Wednesday, April 8, 2009

Apakah Semenanjung Juga Tolak BN?

Kalau mengikut kata Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, keputusan di batang Ai menunjukkan Rakyat Sarawak menolak sepenuhnya PKR @ PR.

Apakah ini juga bermaksud rakyat semenanjung juga menolak UMNO/BN sepenuhnya?

Petikan dari Berita Harian Online :

(Kenyataan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas kemenangan BN mengekalkan kerusi Batang AI)

Kemenangan BN bukti rakyat Sarawak tolak PKR

LUBOK ANTU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussen Lamoh pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air sebagai membuktikan rakyat Sarawak menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, bukan saja rakyat Sarawak, malah rakyat Sabah turut sama tidak menerima kedatangan PKR ke negeri berkenaan.

Kemenangan itu juga kata beliau, membuktikan keyakinan rakyat Sarawak terhadap Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya yakin rakyat Sarawak khususnya pengundi di DUN Batang Air meletakkan harapan yang tinggi kepada Najib kerana mereka yakin Perdana Menteri keenam itu akan membela nasib penduduk di luar bandar.

"Saya berterima kasih kepada pengundi di DUN Batang Air khususnya pengundi Iban selaku kaum majoriti di situ kerana terus mempertahankan Sarawak sebagai kubu kuat BN.

"Keyakinan dan kepercayaan diberikan pengundi di DUN Batang Air, menaikkan semangat kerajaan BN untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan membangunkan kawasan luar bandar di negara ini," katanya kepada Berita Harian, malam tadi.

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkampung di DUN Batang Air sejak hari penamaan calon untuk membantu kempen calon BN dan turut berkunjung ke rumah panjang di kawasan hulu bagi meraih sokongan pengundi.

Beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8 malam tadi, selepas melawat pusat mengundi di DUN Batang Air, sepanjang hari semalam.
Shafie berkata, walaupun pelbagai isu dan sentimen yang cuba dimainkan pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun terbukti pembangkang tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak.

"Kemenangan itu juga satu isyarat kepada PKR bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak akan terus mempertahankan dua negeri ini sebagai kubu kuat BN," katanya.

32 comments:

  1. menteri bodoh, kuar kenyataan tp tak konsisten...

    ReplyDelete
  2. LeeZ.

    Saya tidaklah mahu mengatakan dia bodoh tetapi satu statement yang dangkal kerana dengan kekalahan PR di satu kerusi sudah buatnya andaian.

    Saya tidak tahu nak kata apa lagi sekiranya inilah tahap pemikiran seorang menteri di dalam kabinet Pak Lah/Najib.

    ReplyDelete
  3. salam uncle..

    saya dengar berita tu, tp tidak tahu majoriti memang..
    kdg2 menteri2 nya sekadar bercakap utk keluarkan statemnt general yg favorkan parti depa ajer.. tp tak pk effect nya pada kita yg mendengar.. :)

    ReplyDelete
  4. W'salam kakyong.

    Itulah masalahnya bila berckap tanpa berfikir.

    Uncle tengok ramai orang politik akan melatah kalau dicucuk sedikit.

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    Saya mungkin tidak terkejut kalau orang asli di pedalaman Sarawak itu tak tahu lagi yang Pak Najib dah jadi PM.. Sebab rumah mereka tak ada bekalan elektrik; mana nak tengok berita atau dengar RTM...

    Che

    ReplyDelete
  6. Che

    Itu mungkin betul sebab kebanyakan mereka terprncil dan di pendalaman tapi janganlah sehingga menteri pun bercakap setaraf dengan mereka.

    ReplyDelete
  7. uncle,diorang bercakap tapi tak sedar kata2 tu terkena kat batang hidung diorang balik

    ReplyDelete
  8. Teringat saya masa beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Pengguna dulu, minyak masak tiba2 hilang di pasaran. Maka bergeraklah beliau ke serata pasaraya mencari minyak masak. Sungguh lucu sekali.

    Khabarnya beliau akan dilantik menjadi menteri yang lebih kanan.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum....
    betul pandangan uncle pada che tu.. menteri ada mentaliti cam gitu.. rosak2..
    x pe... yg penting kita menang sudah di 2 bukit... takbir! reformasi!

    ReplyDelete
  10. tak tahulah kenapa menteri2 skrg gi statement yg dangkal baik dari menteri kanan hingga lah pemimpin tinggi yg bkn menteri.
    Lagi teruk yg tukang angguk pun main langgar jer angguk dan sokong.
    Tak taulah apa yg ada dalam fikiran diaorg ni.

    ReplyDelete
  11. salam uncl,

    pa pendapat uncle tentang 3 kategori sekolah yg akan diadakan tahun depan?
    (kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta)

    ReplyDelete
  12. Kalau betul2 UMNO nak selamat cuba tarik minat golongan muda pada mereka, sebab saluran pengundi muda di 2 tempat iaitu di Bukit Gantang dan Bukit selambau bukan sahaja menunjukkan golongan muda menolak UMNO/BN tetapi jumlah menunjukkan peningkatan.

    ReplyDelete
  13. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete
  14. punca2 kekalahan BN

    1)mahathir
    2)najib
    3)isu perak
    4)media massa

    terima kasih di atas faktor2 tersebut
    yg sukar utk di lunturkan kesan degil nya

    ReplyDelete
  15. heh heh, kasik can aje ler kat depa nak beri respon macamana tentang halatuju pengundi ;p

    ReplyDelete
  16. tuan

    apa yg berlaku di bukit gantang terutamanya : macam ada cerita yg mahu di serlahkan....
    kesilapan demi kesilapan - terutamanya stategi untuk menang.....

    yang TV3 siarkan semula cerita Anwar 14 tahun dulu untuk apa...kepercayaan sudah terbentuk.
    apa yg datang dari BN adalah korup....
    itu kepercayaan.
    nak merubah kepercayaan - sistemnya harus diperhalusi.....

    maaf - ini sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  17. leiah.

    Dia orang bercakap hanya memakai lidah tanpa melalui otak. Kalau dulu Tenggung Jugah berkata begitu koklah juga.

    ReplyDelete
  18. kembara putih.

    Saya harap sebelum melantik beliau ke kementerian yang lebih kanan, DS Najib menilai terlebih dahulu prestasi beliau di dalam keberkesanan menjalankan tugas sebelum ini.

    ReplyDelete
  19. Wa alaikumusslam T.

    Ya tahniah kepada yang menang dan syabas kepada semua tenaga yang menjayakan.

    Uncle rasa dia bercakap di dalam perasaan terlalu gembira. Hilang kawalan otak.

    ReplyDelete
  20. W'salam Shitsurei shimashita.

    Yang lebih haru bila media bodek melaporkan dengan cara tangkap muat tanpa difikirkan baik buruknya.

    ReplyDelete
  21. W'salam Shitsurei shimashita.

    Tiga jenis sekolah yang akan dilaksanakan nanti: kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta adalah semata-mata kerajaan mahu mengawal bentuk pembelajaran terutama di sekolah-sekolah pondok yang dikatakan menerapkan nilai-nilai fundamental dan extremism di dalam agama. Golongan yang terbentuk dengan nilai begini tidak akan menyokong kerajaan yang secular.

    ReplyDelete
  22. ros,

    Selagi kerajaan merendahkan nilai kebijaksanaan mereka macam kata Che Eduardo "insulting my intelligence" selagi itulah golongan muda tidak akan menyokong kerajaan. Che Eduardo adalah satu contoh yang uncle tujukkan mewakili golongan muda yang berpelajaran.

    Minda golongan muda amat terbuka dan mereka lebih bijak kerana kebanyakan mereka memang berpelajaran. Mereka lebih terdedah kepada dunia yang terbuka sekarang.

    ReplyDelete
  23. Salam Anak Pendang Sekeluarga.

    Terima kasih di atas lawatan saudara ke blog ini.

    Ayat itu adalah mengenai pengorbanan umat yang membantu golongan yang susah kerana berdakwah/mengembangkan ajaran Islam. Ganjaranya adalah iman yang teguh yang dijanjikan sendiri oleh Allah.

    Insya Allah saya akan berkunjung nanti. Terima kasih kerana menjemput.

    ReplyDelete
  24. checkmate.

    Saya rasa pun betul sebagaimana andaian saudara. Faktor itulah yang membakar hati orang-orang Perak yang punya pemikiran terbuka.

    ReplyDelete
  25. Mak Su.

    Betul Mak Su. Undi adalah hak kita. Tetapi apa yang saya cuba perkatakan adalah kedangkalan kenyataan seorang yang bertaraf menteri dan juga Naib Presiden UMNO.

    ReplyDelete
  26. Sdr. jinggo.

    Itulah yang dimanakan taqdir. Sebijak mana manusia merancang, bijak lagi rancangan Allah.

    Di dalam kehidupan pun macam itu juga. Kita merancang, kita berusaha, ada matlamat yang lojik dan kita berserah. Kalau Allah kata "jadi" maka jadilah

    ReplyDelete
  27. Salam tuan rumah dan tetamu sekalian,
    Ramainya, kenduri arwah BN ke ni?
    Saudara MountDweller ni memang penembak tepat laa!!!

    ReplyDelete
  28. W'salam Dr. Abdul Wahab Arbain.

    Kebetulan bidikan yang jelas lagi terang. He..hee..

    ReplyDelete
  29. Uncle Mountdweller....
    Thank you so much sebab sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa ini dan selamat berkenalan... Best jugak blog ni.. Saya pun suka...

    ReplyDelete
  30. Walinong Sari said

    Terima kasih di atas ziarah balas. Dan Terima kasih sekali lagi kerana menyukai blog cabuk ni.

    ReplyDelete
  31. Anak muda tolak BN sama sekali.
    tapi kita tidak boleh leka.amalan tegur menegur mestilah diteruskan.meereka yang menerima teguran pula,kena terima dgn tenang dan hati terbuka.

    saya rasa,hanya 70% bumiputera yang sedia berubah.yang 30% lagi masih ragu ragu.

    tetapi hampir 90% kaum bukan bumiputera mula menolak BN sevara terang terangan.

    yang paling menarik,masyarat maya tetap teguh dan mesra.walaupun tak pernah bersua muka.

    ReplyDelete
  32. Salam matcomot.

    Kemesraan di alam maya adalah anugerah Allah yang membuatkan kita gembira dan kembangkan minda.

    Dari dulu sehingga sekarang, orang Melayulah yang terlalu lambat berubah. Setia dengan minda yang terkurung. Oleh sebab itulah bangsa lain sentiasa di hadapan kita baik dari apa segi sekali pun.

    Satu lagi yang membuat orang Melayu selesa ialah "tungkat". Kerana tungkatlah menjadikan orang Melayu merasa selesa dan kurang berusaha untuk majukan diri. Dalam bab ini kata-kata Mahathir dulu itu betul. Kerana tungkatlah juga orang Melayu senang dicucuk hidung. Senang dianjingkan!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa