, berkuasa di beberapa buah Negeri sahaja tetapi kalau PAS di landasan yang BENAR dan MENGIKUT Al QURAN dan SUNNAH Rasulullah saw, Satu Parti yang benar benar memperjuangkan ISLAM ini sudah satu kemenangan buat PAS.

    DAP tetap DAP, PKR saya tak nak komen sebab bagi saya ini parti rojak dan untuk kepentingan individu dan keluarganya dan ditumpang sekaki oleh serpihan-serpihan yang tidak mahu diterima DAP atau yang mahu 'short cut' berkuasa -jadi masuk sahaja PKR. Mesti PKR terima dan terus jadi orang kuatnya.

    UMNO - Saya masih sayang pada UMNO mungkin kerana Arwah arwah Datuk Nenek dan Emak angkat dulu semua pejuang UMNO dan saya rasa memang UMNO banyak berjasa pada Orang Melayu macam saya, Agama dan Negara.

    Mungkin kerana saya lahir sama dengan Negara Merdeka dan dapat rasa perubahan yang ketara dari kecil sehinggalah dah tua ini. Secara peribadi saya rasa UMNO masih relevan untuk orang Melayu. Banyak yang masih perlu kita buat untuk Bangsa dan Negara.

    Saya bukan ahli UMNO, tak pernah pergi satu meeting pun tapi saya sokong kerajaan kerana saya benar benar bersyukur saya rakyat Malaysia. Mungkin ianya tak perfect but which government in the world is?

    Mungkin kerana kesempatan yang diberikan Allah swt dapat melawat banyak negara negara di rantau Africa, Asia, Eropah dan US yang mencelikkan minda dan menginsafkan saya bahawa Malaysia memang yang terbaik dan Saya Bertuah dilahirkan di sini dan dapat mengamalkan segala Ajaran Islam InsyaAllah dengan tenang, aman dan di mana dan sebanyak mana atau dengan siapa sahaja. Alhamdulillah.

    Maaf terlebih komen saya kali ini. Ini hanyalah pendapat PERIBADI saya untuk berkongsi dengan Saudara mengenai Blog si tua yang menyalak ni.

    btw..emmm ..Tahniah Saudara menang lagi satu Award!! You deserve it. Harimau kita pun kagum.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    Oleh kerana tuan pernah menyertai PAS, saya mahu tanya sikit pasal PAS ni tuan. Adakah PAS konsisten dengan perjuangan.

    2. Dalam politik di Malaysia, parti politik manakah yang tuan sarankan untuk saya joint?

    ReplyDelete
  3. btul tu uncle..lebih baik keluar je..
    salam uncle, dh byk isu sy ketinggalan rupnya..bru skrg boleh mem blog kan diri..trlamapau byk tuntutan kerja yg terpksa di penuhi tmbhan lgi di awl2 tahun ini..

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Luahan puan memang tepat. PAS perlu berjuang bersendirian sekiranya mahu diberkati. Apakah berkawan dengan kumpulan anjing yang tidak tahu mengenang budi itu lebih baik dari bersendirian? Apakah PAS juga mengamalkan 'matlamat menghalalkan cara'?

    Janganlah kita menjadi seperti rakyat negara lain, kerana dosa pemimpin rakyat menderita kerana bala Allah.

    UMNO masih relevan sekiranya UMNO berani membersihkan diri. Sucikan diri dari najis dan hadas. Perbetulkan perjuangan, utamakan agama dan bangsa bukannya habuan. Saya sudah ingat sejak dari zaman Tunku sehinggalah ke zaman Tun Razak dan Tun Husin di mana zaman UMNO betul-betul membela Orang Melayu dan pentingkan maruah bangsa.

    Tapi UMNO punah dan terlencung di zaman Mahathir. Di era inilah mula wujudnya kronisma dan nepotisma yang dibiakkan oleh Mahathir sendiri. Bermula dari zaman inilah UMNO mula mereput kerana merebut khazanah lebih penting dari membela bangsa. Apa yang kita dapat hari ini hanyalah tempias dan lelehan lebihannya saja.

    Seandainya negara diurus dengan ikhlas dan sempurna kita sudah menandingi Singapura walau tidak melebihinya. Kita kaya dengan sumber sedangkan Singapura apa ada?

    Terima kasih di atas komen yang panjang lebar. Bersama-samalah kita berdoa semuga Allah jauhkan kita dari kemurkaannya.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Ayahanda marah... betul ni ayahanda marah... nanti kena jual.. (dialog 3 Abdul).

    Sebelum ini saya dah nyatakan sepatutnya PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat, jangan dilayan sangat kehendak kafirun.

    Saya yakin ramai yang telah bosan dengan umno dan PKR, tingkatkan usaha untuk menarik orang melayu menyertai PAS dan jadikan majoriti melayu dibawah satu parti.

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr.tharieq dhiyauddin.

    Dari saya remaja, saya bersama PAS. Ketika itu mereka tiada kuasa. Saya juga banyak habiskan duit membantu perjuangan PAS. Tetapi pada tahun 1990 PAS menguasai Kelantan. Di saat mereka beroleh kemenangan dan kuasa ramai di kalangan mereka telah lupa asas perjuangan dan tamakkan habuan, macam askar merebut harta rampasan perang. Pada tahun itulah saya keluar PAS dan mohon menyertai UMNO.

    Di dalam UMNO saya banyak juga pegang jawatan dari Ketua Cawangan sehinggalah Ketua Peti Undi dan pernah bertanding di peringkat Bahagian. Akhirnya bila orang-orang yang saya percayai hilang dari pucuk pimpinan Negeri dan Bahagian, maka timbullah geng-geng muda oportunis menerajui Bahagian termasuklah Pemuda. Kebanyakan dari mereka perpaling dari Allah hanya semata-mata kerana kuasa dan harta.

    Bermula dari saat itulah saya mula diam dan memencilkan diri.

    Dulu pada satu ketika PAS bersama BN kerana kepentingan Melayu dan PAS dikhianati dan terhumban keluar. Sekarang PAS bersama DAP dan PKR kononnya di atas asas sesama berjuang untuk keadilan. Betul, agama menuntut keadilan tetapi keadilan datang dahulu atau Agama yang perlu didahulukan?

    Nampaknya PAS rela berkawan dengan DAP kerana kuasa. Kononnya bila ada kuasa Islam boleh ditegakkan. PAS lupa pada kekuatan yang mereka ada. Dengan suara yang mereka ada sekarang mereka bukanlah menjadi tunjang di dalam Pakatan Rakyat dan tidak sekuat mana. Adakah mereka akan berjaya dengan agenda mereka kalau dengan hanya kekuatan kini yang mereka ada? Tidak dan tidak akan berjaya.

    Jadi saya katakan, PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangannya. sama macam cicak kubing atau lalang. Arah mana angin bertuip, ke arah itulah dia melentuk!

    PAS memang tidak konsisten. UMNO perlu bersihkan diri. PKR parti rojak yang hanya berpegang kepada prinsip keadilan.

    Sdr. boleh pilih yang paling bersih di antara yang kotor. Tapi saya nasihatkan, di dalam bab hukum jangan kita berpaling. Sokong saja siapa yang akan menegakkannya. Itu hak Allah dan kita perlu patuhi.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan,

    Kali pertama saya komen di blog ini. Benarkah dakwaan Mahathir yang membiakkan kronisme dan nepotisme. Bukannya Anwar yg membawa budaya itu? Jika benar pun dakwaan tuan, Mahathir bukannya memerintah negara ni secara bersendirian. Adakah mampu beliau mengawal segalanya atau org bawahannya. Bukan nak membela Mahathir, tetapi tuduhan seperti itu sehingga kini tidak dpt dibuktikan. Jika benar seperti dakwaan, kenapa tiada siapa pun yg berani mengheret Mahathir ke mahkamah pada masa dia sudah tdk berkuasa kini. Zaman para sahabat menjadi Khalifah juga tidak mampu mengawal kronisme atau nepotisme para penguasa dan pegawai yg dilantiknya. Ya, zaman Khalifah pun masalah kronisme dan nepotisme ni dah wujud. Inikan pula Mahathir seorang insan yg kerdil jika dibandingkan dengan sahabat nabi.

    ReplyDelete
  8. Salam leiah,

    Blogging hanya hobi dan mengisi masa lapang. Tugas perlu diutamakan.

    Pada hemat uncle, memang itulah sepatutnya PAS lakukan. Dulu di dalam BN, mereka tidak dihargai dan sekarang bersama PR juga nampaknya juga tidak dihargai. Perkongsian yang sia-sia.

    ReplyDelete
  9. Saya confuse sikit bila tuan nampak serius soal HUKUM Allah.

    1. Foto anak kedua tuan tak tutup aurat pun. (saya tak tau lah pula kalau sekarang anak tuan tu dah pun menutup aurat). Foto itu tuan paparkan untuk tatapan umum di blog ini. Bukankah menutup aurat itu hukumnya WAJIB? Atau tuan ada nas menyatakan Allah menghalalkan rambut wanita didedahkan kepada ajnabiy?

    Bagi saya hukum aurat itu sangat jelas.

    2. Tuan meninggalkan PAS kerana orang parti itu tidak konsisten. Kemusykilan saya - konsistenkah UMNO dengan keyakinan dan kehendak Islam? Tuan menyarankan supaya PAS meninggalkan DAP kerana DAP anti hukum Allah. Apakah UMNO mencintai dan memperjuangkan hukum Allah? 50 tahun UMNO mengepalai negara - kenapa hukum Islam tetap tak dilaksanakan. Harap tidak dihujjahkan kewujudan masjid dan sekolah agama + mahkamah syariah untuk mengiktiraf bahawa UMNO dah tegakkan hukum Allah.

    3. UMNO bersahabat dengan MCA. MCA juga menentang pelaksanaan hudud & hukum Islam. (memang pun logik bila non-muslim tidak menyenangi hukum Islam). Tuan rumuskan PAS bersalah kerana bersahabat dengan DAP yang tak mau hukum Allah. Tidak bersalahkah UMNO yang bersahabat dengan MCA yang juga tak suka hukum Allah. Konsistenkah tuan pada neraca rumusan tuan itu?

    ReplyDelete
  10. Si Karpal ni pun satu, bangang tak abis-abis. Kami nak buat Hudud untuk orang Islam, sebab undang-undang yang ada sekarang tak mampu nak halang orang Islam jadi baik. Remaja berzina, apa penyelesaiannya?

    Bodoh punya peguam. Maaf, emosi sikit.

    Saya setuju PAS keluar jika PKR tak sokong. DAP boleh keluar, tak perlu ugut. next election, PAS akan jadi lebih mantap, Insya Allah.

    p/s: Karpal ni macam Yahudi plak. Kalau ada orang bunuh dia, halal tak?

    ReplyDelete
  11. salam uncle, saya rasa kalau nak tunggu DAP keluar dari PR, memang bertanduk la kucing.. lebih baik PAS je yang tinggalkan PKR ngan DAP tu.. depa tu semua plastik.. gila kuasa je lebih.. rasanya DAP ngan PKR tubuhkan PR tu cuma nak meraih undi jer, bukannya betul2 ikhlas nak berbakti pada rakyat.. sekurang2nya kalau PAS sendirian, mereka tak akan dipengaruhi oleh sesiapa pun bila nak buat sesuatu..

    ReplyDelete
  12. uncle, setuju dengan kata2 uncle.. PAS sekarang ni menghalalkan cara mengikut matlamat.. baru2 ni bila Nik Aziz menyokong Teressa Kok pasal azan yang kuat, saya benar2 terkejut.. saya juga bukan seorang penyokong PAS tapi tak sangka pula begini jadinya.. kalau PAS inginkan kuasa untuk melaksanakan hukum, kenapa tak masuk BN sahaja?? pada saya, PAS hanya mau bersaing dengan UMNO.. agaknya kalau mereka dapat kuasa macam UMNO, mungkin mereka juga akan menjadi seperti UMNO sekarang ni.. atau mungkin lebih teruk lagi.. mereka menggunakan Islam untuk kepentingan parti bukannya menggunakan parti untuk kepentingan Islam..

    ReplyDelete
  13. Kenapa smua org takut hukum hudud tu? Sbb byk buat salah kat belakang? Dh mati trima gak balasannya.

    ReplyDelete
  14. Bila kita takut mati dan terlalu cintakan keduniaan..

    ReplyDelete
  15. jangan takut dengan ugutan si karpal tu.kita kena takut balasan Allah

    ReplyDelete
  16. W'salam sdr. pejuwang.

    Terima kasih kerana saudara sudi singgah dan titipkan pandangan sdr.

    Apa yang saudara katakan itu benar. Cuma saya cuba bandingkan di dua zaman pemerintahan UMNO yang berbeza. Masalah kronisma dan nepotisma memang tidak boleh di dakwa walau ada bukti kerana ianya bukan rasuah secara khusus. Tetapi amalan itu merugikan rakyat. Maksudnya bila perkara itu diamalkan pembahgian kekayaan negara dan projek tidak adil dan tidak berlaku ketelusan.

    Cuma cuba sdr. teliti apa yang berlaku sebelum Mahathir berkuasa. Mahathir hanya seorang Doktor Swasta. Tidak ada apa-apa. Tetapi selepas Mahathir berkuasa, dia dan anak-anaknya kaya raya kerana limpahan projek. Sdr. boleh semak sendiri harta Mahathir dan anak-anaknya selepas bersara. Maaf di sini saya tidak mahu mencungkil harta orang.

    Tentang Anwar, apa yang Anwar ada? selain dari angan-angan tinggi dan bermulut besar. Kalau sdr. ingin tahu tentang perlakuan Mahathir, sdr. boleh korek sumber dari Zahid Hamidi kerana dialah yang menimbulkan hal ini semasa dia bertanding Ketua Pemuda UMNO dulu. Kerana inilah juga Anwar diaibkan dan dihumban ke neraka Sungai Buluh.

    Untuk makluman sdr. waktu ini saya berdiri di tengah padang. Tidak di bawah pohon UMNO, tidak di bawah pohon PAS dan tidak juga PKR.

    Saya sudah jemu dengan orang politik.

    Terima kasih sekali lagi saudara.

    ReplyDelete
  17. Salam sdr./sdri. marhain jelata.

    Terima kasih banyak kerana sudi singgah dan menyumbangkan saya nasihat. Saya akui kata-kata sdr. tentang anak kedua saya itu betul. Saya adalah seorang hamba yang tidak luput dari kesalahan dan dosa.

    Untuk makluman saudara saya sedang memperbetulkan diri dan keluarga. Dulu pun isteri saya tidak bertudung. Tetapi sekarang alhamdulillah sudah berjaya diperbetulkan dan insya Allah yang juga akan diperbetulkan.

    Diri saya tidak betul, keluarga saya tidak betul, itu adalah tugas dan tanggung jawab saya sebagai kepala keluarga. Saya terima itu dengan rendah hati dan itulah hakikatnya.

    Apa yang saya tidak puas hati ialah tentang peranan dan tugas sebuah organisasi yang dikatakan memperjuangkan Hukum. Kita bebas untuk kritik kerana kitalah/rakyat yang mengundi mereka.

    Tentang pendirian terhadap UMNO saya tidak mahu ulang ulasannya. Saya minta saudara baca komen dan ulasan saya kepada Puan melayuangkat dan sdr. harieq dhiyauddin di atas.

    Terima kasih sekali lagi kerana sudi titipkan pendapat anda.

    ReplyDelete
  18. Salam sdr. Brahim.

    Tidakkah sdr rasakan Karpal ini mengkritik dengan tujuan yang tidak baik? Kenapa dia mengkritik dan mengugut ketika di ambang Pilihanraya Kecil Kuala Terangganu? semasa PK Permatang Pauh pun, dia buat hal juga. Adakah dia cuba menonjolkan keretakan dan ketidak sefahaman di dalam PR kepada Pengundi di Kuala Terengganu khasnya dan rakyat Malaysia amnya?

    Saya agak ragu tentang ini. Mungkinkah dia menjadi kuda tuggangan sesiapa?

    ReplyDelete
  19. W'salam anakanda nurdaniella.

    Sememangnya hati uncle berat menyatakan ke arah itu. Tapi tak tahulah, di dalam hati manusia hanya Allah yang tahu. Moga-moga janganlah Agama diperkudakan politik.

    ReplyDelete
  20. Ya moses, kita terpaksa menunggu dan melihat. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Cuma saya marahkan dua ekor ni, Karpal dan Kit Siang. Mereka langsung tidak hormati perjuangan dan pendirin PAS. Hak dia pula dipaksa orang orang lain terima.

    Saya harap perkungsian PAS di dalam PR akan menjadi sebijak Rasulallah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.

    ReplyDelete
  21. Anakanda Isa,

    Ayahanda sokong pandangan dan harapan anakanda. Sepatutnya kita berusaha ke arah itu tetapi PAS juga kena mandi berlimau dulu.

    ReplyDelete
  22. fazemy said...

    Ya fazemy, lumrah manusia. Mungkinkah kita juga termasuk di dalam golongan itu? Saya rasa, saya pun masih takutkan mati!

    Hanya pencuri takutkan polis!

    ReplyDelete
  23. Salam sdr. Zam.

    Kita mesti sokong, pedulikan anjing tua tu. Dosa diri dan dosa keluarga di bahu kita pun sudah banyak nak ditambah pula dengan melawan Hukum ini dari segi politik pula?

    Aduis.... beratnya!

    ReplyDelete
  24. W'salam LotsOfLove-Pearls.

    Berbanyak terima kasih kerana sudi singgah.

    ReplyDelete
  25. Salam tuan,

    Tentang anak2 Mahathir yg kononnya dikatakan kaya raya selepas dia jadi PM sedangkan dia hanya seorang doktor swasta sebelum masuk politik, saya rasa mungkin tuan tidak meneliti secara mendalam kehidupan mahathir sebelumnya. Untuk makluman, beliau bukan sahaja doktor swasta sebelum masuk umno, tetapi juga ahli perniagaan. Beliau mempunyai restoran, syarikat pengangkutan utk memasarkan barangan orang2 kg atau produk melayu dan beberapa lagi perniagaan yg beliau kongsi bersama kawan2 sebelum beliau menjawat jawatan dlm kerajaan. Hakikatnya beliau sudahpun kaya sebelum aktif berpolitik sebenarnya. Tidak ramai yang tahu hakikat ini. Kami di Paneh Miang memang mengkaji tentang ini.

    Saya juga tertarik dengan komentar tuan iaitu-

    Tentang Anwar, apa yang Anwar ada? selain dari angan-angan tinggi dan bermulut besar. Kalau sdr. ingin tahu tentang perlakuan Mahathir, sdr. boleh korek sumber dari Zahid Hamidi kerana dialah yang menimbulkan hal ini semasa dia bertanding Ketua Pemuda UMNO dulu. Kerana inilah juga Anwar diaibkan dan dihumban ke neraka Sungai Buluh.

    Bukan kerana sebab di atas Anwar dipecat sebenarnya. Nanti ada kesempatan saya berkongsi lagi. Namun saya ingin bertanya, tidakkah tuan teliti semasa kerajaan mengeluarkan senarai individu yang memperolehi projek2 kerajaan setelah zahid mempersoalkannya dlm perhimpunan agong umno. Saya terkejut ketika itu kerana hampir 80% senarai yg dikeluarkan kementerian kewangan, individu2 yg menerima kontrak kerajaan sejak 1991 kebanyakannya terdiri drpd sahabat2 dan saudara mara Anwar. Nama zahid hamidi pun ada dalam senarai itu. Sila rujuk arkib media dan kementerian kewangan antara 1991 hingga 1998 dan tuan pasti akan memahaminya.

    Sebab itu saya katakan jika mereka yg ingin menuduh mahathir, sila kemukakan bukti bahawa mahathir telah meluluskan atau mengarah sesiapa meluluskan projek utk kroni dan saudara maranya. Jika tiada yg berani tampil dgn bukti, maka saya menganggap itu semua fitnah belaka.

    ReplyDelete
  26. Tuan pejuwang,

    Terima kasih di atas keterangan tuan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa