Monday, April 13, 2009

Kriteria Seorang Pemimpin Islam

Hadith di bawah adalah salah satu peringatan dari Sayyidina Muhammad Rasulallah Sallalahu Alaihi Wassallam kepada semua pemimpin dan peguasa yang mengaku beragama Islam. Hadith ini ditujukan kepada semua Muslim tidak mengira bangsa dan warna kulit.

Tetapi apakah hukumnya pula kepada rakyat yang menyokong dan memperjuangkan kesinambungan kekuasaan pemimpin yang tidak mengikut apa yang disabdakan Rasulallah sebagaimana di bawah?

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :

Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda dengan maksudnya :

” Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.
Sadaqa Rasulullah.

20 comments:

  1. Salam,

    Hadis tersebut adalah saheh, sama ada perawinya atau sanadnya, hadis tersebut rentetan pemimpin islam yang menepati syarak , bukan pimpinan orang islam yang sekularisma yang terkeluar dari syarat menjadi umat Muhammad saw, jika tak cium shurga ia bermaksud terlalu jauh dari syurga, ertinya kekal di dalam Neraka seperti kaum yang munafik yang tinggak di neraka yang terbawah dari neraka orang kafir, mudah-mudahan kita elakkan diri kita dari kumpulan tersebut

    ReplyDelete
  2. W'salam PakKaramu.

    Terima kasih di atas penjelasan yang sungguh bermakna dan juga di atas nasihat dan peringatan PakKaramu.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Apabila kita membicarakan soal pemimpin, kita perlu juga mengambil kira hadith-hadith sahih yang lain.

    Hadith yang dikemukakan adalah ditujukan kepada mereka yang memegang jawatan kepimpinan bagi menunjukkan bertapa besarnya tanggungjawab sebagai pemimpin.

    Namun begitu, jangan kita lupa peranan kita sebagai orang yang dipimpin. Apakah tindakkan kita sekiranya pemimpin kita tidak berhukum dengan hukum Allah S.W.T. Apakah dengan semudah kita memberontak dan menggulingkannya. Kalau ya, apakah dalilnya.

    Jangan kita lupa. Islam ini serba lengkap. Sekiranya kita menjumpai hadith-hadith yang ditujukan kepada pemimpin, sudah pasti wujud hadith-hadith yang ditujukan kepada pengikut.

    Kesimpulannya, jangan kita sekadar mengambil hadith yang memberi peringatan kepada orang lain, tetapi lupa pada hadith-hadith yang memberi peringatan pada kita, khususnya pada apa yang kita dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete
  4. W'salam Grand Marquis.

    Terima kasih. Memang banyak lagi Nas tentang kriteria pemimpin Islam. Blog dengan ruangan terhad tidak memungkinkan mengisi semua.

    Begitu juga pengikut dan yang memilih/melantik ada juga ada rukunnya. Tetapi apa yang saya nak katakan ialah semuanya berlandaskan hukum melalui Nas.

    Saya tidak tujukan n3 ini bagi kepentingan politik maaf! Sebab bila kita bincang hal politik kita akan hilang rasional. Maka kita akan bercakap dengan emosi dan menggunakan apa saja dalil menrgakkan apa yang kita suka/percaya. Dan ini kita akan merusakkan suasana dan menempis hakikat ke tepi.

    ReplyDelete
  5. salam..

    combi pernah singgah sini suatu masa dulu lompat dari umah sakura.. :)

    tak berani nak komen lebih2 cuma hairan bin pelik sbb ramai 'teringin' nak jadi pemimpin sedangkan amanah itu sgt berat utk dipikul.

    muhasabah utk diri sendiri juga sbb combi pemimpin kpd anak2 combi sendiri..takut meludah ke langit kena muka sendiri :)

    ReplyDelete
  6. W'salam combi.

    Terima kasih di atas kunjungan balas.

    Memimpin adalah tugas yang amat berat. Semua tertanggung di bahu. Namun kita terpaksa akur yang semua kita adalah pemimpin. Paling kurang memimpin diri sendiri

    ReplyDelete
  7. Uncle,

    Malangnya, semua pun berjuang untuk diri sendiri.. Mana terfikir amanah dan tanggungjawab berat yang dipegang..

    Che

    ReplyDelete
  8. mengalas tugas pemimpin sesuatu yg mencabar... berat bebannye...

    ReplyDelete
  9. the grande marquis smells like umno? no?

    hehehe...dalam situasi di mana jika islam diamalkan benar2...tidak akan timbul diangkat pemimpin yang seperti yang ada sekarang. qualiti pemimpin seperti yang ada sekarang. umat islam itu sendiri akan menggunakan akal dan ilmu islam dalam memastikan agar pemimpin yang diangkat akan menyambung sirah perjuangan nabi (saw).

    tapi perkara itu tidak berlaku sekarang. jadi janganlah digaduhkan perihal hadith ditujukan kepada orang itu, hadith kepada golongan lain pula...hadith itu tidak mengenal kroni, bangsa, suku-sakat, mahupun jika seseorang itu ada secebis tempias keturunan nabi. jika membelakangkan ajaran nabi maka terimalah padahnya daripada hadith yang disabdakan. dalam setiap diri kita ini ada roh, dan roh itu amat tahu siapa yang hak ke atasnya, akan tetapi seringkali roh gagal menguasai nafsu...jadi nafsu akan lebih menentukan arah-tuju roh. kalau sudah terasa pedih daripada hadith, maka diamkanlah saja...muhasabah diri, jangan digaduhkan, kerana yang memetiknya itu hanyalah insan, yang menyampaikan amanah nabi (saw) walau sepatah.

    pemimpin ada tanggungjawab dia, akan tetapi umat islam itu ada tanggungjawab lebih daripada pemimpin kerana tangan setiap insan islam itu ada menentukan hala tuju islam di atas bumi Allah ini.

    salam.

    p/s: minta maaf tuan m'dweller, hamba sekadar berkata sepatah dua bukan niat berpolitik, hanya niat mengejutkan minda yang tidur.

    ReplyDelete
  10. jangan main-main ek... berani tanggung, berani pikul - kata orang kampung saya :)

    ReplyDelete
  11. Che

    Itulah sebabnya manusia sekarang berebut-rebut sehinggakan khianat mengkhianati dalam bertanding untuk pegang jawatan. Kalau difikirkan beban dan amanah, rasa perebutan tidak akan terjadi

    ReplyDelete
  12. Hanis,

    Cukup berat bagi yang beriman dan beramanah.

    ReplyDelete
  13. Garden,

    Benar sekali Garden. Uncle sangat bersetuju dengan hujjah Garden. Pandangan dan pendapat Garden Uncle alu-alukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Mak Su.

    Betul. Berani angkat, berani pikul beranilah tanggung walau pun pinggang akan patah dek beban.

    ReplyDelete
  15. Kepada Garden,

    Apa yang saudara utarakan adalah idealisma yang sepatutnya berlaku. Tetapi realitinya ialah ia tidak berlaku.

    Islam ini agama praktikal, bukan idealisma. Kalau hendak dikira semua orang ikut Islam betul-betul, nescaya pintu tak perlu berkunci, polis tak perlu kerja, tak ada orang miskin.

    Realitinya ialah kita ini umat akhir zaman. Zaman yang penuh fitnah.

    Rasulullah S.A.W. sedia mengetahui situasi umat masa kini, dengan itu beliau S.A.W. memberikan pelbagai nasihat dan panduan pada umatnya.

    Baca dan fikirkan hadith dibawah ini.

    Ibnu Mas’ud berkata, bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Sesungguhnya, sesudahku nanti kamu akan menyaksikan kediktatoran, dan perkara-perkara yang kamu membencinya.” Para sahabat bertanya: “Apa yang kamu perintahkan kepada kami, jika hal ini terjadi wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w, menjawab: “Berikan kepada mereka akan hak mereka, dan mohonkanlah kepada Allah akan hakmu.”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    ReplyDelete
  16. Grand Marquis.

    Inilah kebaikannya kita di sini. Percambahan pengetahuan! Setidak-tidaknya kita boleh memahami asas pendirian masing-masing. Bukankah manusia yang berakal akan berbahas di dalam suasana ilmiah dan rasional.

    Saya berharap sangat kita tidak emosional.

    Terima kasih Grand Marquis.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Saudara,

    Pemimpin juga adalah Saudara dan saya. Kita sama-sama Pemimpin dalam peranan masing-masing. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi Pemimpin yang sebaiknya.

    Saudara sebagai seorang Suami dan Ayah, ketua keluarga yang bahagia, InsyaAllah selamanya: dan saya sebagai isteri dan ibu pada keluarga saya.

    Dan semoga SEMUA Pemimpin Negara kita di peringkat Negara atau NEgeri yang Islam juga akan diberi Taufik dan Hidayah serta InnayahNYA berterusan memimpin Negara. InsyaALlah swt.

    Allah swt Maha Mengetahui dalam Segala UrusanNYA. Dia berikan Kuasa kepada siapa yang DIA kehendakki dan ditariknya balik juga dari siapa yang DIA kehendaki. Banyak rahsia yang hanya dia tahu apa yang terbaik buat kita.

    Sama-samalah kita berdoa Agar Allah swt akan sentiasa memberkati hidup kita semua, keluarga kita, Negara kita seperti selama ini yang kita kecapi, Bersyukurlah kita. Ridolah apa yang dia beri pada kita. InsyaAllah, yang baik itu datang dari DIA.

    (Kalau saudara di KL, saya pasti akan syorkan saudara juga sambung pengajian ber sama kami. Kuliah kami ramai yang above 50!! Ha ha seronok Go back to school. The oldest is 65)

    The best part is you get to learn so much you never had the chance before. And the Professors are from all over the world. My Arabic Prof is from Sudan. There are Iranians Profs and of course our very own Professors which we all should be Thankful to Allah swt for and be proud of!! Alhamdulillah, the greatest Gift God can give us, Knowledge- especially if you above 50!

    ReplyDelete
  18. wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Seronok baca cerita puan tentang kuliah dan suasana pengajian, cuma saya agak kurang bernasib baik kerana jarak dan keadaan memisahkan.

    Ya puan, sama-samalah kita berdoa dan memperbaiki diri dan berusaha menambahkan taqwa. Berdoalah kita akann hidup bahagia dengan negara yang aman dan rezeki yang melempah.

    ReplyDelete
  19. salam bang..
    saya rasa,sampai satu tahap.rakyat malaysia tidak lagi mempercayai mana mana pemimpin parti politik.

    mereka akan beralih arah ke kumpulan tareqat dan tabligh yang tidak langsung berbicara soal politik.

    pemimpin kita asyik sibuk mencari salah diantara satu sama lain.

    namanya gila kuasa.yg dah naik jd pemimpin,perghhhhhhhhhhh jangan ditegur.kita akan dihukum masuk neraka lebih awal dari hukuman allah di padang mashyar.

    hari ini,dlm the star,ada yang merompak kerana nak bagi anak makan.

    memang dia buat kerja salah,tapi,disebalik tu..kenapa dia merompak.............

    anak menangis kelaparan di rumah,siapa yg sanggup melihat.

    pemimpin kita?hang kata aku,aku kata hang.........

    ReplyDelete
  20. W'salam Mat.

    Kalau benar yang dia merompak kerana anak kelaparan, ini bermakna kegagalan. Pertma kegagalan si ayah mencari peluang hidup dan kedua kegagalan pemimpin memakmurkan rakyatnya.

    Tetang pemimpin pula, mereka gagal/tidak mahu mencari kata sepakat/titik pertemuan. Abang lebih cenderung bagi mereka mencipta ruang bermuzakarah.

    Kedua-dua pihak lantik pemimpinn yang mantap dari segi agama dan siasah dan adakan meja bulat bermuzakarah. Pihak UMNO bolehlah melantik Zahid hamidi, Nakhaie Ahmad atau Mufti Perak dan mungkin TPM sendiri sebagai wakil manakala PR pula mereka ramai pemimpin yang berpengalaman bagi mewakili PR.

    Kalau asyik bertegang urat, bila nak selesai. Rakyat jugalah yang terkulat-kulat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa