Wednesday, April 8, 2009

Adakah Kita Tidak Menghina Alqur'an?

Apa yang saya katakan di bawah termasuklah diri saya sendiri sekiranya ini yang berlaku.

1. Jadikan Alqur'an sebagai hiasan(tidak membacanya) di atas rak atau di dalam almari .

2. Membaca Alqur'an tetapi tidak berusaha untuk memahami maksudnya

3. Tahu di dalam Alqur'an adalah perintah Allah tetapi tidak akur dengannya

4. Tahu tentang apa yang wajib dilaksanakan melalui Alqur'an tetapi yang sesuai dengan kehendak hati sahaja diterima pakai tetapi yang tidak menepati kehendak hati/nafsu diketepikan

5. Mengatakan sesetengah perintah Allah di dalam Alqur'an tidak sesuai diamalkan di zaman ini

18 comments:

  1. Tuan
    terasa betapa banyaknya diri ini menghina Alqur'an.....

    ReplyDelete
  2. Salam sakura.

    Saya sendiri pun ketika ingat ok, tapi ketika lalai/alpa langgar juga.

    ReplyDelete
  3. salam:

    Pas wajib menegur kompenennya supaya mereka faham Al-Quran bukan boleh dipergunakan sebarangan. Jangan kita leka bila orang yg tidak beriman dengan Allah dan Kitab Allah tetapi mempergunakan sewenang2nya. Setuju juga UMNO buat laporan polis.

    ReplyDelete
  4. W'salam sdr. Kulat.

    Saya bukannya bersetuju alqur'an di buat basahan. Tetapi saya setuju bila bangsa/agama lain membaca, memahami dan mengamalkan.

    Tetang sebutan. salah betulnya itu cerita lain, sebab kita dulu masa kanak-kanak pun bukan betul sebutanya inikan pula lidah Cina malah orang kita yang dah dewasa pun masih lagi telor tambah lagi yang mengabaikan Alqur'an

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd PAS. Hanya baru setahun berkawan dengan DAP dah ada YB mereka yg mengambil panduan dari Quran. Nak harapkan UMNO, selama 50 tahun yang diajar cuma rasuah & penyalahgunaan kuasa yang diajar.

    ReplyDelete
  6. kembara putih.

    Terima kasih di atas kujungan saudara. Kata-kata saudara ada benarnya.

    Saya bukan nak perlekehkan orang lain tetapi sekiranya kita sendiri tidak tahu/mahir, bagaimana nak mengajar orang lain? Ini mungkin termasuk saya juga.

    ReplyDelete
  7. Salam Abe Din,

    Maknanya kita nie tak faham kenapa Al-Quran itu diturunkan,ianya bukan sahaja utk memberi panduan dan bimbingan kpd org Islam...akan tetapi juga kpd org bukan Islam..

    Lihat contoh bagaimana saintis mereka membina shuttle space yang boleh keluar dari bumi ke luar angkasa...ayat apa yang dikajinya..surah apa yang dibacanya..

    Bagaimana mereka dapat menghantar isyarat dr angkasa ke stesen bumi...surah apa yang dikajinya..

    Tinggal kita nie...ada Al-Quran depan mata...taknak baca dan ambik pengajaran didalamnya...mcm saya nie....(sedar pun)

    ReplyDelete
  8. SALAM tUAN:

    aDA KEBENARANNYA KATA2 TUAN ITU.. NO KOMEN.

    ReplyDelete
  9. Salam Pakcik,
    Saya rasa ramai lg orng yg silap tafsir maksud menghina AlQuran..Dianggap mnghina AlQuran bila kita memijak,meletakan ditempat yang kotor,memutar belit isi AlQuran dan degil nak beramal dgn isi AlQuran.Kalu org DAP tu pijak AlQuran tu bolehlah kita report polis..

    ReplyDelete
  10. Pakdin, saya setuju sesangat tentang entry ni. Kita secara tidak sedar menghina AL-Quran jika tidak membacanya, dan tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.

    Saya bersyukur kerana PRK di Bukit Gantang memberi kemenangan kepada PAS.

    Isu ADUN DAP membaca petikan Quran boleh dilihat dari sudut positif.
    Pertama, pemimpin muda DAP itu menganggap Quran yang menjadi pegangan umat hari ini mempunyai lebih daripada nilai ritual. Mungkin melalui kajian mendalam, hidayah Allah sampai kepadanya.

    Kedua, Setakat salah menyebut nama surah, bukanlah satu isu yang patut didebatkan. Jika salah, tegurlah secara berhemah, jangan labelkan mereka dengan istilah buruk, kerana itu akan menjadikan orang bukan Islam takut mendekati agama kita.

    Pada saya, dakwah berterusan kepada bukan Islam harus diteruskan. Hidayah adalah milik Allah, tetapi penting untuk kita sebagai orang Islam, memberi gambaran baik tentang Islam. Sumbernya tentulah dari Al-Quran.

    Lega rasanya dengan kemenangan ini. Bertambah peninglah Najib....

    Moga kemenenangan ini disambut rasa syukur oleh penyokong dan pendukung PAS.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    JIKA ORANG-ORANG KAFIR MENGGUNAKAN AYAT AL QURAN BAGI TJUAN PENERANGAN DENGAN MEMBACA AYAT SEBAGAIHUJAH MAKA ITU TIDAKLAH MENGAPA, NAMUNG JANGANLAH PEGANG AL QURAN ITU MEAINKAN JIKA KITA BENAR-BENAR KOTOR, AYAT YASIN 82 DAN AYAT ASY SYURA' 10-12 MENERANGKAN SEGALA-GALA YANG DI PERTIKAIKAN CUMA DI SEBABKAN KATANYA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DI ATAS PENTAS ? MAKA INI JUGA UMNO DAH BUAT SILAP KERANA UMNO MEMFARAKKAN POLITIK DAN AGAMA, BAGI SAYA TIDAK MENJADI SALAH ORANG YANG KAFIR MEMBACA AYAT SEBAGAI HUJAH UNTUK MENDAPATKAN KEBENARANG, SEBAB ITU ALLAH BAGITAHU JIKA KAMU BERSELISIH MAKA KEMBALILAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, INI SUDAH CUKUP JELAS

    BN SAN PR BERSELISIH DALAM DASAR YANG BERLAINAN MAKA KEMBALILAG KEPADA AL QURAN NAMUN UMNO TODAK MAHU, YANG MAHU KEMBALI IALAH DAP WALAUPUN DIA KAFIR, MUDAHMUDAHAN AALAH PERLIHATKAN KEPADANYA PETUNJUK DENGAN MEMBACA AYAT-AYAT TUHAN INI, SEBAB ITU KITA DI DIDIK BUKAN SETAKAT MEMBACA SAJA AKAN TETAPI DALAM SOAL KESELURUHANNYA, TERLALU BANYAK AYAT QURAN YANG DAPAT MEMENANGKAN HUJAH YANG MENGATAKAN ADALAH TIDAK SALAH ORANG KAFIR MENGGUNAKAN AYAT ALLAH INI

    APA YANG PENTING IALAH ULAMA'KERAJAAN DAN ULAMA'PAS MESTI DUDUK SEMEJA BERUNDING ATAS PERKARA BOLEH TIDAKNYA OANG KAFIR BACAKAN AYAT ALLAH UNTUK TUJUAN DAKWAH, SEBAB ITU MUFTI JANGAN BERLAGAK BODOH SOMBONG, HUJAH KAMU SEBENARNYA DANGKAL TENTANG HAL YANG DI PERTIKAIKAN II KERANA BANYAK AYAT YANG MEMBENARKAN HAL DEMIKIAN DAN ORANG RAMAI PULA JANGAN BUTA HUKUM TENTANGNYA, AL QURAN ITU DI BACA, DI FAHAMI, DI AMALKAN

    NAMPAKNYA PEHAK KERAJAANLAH YANG BANYAK MENGHINA AL QURAN DARU ORANG KAFIR SEBAB TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH, KEPADA TOK MUFTI TOLONG JAWAB

    ReplyDelete
  12. W'salam IndukYati.

    Sebenarnya kepala/fikiran kita orang Islam/Melayu masih berkecamuk. Alqur'an adalah untuk manusia sejagat bukannya khas untuk sianu siini. Perlu di baca dan difahami serta mengamalkan apa yang diperintahkan melaluinya.

    Kita perlu patuh dan lakukan sedaya mampu bukan memperlekehkan dengan berkata "Eh tak boleh, zaman ini lain" Tanpa kita sedar kita juga memperlekehkan Allah.

    Satu fahaman sempit kita adalah tentang ibadah. Bagi Ibadah adalah sembahyang, puasa, zakat, sedekah dan segala benda yang wajib dan sunat tetapi kita lupa kita berfikir dan berkerja juga adalah ibadat.

    Saintist beribadat, PM beribadat, Guru beribadat, doktor beribadat bersembang juga adalah ibadat. Apa yang kita buat berlandaskan hukum di dalam Alqur'an dan lillahi taala adalah menjadi ibadat.

    Segala kemajuan yang dicapai melalui barat yang kita nikmati sekarang semuanya adalah hasil dari kajian dan memanafaatkan Alqur'an. Kalau orang bukan Islam begitu memanafaatkan Alqur'an, kenapa kita tidak?

    ReplyDelete
  13. W'salam sdr.kulat

    Marilah kita bersama-sama membaiki diri dan persepsi kita. Insya Allah akan diberkatiNya.

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda UXOP.

    Sebenarnya kita sengaja menyempitkan minda kita. Kita tidak pernah berusaha untuk keluar paradigma. Fikiran kita hanya satu hala sahaja dari dulu semasa nenek moyang sehinggalah sekarang. Kita seolah ditutup dan diserkup

    ReplyDelete
  15. Salam sdr. Brahim.

    Saya ucapkan tahniah kepada yang menang di dua bukit dan satu batang.

    Sememangnya kita pandang dari sudut positif. Bagi saya bila Cina DAP sanggup mencari ayat di dalam Alqur'an untuk disesuaikan dengan masa dan hadirin serta mencari pula makna dan memahaminya, bukankah itu satu perkara baik. Dia faham dan terima pakai, berusaha pula untuk memberitahu orang lain (Islam atau pun tidak), bukankah itu perbuatan baik.

    Orang kita yang kononnya tahu membaca Qur'an, berapa orangkah yang berani menyatakan yang benar sebagaimana termaktub di dalam Alqur'an itu sendiri. Tapi bila orang lain baca dan memberitahu manusia lain, kita kata menghina. Lojikkah kita perpandangan begitu kalau kita renungkan dengan fikiran yang waras dan membuang emosi?

    ReplyDelete
  16. salam uncle,

    sememangnya graf keimanan boleh naik dan turun...syukur masih ada yang saling ingat -mengingatkan :)

    ReplyDelete
  17. W'salam PakKaramu.

    Benar kata-kata Pak Karamu cuma saya tidaklah mahu menudingkan jari kerana semuanya sudah jelas Siapa pikul, siapa yang hempas dan siapa yang kutip.

    Saya ada baca statement selepas persidangan Mufti tapi nampaknya pihak Mufti pun masih bercelaru. Di perenggan atas menyatakan tidak boleh kalau tujuan politik dan di perenggan bawah dinyatakan Alqur'an ada untuk semua umat manusia. Jadi adakah Alqur'an itu hanya boleh dipakai untuk beribadat sahaja? Bukankah Alqur'an itu merangkumi panduan keseluruhan kehidupan manusia bermula dari Tauhid sehinggalah sosial.

    Apakah kita juga cuba berlagak tuhan (playing God) tahu apa yang ada di dalam hati orang lain?

    ReplyDelete
  18. W'salam erisya.

    Ya. Itulah kelemahan kita sebagai manusia yang dilahirkan amat jauh dari zaman Rasulallah dan Khulafurrashidin.

    Maka kita hendaklah sama-sama ingat mengingati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa