Saturday, May 30, 2009

Catatan Perjalanan

Semalam jam 7.00 petang 29 Mei 2009 baru sampai balik ke KB dari Penang. Punggah memunggah barangan Adik (anak kedua) sudah selesai. Barang-barang Adik dari rumah sewa mesti dibawa balik kerana sudah tamat pengajian di situ. Barang-barang terakhir habis dipunggah dengan dua kereta (saya dan adik). Bertolak jam 2.00 petang dan tiba di KB jam 6.00 petang agak meletihkan kerana jalanraya sibuk dengan lori dan kereta, maklumlah di Pantai Timur Jumaat adalah hari pertama cuti sekolah.

Ke Penang pada 28 Mei jam 2.00 dari KB dan tiba di Penang 5.40 petang. Rehat dan keluar makan di Puncak Mutiara, Kg. Pelet, melalui Kubang Seman dan Penanti. Nampaknya Penanti memang sedang menanti pengunjung untuk meriahkan suasana. Sunyi macam tidak ada apa-apa. Cuma yang banyak hanyalah poster PKR di kawasan Masjid Kubang Seman. Di tempat lain tidak ada apa-apa. Poster Calon bebas tidak kelihatan. Betul ker Bebas betul-betul nak bertanding? Macam bertanding main-main ajer!

Ada ruginya BN tidak bertanding. Suasana tidak menjadi meriah. Rasanya peratus yang akan keluar mengundi pun akan rendah. Memang bila BN tidak bertanding, penduduk di kawasan itu tidak mendapat bekalan mee segera dan durian runtuh. Kesian!

16 comments:

  1. Salam Pakdin.
    Amboi jauh jalan Pakdin.Cuti-cuti Malaysia yer.
    Tahniah buat Adik kerana sudah tamat pengajian.Adik buat kos apa?

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Alhamdulillah selamat pergi dan balik dan selesai semua urusan keluarga dengan baik.

    Penanti: UBN bukan setakat tidak bertanding, malahan akan membawa lari pengundi esok dalam rombongan ke Padang Besar dengan 52 buah bas.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik..
    wahh..makan angin ke Penang ye..hehe..
    Saya tak pasti kenapa BN tak mau bertanding..tapi suara rakyat harus diambil kira..alasan perbelanjaan tinggi bukan urusan BN sbenarnya..itu hal SPR..mmg ia duit rakyat,sbb itu hak rakyat mesti diutamakan..
    Kalu bebas menang nanti,mesti dia akan join BN..kita sama2 tgk lah

    ReplyDelete
  4. W'salam PG.

    Bukan juga cuti-cuti Malaysia. Makan angin terpaksa. Terima kasih bagi pihak adik.

    Adik ambil Mechanical/Auto.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa.

    Ya, alhamdulillah selamat semuanya.

    Kalau setakat 52 bas baru lebih kurang 2000 orang. Yang dibawanya tu tentu orang UMNO. Takkanlah mereka nak bawa makan angin orang lain.

    Orang-orang ini kalau mereka mengundi pun bukannya akan undi PR. Tapi memang PRK ini tak meriah dari apa yang ayahanda tengok malam tadi.

    ReplyDelete
  6. W'salam UXOP.

    Pak Cik pun pelik juga. Tapi bukan masalah duit sebenarnya. Duit hanyalah alasan. Inilah menjadi sejarah di mana-mana PRK parti pemerintah tidak bertanding.

    Duit tetap keluar juga. SPR dan Polis tentunya pakai duit. Duit kita. Tapi walau apa pun rakyat berhak pilih siapa saja yang disukai.

    ReplyDelete
  7. Salam MountDweller,
    Tahniah kerana anak dah selesai kursus. Siapa yang berjaya? Tentulah emak dan ayahnya. Tentu lega dan syukur rasanya. Hanya anaklah permata hidup kita (maaf kepada yg belum ada anak).

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam Dr.

    Pada yang masih tiada anak atau tidak ada zuriat, mereka tidak tahu perit dan gembira membesarkan anak. Saya cukup bersyukur kerana kedua-dua anak saya sudah boleh kenal dunia.

    Semasa mereka di dalam tingkatan saya katakan kepada mereka, "Papa mohon satu lagi kegembiraan dari kamu. Papa sudah dikurniakan Allah satu kegembiraan iaitu bila kamu berdua dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan sihat. Kamu tidak tahu betapa gembiranya Papa sehinggakan seminggu Papa tersengih sorang-sorang. Kalau dulu Papa mendapat kegembiraan dari Allah selepas ini Papa mahukan kegembiraan dari kamu pula, iaitu bila kamu berjaya di dalam pelajaran kamu berdua". "Hanya itu saja yang Papa tuntut dari kamu berdua"

    ReplyDelete
  9. Salam uncle
    Memang sudah dapat diduga oleh BN..

    Keputusan yang diambil untuk tak bertanding sudah tentu hasil rumusan pandangan & analisis oleh bijak pandai dalam BN..

    ReplyDelete
  10. salam uncle...semoga uncle ok hendaknya...
    :)

    ReplyDelete
  11. Salam Abe Din,
    jauh berjalan luas pandangan..puak UBN tak masuk Penanti,tapi masuk ke Manek Urai...hehehe...
    Anak saya kecik lagi..apa yang Abe Din katakan pada anak2..mngkn saya boleh apply dlm mendidik anak..terimo kasih..

    ReplyDelete
  12. Salam..

    Pak Din pi pekena beriani paha kambing & kambing golek kat Puncak Mutiara...

    Isham (Hisyamuddin Rais) kempunan gulai itik masa PRK Permatang Pauh hari tu...

    ReplyDelete
  13. W'salam Rashid.

    Satu langkah yang bijak untuk elakkan malu. Tapi cakap banyak bila PKR menang. Bukan gambaran sebenar sokongan rakyatlah, apalah kalau dah tak bertelur diam jerlah.

    ReplyDelete
  14. W,slam ann.

    Alhandulillah uncle sihat dan ok. Harapkan ann juga gembira dengan keadaan hidup sekarang. Janganlah lagi dirundung kesedihan.

    uncle tak tahu di mana silapnya, beberapa kali uncle gagal untuk ke blog ann.

    ReplyDelete
  15. W'salam Induk Yati.

    Di Manik Urai mereka terpaksa masuk untuk tunjukkan kepada rakyat Kelantan yang mereka masih kuat dan masih wujud. Lagi pun mungkin mereka fikir boleh menang sebaba majoriti PRU sebelumnya tidaklah besar sangat bezanya.

    Memang anak-anak mesti dimotivasi sejak kecil. Masa yang patut dan sesuai dipuji kenalah puji. Masa yang patut dimarah kenalah marah bahkan rotan sekali pun.Pada keadaan yang patut dimanjakan kenalah manjakan.

    Tapi kalau nak rotan abe din berikan tiga kali amaran. Selepas tiga kali amaran barulah rotan. Bila dah rotan, berikan masa mereka bertenang dan hilangkan esak tangis. Lepas itu panggil mereka dan barikan sebab kenapa mereka dirotan dan minta maaf kerana terpaksa merotan mereka. Katakan pada mereka yang salah satu perkara yang amat dibenci dan tidak disukai bapa ialah memarahi dan merotan anak-anak. Tapi merotan terpaksa dilakukan juga kerana kamu memaksa bapa merotan.

    ReplyDelete
  16. W'salam Abah Atikah.

    Memang Puncak Mutiara tempat yang sesuai untuk santai dan makan-makan. Cukup nyaman dan tenang cuma jalan nak masuk ke situ saja yang kurang memuaskan.

    Kesian Isham, tak sempatkah dia merasainya? Lain kali kalau terlajak ke Permatang Pauh atau penang boleh singgah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa