Saturday, April 11, 2009

Tindakan Yang Melulu

Hari ini gempar lagi berkaitan dengan tindakan kasar dan tidak berperikemanusiaan Polis. Lihat di sini . Sepatutnya perkara begini tidak berlaku di dalam keadaan pihak Jabatan Polis berusaha membersihkan imej polis dan memupuk kembali kepercayaan masyarakat terhadap Pasukan Polis kita. Kita tahu dan faham mereka tertekan dengan kerja mereka tanpa mengenal masa dan waktu. Tetapi sebenarnya mereka sudah sedia maklum sebelum memohon menganggotai pasukan ini, apakah bentuk nature kerja polis. Sepatutnya mereka sudah bersedia dengan mental dan fizikalnya menghadapinya.

Saya ingin imbas kembali cerita malang yang menimpa seorang Anak Yatim yang menolong ibunya mencari nafkah menapung berbelanjaan keluarga semasa menunggu keputusan SPM dengan bekerja di sabuah Bengkel Motorsikal. Pada saya anak muda ini amat baik dan bertanggung jawab. Bersopan dan berlemah lembut bila bercakap serta cukup menghormati orang tua.

Pada suatu petang setelah semua kawan-kawan sekerjanya pulang dia ditugaskan menutup pintu bengkel tempat dia bekerja. Sebaik saja dia tutup pintu bengkel, dia diserbu oleh sekumpulan manusia dengan tanpa usul pereksa membelasahnya dengan sepak terajang dan topi keledar. Kepalanya luka dan badannya bengkak bengkil dan tentunya sakit yang amat sangat. Setelah puas dibelasah oleh orang-orang tadi barulah dipanggil polis. Polis membawanya ke lokap dan ditahan reman.

Setibanya di Balai Polis dan dilokapkan, polis pula membelasahnya. Penampar, penumbuk dan penyepak. Itulah makanan rujinya di situ. Yang paling perit ialah dibelasah dengan getah paip di belakang dan kaki (betis dan paha). Azabnya tak usah nak kata. Nak kunyah makanan, mulut sakit, nak baring, belakang sakit sehinggakan nak buang air terpaksa merangkak kerana kaki sakit tidak boleh bangun dan berjalan. Cuba bayangkan penderitaan begitu ditanggung oleh anak anda selama seminggu dalam tahanan reman!

Ahkirnya dia dibebaskan kerana tiada bukti yang dia mencuri. Rupanya yang mencuri sebenarnya ialah orang yang lebih senior yang juga pekerja di bengkel itu. Dia tidak tahu menahu pun tentang kecurian yang berlaku. Orang kampung nampak motor itu dibawa masuk ke bengkel itu tetapi tidak cam siapakah yang menonggang motor tersebut ke situ. Jadi dia adalah mangsa tindakan tanpa usul pereksa. Polis pun dua kali lima juga. Tangkap jer terus belasah nak dapatkan bukti dan pengakuan konon.

Tetapi kerana dia anak yatim dan orang kecil pula tidak ada siapa pun peduli. Terimalah hukuman dengan kesakitan walau pun bukan kesalahannya. Berbulan-bulan pula barulah badannya pulih. Parut hentakan topi keledar masih berbekas sehingga kini.

Saya sendiri hampir menangis bila tahu cerita ini dan peristiwa yang dialami oleh anak muda ini. Kalau ramai yang mengatakan kebanyakan anak-anak polis jahat pun logik. Membesar dengan hasil darah dan penderitaan orang selain dari sumpah seranah.

28 comments:

  1. Salam MD,
    Patutlah ada orang kata, PDRM lebih teruk dari umno. Kalau PDRM bertanding dalam pilihanraya, sah hilang pertaruhan. Ramai yang meluat terhadap mereka.

    ReplyDelete
  2. itulah uncle,diorang nie bila ada kuasa,lebih cenderung untk disalah gunakan..sya sendiri pon pernah alami kejadian dgn satu anggota agensi kuatkuasa jgk,tahun lepas..di letakkan pistolnya atas meja saya semata2 nk dptkan satu maklumat yg bukan utk urusan rasmi.. report polis dibuat,tp as expected,x de pape yg berlaku...
    (sorry uncle,sekdar berkongsi & meluahkan rasa terkilan )

    ReplyDelete
  3. W'salam Dr.

    Malang sungguh malang. Diberikan kuasa salah guna kuasa. Diberikan amanah pecah amanah. Habis nak kata apa lagi. Kuasa yang diberikan untuk jaga rakyat tetapi tibai rakyat.

    Arwah ayah angkat saya adalah bekas cif Inspektor. Dulu selepas MCE saya minta kebenaranya untuk mohon sebagai Inspektor dalam PDRM tetapi dengan marah dia membantah. Katanya "Biarlah Abah sorang saja dari keluarga ini jadi polis"

    Saya akur. Tetapi takut pula nak tanya kenapa dia bantah. Sekarang baru saya faham kenapa!

    ReplyDelete
  4. leiah.

    Itu sudah dikira mengugut dan salah guna kuasa. Bukan berkaitan tugas pun!

    Biasalah leiah, Polis nak siasat Polis....!

    ReplyDelete
  5. Salam Abe Din,

    Zaman dimana org ramai menghormati seragam POLIS sudah berakhir mungkin..dengan tindakan ganas mereka..semenjak PDRM digunakan sebagai alat penguasa menunjukkan kuasa bagi menakutkan rakyat...

    Mungkin pada zaman dulu,iaitu zaman keperitan menahan asakan Jepun...Polis amat diperlukan..Home Guard/Force 136 dsbngnya.

    Tapi bila sudah berlalu zaman itu,Polis mencari dan telah mendapat satu alternatif lain utk menunjukkan kuasa..."membalun rakyat"..

    Seharusnya PDRM bebas dari bayangan Kerajaan..namun apakan daya,kuasa politik meracun tubuh badan PDRM,sekarang ianya kelihatan seperti org sakit.

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Sama je... luahan pengalaman berkenaan PRDM ni, saya pun banyak bergaul dengan Polis dan ramai juga kawan2 dikalangan Polis, dan biras saya yang baru ni pun Polis jugak.

    Pelbagai pengalaman dengan diorang ni, yang nak pergi buat operasi pekena ganja dulu pun ada, yang main terup sambil tonggang arak pun ada, yang bulan puasa berkumpul beramai2 dalam kedai mamak pun ada, yang kaki betina, kaki mesin kuda dan pusher dadah pun ada juga.

    Habis tu nak salahkan ibu yang mengandung ke???? Itu tak kira lagi dengan penghapusan saksi, sori banyak sangat ceritanya...

    Benarlah kata ayah angkat ayahanda tu... kiranya selamatlah dunia dan akhirat dari perangai buruk laku sebagai polis, walau tak semuanya begitu, jika diandaikan percentage mungkin 90/10 (90 tak baik).

    Maaf ya pak polisi jika ada yang terbaca komen ni, dan aku tau korang pun mengakui perkara ni.

    ReplyDelete
  7. salam pakcik..
    sejak peristiwa Memali,sy mmg tak respect tugas polis smpai skrang..mereka beranggapan apabila ada kuasa boleh perlakukan org sedemikian rupa..org selalu kata polis selalu berani gertak org melayu sj,tp dgn cina dan org kaya tunduk kepala..tp tk semua begitu..cuma beberapa kerat yg betul2 bagus

    ReplyDelete
  8. salam pagi ahad uncle..
    doa anak yatim selalunya diterima Allah.. buatlah naya ke dia.. mmg teruk balasannya di sana!!
    t pun sedih mengenangkan pesalah2 dibelasah bagai di dlam tahanan mereka.. kes yg melibatkan kematian pun banyakkan? mmg kejam rasanya.. tiada perikemanusiaan langsung.. pada t nak mendapatkan bukti bukanlah begitu caranya.. even pesalah tu penjenayah sekalipun.. x sanggup nak menyeksa orang lain gitu..
    pernah berdepan dgn anak pegawai polis yg sungguh kurang ajar.. tp apa boleh buat pun.. bapaknya pegawai poliskan??

    ReplyDelete
  9. Tuan,

    Memang bodoh kalau polis menjadikan alasan tekanan kerja sebagai penyebab tindakan tidak masuk akal ini. Tidakkah mereka tahu sebaik saja mereka menyarungkan baju amanah itu, mereka memang akan bekerja dalam berbagai tekanan? Memang high risk kerja polis, tapi orang2 bodoh dungu saja yang mengambil alasan tekanan itu penyebab perbuatan polis tidak berakal.

    Polis yang mengambil "shortcut" dalam interrogation (tidak layak dipanggil siasatan pun) dengan cara orang2 Mossad guna memang bodoh dungu tak sepatutnya jadi polis. Suruh saja dia jadi tukang sapu highway ganti Bangla dan India yang kerja high risk job. Bangla dan India sapu highway tu lagi mulia daripada buat kerja shortcut.

    I guess we need to make us a group of Vigilante. Since we can't even trust in the police anymore.

    ReplyDelete
  10. Salam Ayahanda,

    Dapat tak email? send to your yahoo mail.

    ReplyDelete
  11. tak tau nak tulis komen apa......
    walaupun berkuasa,tetapi di mana sifat " kemanusiaan ".

    dan kita sendiri juga adakalanya bersalah,cepat sangat melupakan sesuatu isu salah guna kuasa polis.

    percaya atau tidak,kita tertipu dengan pemerintah yang mencipta isu dan menutup isu.

    kita seperti lebah,menyerang sesuatu objek untuk pertahankan madu.tetapi sarang di biarkan kosong ketika menyerang,dan madu habis juga dicuri....

    dalam erti kata lain,kita tidak konsisten...

    ReplyDelete
  12. salam

    kesian nyer budak tu..
    kawan saya bapa dia polis, kalo dgn dia bila saya kutuk2 sikap polis yg kurang pro dia pasti hangin.. dia selalu kata, tak semua polis begitu.. yer ler, tapi ramai polis yg kerja tak serupa bikin.. seolah2 bekerja tidak dengan nama Allah.

    ReplyDelete
  13. W'salam IndukYati.

    Sebenarnya anggota mereka sendiri yang menjahannamkan imej pasukan. Kemuliaan sesuatu pekerjaan itu bergantung bagaimana kita membina imej dan cara bertugas.

    Kalau mereka memelihara imej dan betugas dengan cara betul dan tidak melampaui had dan garis panduan yang ditentukan, tentu masyarakat tidak akan memandangnya begitu.

    Tugas melindungi rakyat bealih kepada menyeksa rakyat dan melindungi sang penguasa

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda Isa.

    Dari fungsi mengekang jenayah menjadi penjenayah tetapi tetap dilindungi. Inilah yang membuatkan mereka besar kepala dan bekerja ikut perasaan dan hati yang kelam.

    Kalau mereka bertugas dengan lillahi Ta'ala tentu tidak begitu jadinya.

    ReplyDelete
  15. W'salam UXOP.

    Kata-kata UXOP itu ada betulnya. Tengok semasa tunjuk perasaan penghapusan babi dulu. Ada tak tindakan ganas berlaku. Polis tidak sentuh pun mereka walau pun tindakan penunjuk perasaan itu kasar dan berani pula acah polis. Akhirnya polis undur begitu saja. Sampi orang besar pula campur dan memenuhi tuntutan mereka. Jadi apa maknanya?

    Di Mamali, mereka ikut arahan siapa sebenarnya? Adakah tindakan mereka melampau dengan tidak pedulikan perempuan dan kanak-kanak? Siapa yang mengarahkan mereka bertindak sebegitu sekali? Almarhum Ustaz Ibrahim bukannya pengganas komunis atau perompak. Mereka sanggup membunuh seolah-olah tidak ada jalan lain yang lebih bijaksana dan berhemah.

    ReplyDelete
  16. W'salam T.

    Uncle pun heran. Mereka ini tidak berhati perutkah? Tanpa sifat belas kasihan. Apa agaknya sekiranya dia sendiri diperlakukan begitu.

    ReplyDelete
  17. Garden.

    Saya pun tidak tahu teknik interrogation dari mana yang diambil mereka. Yang Melayu beragama Islam pun dah jadi macam tidak beragama. Rasanya terlalu banyak melakukan perkara yang menjadi hijab antara benar dan batil.

    Tapi sehandal-handal savac Shah Iran pun habis. Najibullah pun kojol tergantung.

    ReplyDelete
  18. W'salam anakanda Isa.

    Dah. Ayahanda dah replied. Terima kasih di atas info.

    ReplyDelete
  19. matcomot.

    Mereka sudah hilang rasa kemanusiaan. Hilang rasa kesihan belas. Dalam erti kata lain ialah "Hilang Iman".

    Betul, mereka cukup pakar di dalam divert issue. Menghalakan fokos orang ramai ke tempat lain. Leka dengan perkara sampingan, lupakan yang pokok.

    ReplyDelete
  20. W'salam kakyong.

    Betul juga tu, bukan semua polis berperangai begitu. Bukan semuanya tidak jujur dan tiada keperimanusiaan. Tapi dari segi nisbahnya bagaimana?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Saudara,

    Simpati saya pada kedua-dua pihak.

    Semuga PDRM sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan menggulangi lagi apa juga yang diluar batasan undang-undang.

    Sebab Penjaga undang-undang itu adalah PDRM sendiri. Kami rakyat memang berharap pada Polis untuk memastikan kami "Selamat".

    Sebagai ibu, saya juga amat bersimpati pada mereka yang anak-anak ditahan di lokap, naluri ibu saya faham apa yang dirasai. Tiada ibu atau bapa yang mahu anak mereka ditahan atas apa sebab pun. Kadang-kadang keadaan yang menyebabkan ianya terjadi.

    "Kalau boleh mencegah lebih baik baik dari mengubati." Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan didiklah anak-anak sebaik mungkin supaya menjadi serikandi Negara yang terbaik boleh mereka lakukan.

    Setiap yang berlaku adalah hikmahnya. Ambilah pengajaran darinya. Jika benar dianiya ambilah jalan undang-undang untuk menyelesaikan dan mencari keadilan yang wajar.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  22. Salam saudaraku Fakhruddin,

    Kekadang saya cuba melawan presepsi, tetapi gagal. Sejarah adalah ilmu, dan sejarah tidak menipu.

    Sejarah membuktikan polis banyak (bukan semua) yang menipu dan polis banyak yang melarat hidupnya dihujung hayat.

    Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  23. salam uncle mountdweller,

    Pakaian seragam amanah dari rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keamanan dan menegakkan keadilan.. tercemar dicemari oleh segelintir anggota yang sememangnya tak layak memakai uniform ..

    ReplyDelete
  24. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Kita tidak pernah pertikaikan fungsi PDRM. Kita bukan juga pertikaikan semua anggotanya. Tetapi segelintir daripadanya yang mencacakan tugas murni yang sepatutnya sentiasa mendapat kepujian.

    Tetapi kerana segelintir inilah yang menjadikan persepsi umum PDRM jahat dan tidak ada peri kemanusiaan. Yang anihnya pula ada pula pegawai atasan yang cuba mempertahankan anggotanya walau pun bukti ada di depan mata.

    Itu sebabnya saya ceritakan yang Arwah bapa angkat saya melarang keras kami adik beradik memohon jawatan di dalam pasukan itu. Dulu memang saya tidak faham. Tetapi akhirnya tersingkap juga apa sebabnya.

    ReplyDelete
  25. W'salam sdr.ku Mohd. Sofi.

    Benar saudara sejarah tidak pernah menipu dan sejarah juga mengajar kita. Sejarah juga yang membentuk persepsi kita. Posotif atau negitif.

    Saya berharap sangat agar PDRM membersihkan imejnya yang terpalit dengan semua perkara yang mencomotkan uniform yang mereka pakai. Janganlah dihinakan kerjaya yang mulia.

    ReplyDelete
  26. W'salam Rashid.

    Amanah tetap amanah, sumpah tetap sumpah. Janganlah nanti kita dimakan sumpah kalau tidak cepat pun di hujung usia.

    ReplyDelete
  27. Saya tidak faham mengapa manusia tidak terfikir untuk menyiasat sebelum menyerbu budak itu, kalau setakat seorang budak remaja di kerumun dan di belasah oleh beberapa orang yang telah terlatih dengan ilmu mempertahankan diri seperti polis maka rasanya tindakan polis itu adalah di luar pri kemanusiaan

    ReplyDelete
  28. Salam PakKaramu.

    Apa yang saya nampak, ramai di dalam masyarakat kita baik polis atau orang ramai adalah terdiri dari kalangan orang mempunyai krisis jiwa kerana ketiadaan ubat yang paling mujarab. "Iman dan taqwa"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa