Tuesday, May 26, 2009

Duit

Ramai manusia berpendapat "Duit atau Wang" adalah segala-galanya. Tidak kurang manusia menjadi gila kerana duit. Manusia menjadi Penjenayah dengan merompak, membunuh, mencuri, pecah amanah, menipu, rasuah dan sekarang meragut semata-mata kerana duit. Tidak kurang juga manusia yang hilang nyawa kerana mempertahankannya. Tidak sedikit juga manusia yang kempunankan kuasa dan gila kuasa semata-mata kerana kuasa memberikannya duit. Dunia mereka akan menjadi kelabu dan hilang harga diri kerana duit. Itu bagi manusia yang ber"Tuhan"kan duit.

Tapi sedarkah kita yang orang-orang yang tidak memandang duit sebagai tuhan pun melakukan pembohongan kerana duit? Menidakkan rezki Allah kerana duit? Tidak bersyukur? Ramai di kalangan kita sebenarnya berdosa dan menjadi pembohong kerana duit.

Pernahkah kita bila isteri meminta sesuatu yang pada fikiran isteri kita, kita mempu membelikannya tetapi kita kata tidak ada duit? Walhal sebenarnya bukan tidak ada duit tetapi tidak cukup duit untuk itu. Kita juga berbohong bila anak minta yuran dengan mengatakan tidak ada duit tetapi sebenarnya duit kita ada tetapi kerana keperluan lain perlu dilangsaikan, kita akan berkata Papa tak ada duit hari ini.

Pendek kata perkataan "Aku tidak ada duit". "Aku tidak ada duit". "Aku tidak ada duit" adalah perkataan yang sentiasa kita keluarkan dari kerongkong kita tanpa sedar yang sebenarnya kita berbohong dan menidakkan pemberian Tuhan. Kita bukan sebenar-benarnya tidak ada duit tetapi hanyalah duit yang kita ada tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Maka jadilah kita manusia yang tidak tahu bersyukur tanpa kita sedari!

36 comments:

  1. salam,
    kesemua orang2 kaya, berharta, berduit yang telah pun pergi mendahului kita-kita tanpa duit2.

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Orang tua saya dah lama tinggalkan pesanan ni, "jangan cakap tak ada duit, tapi cakap tak cukup duit, takut ucapan kita menjadi doa".

    Dan lagi satu jangan kedekut dengan anak isteri serta ahli keluarga, walau susah bagaimanapun cuba penuhi permintaan mereka terutama sekali ibubapa, isteri dan anak-anak bergantung pada situasi dan penjelasannya.

    Contohnya daging ayam seketul boleh makan sekeluarga, jangan penuhkan tembolok sendiri, Insyallah murah rezeki...

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Hmmm.. terima kasih kerana mengingatkan..
    Benda2 kecik macam ni lah yang selalu kita terkena..

    ReplyDelete
  4. Assalamu 'alaikum!
    Duit boleh melakar cara hidup negatif manusia. Sombong, hilang zuhud, tidak qana'ah, bermewah-mewah, dll.

    ReplyDelete
  5. Salam Sahabat,

    Kawan setuju. Kita secara tidak langsung tidak bersyukur pada tuhan tanpa kita sedari. Kita dah terbiasa bercakap macam itu sebagai alasan untuk tidak mahu menunaikan harapan anak dan isteri. Dengan alasan 'tak ada duit' itu kita beli bukan sesuatu yang perlu seperti membeli rokok. Buku latihan untuk anak-anak kita tangguhkan atau kita tak layan dengan alasan 'tak ada duit'.

    Terima kasih kerana entri ini mengingatkan kawan yang selalu juga terlajak bercakap seperti itu.

    ReplyDelete
  6. Lagu Kembara:

    Duit, duit, di mana kau duit?

    Duit,duit, hutangku membukit.

    Tapi saya teringat slogan kartunis dalam majalah Gila-gila, Tak silap saya, Rejabhad namanya. "Ada duit, semua boleh jadi.."

    Hakikatnya,duit bukan matlamat segala-galanya dalam dunia..

    Tapi itulah yang ramai orang fikirkan... Mungkin jugak termasuk saya seorang daripada yang fikir begitu.

    Bimbang jugak kalu dah asyik fikir duit jer... Nanti lupa urusan lain..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Saudara,

    Beginilah rentak hidup kebanyakan orang kita. Susah sangat nak bersyukur.

    Bila ada duit senyap je, bila tak de duit beritahu pada kita semua. Kalau yang Hj Bakhil tu lagi susah nak cakap.

    Macam macam..

    ReplyDelete
  8. Salam Pakdin.
    Begitulah kuasa duit.
    Boleh buat manusia lupa diri dan gila.

    ReplyDelete
  9. duit oh duit di mana kau duit..

    benar kat tuan, segala-galanya memerlukan duit. Lantaran itu manusia bersusah payah mengejar duit biar jadi penipu, perompak, peragut, mengugut dan banyak lagi. Ada juga kerana nak cepat jadi kaya melabur dalam skim cepat kaya akhirnya duit lebur dan lebih parah lagi terpaksa menanggung hutang along dan ada yang tergadai tanah semata -mata igin banyak duit.

    Sekarang ini zaman gawat ramai peniga yang jatuh muflis dan ramai yang kehilangn sumber pendapatan apabila majikan terpaksa gulung tikar atau berlaku pengurangan pekerja.Bila dah muflis rumah dilelong dan kereta ditarik.Akibat seterusnya berlakulah kepincangan rumah tangga sampai becerai berai. ada duit abang sayang tak ada duit abang melayang.

    Yang berpendapatan tetap juga mengeluh kerana kos barang yang semakin naik apa lagi mereka yang kais pagi makan pagi.

    Bagaimana kalau hidup tak perlukan duit saya tak dapat bayangkan kerana mati pun perlukan duit untuk belanja urusan pengkuburan.

    ReplyDelete
  10. W'salam TokBatin.

    Begitulah hakikatnya tetapi manusia terlupa yang ke Liang Lahad tanpa apa-apa kecuali amalannya. Baik dan buruk.

    ReplyDelete
  11. W'salam anakanda Isa.

    Begitulah juga yang ayahanda amalkan. Tidak akan bersungut kepada orang kalau kurang duit. Tidak pernah kata tidak ada duit. Kalau nak pun minta dengan Tuhan yang Maha Kaya.

    Dengan anak-anak, ayahanda akan berterus terang. Kalau kurang duit cakap saja bukan sekarang, insya Allah lain kali akan papa penuhi.

    Di Pejabat kebanyakan orang kata ayahanda berduit sebab tidak pernah bersungut. Kalau member ajak jengok-jengok baju kat kedai pun kalau tidak cukup duit, cakap saja "Sorry, bukan hari ini. Hari ini aku ada kureng sikit"

    ReplyDelete
  12. W'salam din.

    Sama-sama din. Saya pun mengingatkan diri saya sendiri juga. Jangan alpa.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumussalam Dr.

    Yang paling parah ialah tamak dan hilang Iman. sanggup berbuat apa saja demi duit.

    ReplyDelete
  14. W'salam Tuan sheikh.

    Tabiat begitu amat dikesalkan. Rela membeli Rokok yang berharga RM9 daripada menunaikan hajat anak atau isteri.

    Lupa bersyukur tanpa disedari sebenarnya nasihat daripada arwah ayah "Kamu jangan menidakkan Rahmat dan Nikmat yang Allah berikan. Jangan kita menidakkan rezeki yang Maha Kaya curahkan". Dalam erti kata lain "Kufur Nikmat".

    Itu salah satu pesanan arwah yang saya anggap penting.

    ReplyDelete
  15. Sdr. Brahim.

    Ingin saya menambah "Ada duit, semua boleh jadi..Tak ada duit, bini pun lari" ha..haa..

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Itu salah satu sifat buruk yang bernama manusia. Terlalu susah untuk berterima kasih atau bersyukur. Yang bakhil tu saya tidak kisah sebab duit dia tapi apalah salahnya untuk bersyukur.

    Ada pula tu memang bangga menunjukkan/memperagakan kekayaan. Maka takburlah jadinya.

    Entahlah puan!

    ReplyDelete
  17. W'salam PG.

    Beringatlah. Duit boleh membawa kekufuran sekiranya kita lupa diri.

    ReplyDelete
  18. Sdr. fital.

    Yang sedihnya ada manusia gila kerana rugi saham. Gugur iman kerana marahkan Tuhan.

    Hilang nurani kerana mengejar duit dengan melakukan pelbagai helah dan penipuan. Mereka lupa duit boleh membawa mereka ke Neraka sekiranya tidak bersyukur dan salah guna.

    ReplyDelete
  19. duet bleh bikin org kepala pusing

    ReplyDelete
  20. Hanis

    Kepala pusing bila kita fikirkan sangat tentang duit. Cuba permudahkan.

    ReplyDelete
  21. salam Abe Din,

    saya pula jarang nak cakap takda duit,bila di minta oleh isteri atau anak kerana nak beli sesuatu atau nak bayar sesuatu..tetapi saya sering berkata "nanti...abang/ayah usahakan..."
    kerana sering terlintas dek fikiran...ayat takda duit,lama2 sok jadi doa...
    alhamdullillah...sampai sekarang anak isteri faham situasi dan saya pula tidaklah susah hati...cuma serabut dan ligat kepala otak mana nak dapatkan duit...usaha kena terus,hasilnya serahkan kpd Allah Taala jua.

    ReplyDelete
  22. sy mengaku uncle mountdweller, saya bukan org senang, adakalanya saya tanya org, nak pinjam duit. org kata tak ada duit, bisnes merudum, dia sendiri pun susah-payah merangkak nak idup. tapi tiba2 dlm keadaan santai dan tak sengaja, partner org tu kata rezeki melimpah-ruah, bisness masyuk.

    tup tup org tu demam seminggu... entahlah. :(

    ReplyDelete
  23. Salam Tuan,
    Duit ni lah yang buat wak selalu sedih.

    Rasa mahu kembali ke zaman dulu. Guna duit dari kulit kerang.

    ReplyDelete
  24. W'salam IndukYati.

    Tentang duit abang hanya berterus terang dengan famili aje terutama isteri biar dia faham. Dengan anak-anak ada tetapi kadang-kadang saja. Bimbang mereka akan susah hati. Maklumlah sekarang anak-anak berfikir lebih ke depan.

    Kita jangan menidakkan rezeki yang diberikan Allah. Cuba kita fikir mungkin pada satu waktu Allah akan tarik terus, bagaimana?

    Jadi bagi abang yang terbaiknya mengadulah kepada Allah dan tawakkal kepadaNya. Insya Allah mengikut pengalaman abang, Allah akan beri.

    ReplyDelete
  25. [S]itie [B]Um [B]Um.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan sudi pula tinggalkan jejak.

    Memang betul ramai manusia leka kerana duit dan tidak kurang juga manusia yang bersyukur akan lebih pemurah dan lebih dekat kepada Allah bila berduit.

    ReplyDelete
  26. Mak Su.

    Memang rukun dunia ada manusia yang kaya, manusia yang senang, manusia yang sederhana dan manusia miskin bahkan masih ada yang papa kedana. Tapi itu adalah fitrah alam. Walau apa pun keadaan kita di dunia ini, kita mesti bersyukur dan jangan sekali-kali menidakkan rezeki yang Allah kurniakan.

    Rezeki ni mak su, bukan hanya pada duit dan harta sahaja. Kesihatan yang baik bagi kita yang berumur juga adalah rezeki, mempunyai anak-anak yang baik dan berjaya juga rezeki, mempunyai suami/isteri yang redho dan beriman adalah rezeki, kita lapang dada dan senang hati juga rezeki. Perkara-perkara begini kadang-kadang kita tidak sedar sebab apa yang kita pandang dan set di minda kita rezeki itu adalah duit.

    Rezeki akan datang tanpa diduga sama ada melalui kita suami isteri atau melalui anak-anak. yang penting kita tawakkal dan mohonlah padaNya. Allah memang Maha Kaya. Mintalah sikit dariNya.

    apa yang terjadi pada kawan maksu itu adalah kado' baginya kerana menidakkan anugerah Allah. "Kufur Nikmat" Kalau Allah bankrapkan dan gulung tikar lagilah parah.

    ReplyDelete
  27. W'salam Tuan wartamaya.

    Sesiapa pun akan bersedih Wak bila kita perlukan tetapi yang ada hanyalah sedikit. Yang paling pedih bila anak-anak minta sesuatu tetapi kita tidak mampu mengadakannya.

    Isteri juga serupa, kepedihan akan terasa bila kita gagal adakan apa yang diminta padahal permintaannya itu bukanlah berat atau melampau.

    Rasanya di zaman dulu-dulu pun semasa menggunakan kulit kerang pun mungkin keadaan mereka suah juga kot? Sebab apa Wak? Sebab Allah memang adil pada zaman mana pun.

    ReplyDelete
  28. Salam Pakcik..
    Duit sekadar alat melengkapkan keperluan hidup...rezki itu boleh dtg dlm bentuk yg pelbagai semestinya dr sumber yg halal utk ketenangan hati.keluarga dsb..penyakit hati melekat dlm diri jika duit yg banyak tak digunakan mengikut syaraq..
    Perbuatan bersyukur itu amat besar bg Allah ..disitu keikhlasan segala ibadat n dugaan2 hidup yg dihadapi akan dinilai..bagi yg bersyukur walaupun nikmatnya sedikit akan meninggikan martabatnya di sisi Allah,bg yg tk bersyukur mereka akan sentiasa dihimpit/disempitkan rezekinya..
    Mugkin org kaya banyak duit dan tak bersyukur,tapi dptkah mereka mencium syurga Allah kecuali duit itu diguna utk mmbantu org susah dsb..
    syukurlah dgn apa yg kita ada..
    Allah tak memberatkan tanggungan hambaNya melainkan apa yg termampu oleh hambaNya sebagaimana diketahui Allah..

    ReplyDelete
  29. W'salam UXOP

    Betul tu. Bersyukur dan berbahagialah dengan seadanya sebagaimana yang dikurniakanNya.

    Harta bertimbun tidak ada gunakanya kalau meniti ke jalan neraka.

    Kurniaan harta adalah dugaan. Kepapaan juga adalah dugaan. Yang penting siapakah yang lebih bertakwa dan menyerahkan diri kepadaNya.

    ReplyDelete
  30. ayat tu sudah menjadi ikutan..cuma zaman2 skrg sekian byk peringatan, bahan bacaan dan ceramah motivasi telah menyedarkan msykt ttg ungkapan tsebut tidak elok dituturkan sbb boleh mjadi doa yg makbul..


    sy sedaya upaya ingatkan diri, jgn sampai tersebut begitu..kalo tersasul cepat2 diperbetulkan..

    maklum lah..dh byk kali dgr..dh byk kali tersebut..umpama nak menukar panggilan yang biasa thdp seseorang ..susah..tp benda yg x elok, insyaAllah sntiasa usaha nk memperbaikinya

    ReplyDelete
  31. Tanpa kita sedar, Manusia mencipta duit untuk menjadi hamba kepada duit.

    Saya kurang setuju dengan ayat kuasa memberi kita duit. Kerana dengan duitlah kita dapat Berkuasa. ~Sekadar pendapat.

    ReplyDelete
  32. Salam kakLuna.

    Betul kakLuna, setiap perkataan yang diulang-ulang akan menjadi doa. Hindarkanlah.

    Sama-samalah kita ingat memperingati semoga membawa berkat.

    ReplyDelete
  33. alang.

    Itulah malangnya manusia alang. Nampak macam tidak ada bezanya dengan golongan jahiliah yang mencipta patung untuk disembah.

    Pendapat alang itu juga betul. Mencari kuasa untuk mendapat loba dan membeli kuasa untuk lebih berkuasa dan dengan kuasalah segala peluang akan terbuka.

    Samalah macam telur dan ayam. Telur dulu ke, atau ayam dulu. keadaan yang sama untuk mendapatkan ayam dan telur!

    ReplyDelete
  34. ASHRI

    Terima kasih di atas kunjungan.

    Ya, Yakin... Syukur.... sabar dan optimis dengan Takdir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa