Sunday, July 5, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah dengan sifat Allah yang Maha Pengasih serta pemberi nikmat dan berkat doa semua teman-teman bloggers isteri saya sudah selamat menjalani pembedahan pagi semalam. Semua berjalan dengan baik. Tengahari tadi sudah pun di discharged.

Kami sedang berkumpul di rumah, dengan kedatangan Kakak Ipar dan Biras dari Kelang. ALong dan Adik pun sudah berkumpul. Kakak Ipar dari Ipoh akan datang lusa. Insya Allah rumah kami akan ceria seketika. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua teman yang turut mendoakan.

28 comments:

  1. salam pak din..

    syukur semuanya selamat..
    sampaikan salam utk makcik dan famili..

    ReplyDelete
  2. Salam Pakcik..

    Syukur Alhamdulillah kerana Makcik selamat dan berjaya dalam pebedahan..

    Saya doakan Pakcik sekeluarga sihat dan gembira..

    Dulu saya pun pernah jalani pembedahan apendix yg teruk..kalu lambat ke hospital mmg boleh bawa mati..masa sakit tu mmg selalu bertasbih dan baca Quran yg mana sempat..syukur Alhamdulillah sbb doktor kata kalu lambat skit lagi ke hospital(PPUM) mmg arwah dh..

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    Alhamdulillah semuanya selamat, saya dan keluarga dan sama-samalah kita semua mendoakan semoga keputusannya juga negatif hendaknya.

    Kirim salam pada Auntie dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati ALlah.
    Saya mendoakan agar auntie cepat sembuh.Mestilah sekarang ini kerinduan pakdin telah terubat,sebab Along dan angah dah balik bercuti di rumah.

    ReplyDelete
  5. Salam Mountdweller,

    Alhamdulillah... Gembira teman dengar berita ini.

    ReplyDelete
  6. Tuan
    Alhamduliliah semua telah selamat...

    salam dari sakura

    ReplyDelete
  7. Salam Uncle,

    Maaf, lupa nak pesan... jika dikhuatiri kanser, buat masa ini cuba berpantang.

    Jangan ambil makanan seperti gula, coklat, daging merah, ikan yang bersisik, susu, kopi, dan sebagainya yang berkaitan dengan unsur2 tersebut.

    Kerana yang tersebarai di atas adalah makanan atau perumah untuk sel kanser membiak.

    Perbanyakkan makan bijirin, sayuran, buahan, ikan pula yang tidak bersisik seperti tengiri, tongkol, salmon kerana kandungan Omega 3 yang tinggi.

    Langkah berjaga2 sementara menunggu keputusan dalam masa 2 minggu ini. Jika di ikutkan pandangan onkologis, semuanya boleh makan. Dan saya nasihatkan JANGAN.(http://cancer-b17.blogspot.com)

    Dan saya berharap ianya negatif, jika negatif alhamdulillah dan makanlah seperti biasa.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...syukur kita kpdNya

    ReplyDelete
  9. Salam MountDweller,
    Alhamdulillah. Itulah yang mampu dipersembahkan kepadaNYA.

    ReplyDelete
  10. salam ayahanda, syukur mama dah selamat.. harap2 lump tu bukan kanser..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  12. salam Abe Din,
    Syukurlah kpd Yang Maha Esa,Pemberi Nikmat dan Rezeki,
    kesihatan isteri terpelihara dan selamat menjalani pembedahan..
    Diharap kehadiran ahli keluarga yang rapat akan dapat mempercepatkan proses penyembuhan..

    ReplyDelete
  13. W'salam aku.

    Terima kasih di atas doa aku. Insya allah Pak Din akan sampaikan salam.

    ReplyDelete
  14. W'salam UXOP.

    Terima kasih. Dengan berkat doa semua, Mak Cik sudah nampak ok.

    Appendix memang bahaya jika terlambat mendapat rawatan. Anak kawan sepejabat Pak Cik meninggal kerana pecah sebelum rawatan.

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda Isa.

    Ya, syukur alahamdulillah semuanya sudah selamat setakat ini. Ayahanda tetap berharap keputusan ujian makmal juga akan negatif.

    Ayahanda akan sampaikan salam Isa kepada auntie dan keluarga, insya Allah.

    ReplyDelete
  16. W'salam PG.

    Adakah kemungkinan ujian makmal seterusnya akan menjadi sebaliknya selepas ujian sel sebelum ini? Pak Din tanya berdasarkan pengalam PG sebagai seorang doktor.

    Sekarang ini memang rumah Pak Din agak ceria dalam debaran dengan kehadiran kedua-dua anak dan Ipar.

    Terima kasih di atas doa PG.

    ReplyDelete
  17. W'salam Puan A Mum Of Three Mohd.

    Terima kasih banyak di atas keprihatinan Puan. Hanya Allah yang boleh membalasnya.

    ReplyDelete
  18. W'salam sakurasa.

    Terima kasih di atas doa sakura buat kami sekeluarga dan diharapkan sakura juga sihat dan selalu ceria.

    ReplyDelete
  19. W'salam Isa.

    Insya Allah ayahanda akan memantau manu auntie sebagaimana yang anakanda nasihatkan sehingga keputusan makmal diperolehi.

    Terima kasih di atas tips anakanda.

    ReplyDelete
  20. Hanz.

    Syukur yang tidak terhingga kerana sudah selamat dengan berkat doa semua.

    ReplyDelete
  21. W'salam Dr.

    Ya, "Alhamdulillah" hanya itulah perkataan yang terbit dari hati yang mampu kita ucapkan.

    ReplyDelete
  22. W'salam anakanda nurdaniella.

    Terima kasih di atas doa anakanda dan diharap keputusan ujian nanti negatif. Mama sudah agak sihat cuma masih terasa sakit di tempat pembedahan.

    ReplyDelete
  23. Salam ShaZMi.

    Terima kasih kerana sudi bertandang dan sudi pula mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  24. W'salam IndukYati.

    Terima kasih di atas doa dan simpati.

    Memang sekarang ini agak ceria dengan kehadiran kedua-dua anak dan Ipar serta Biras.

    ReplyDelete
  25. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.
    Maaf sebab terlepas pandang soalan Pakdin di atas.
    Maafkan saya,boleh saya tahu ujian cell sebelum ni apa dia tulis.
    Pakdin boleh hantar ke email saya jika ia privacy
    drhafizi@hotmail.com

    ReplyDelete
  26. Aslmkum pak din,
    Semoga isteri pak din cepat semboh dan bertambah sihat. Juga semoga pak din tabah menghadapi dugaan hidup.Isteri bila dia sakit kita pun sakit juga kan. Kalau dia sihat kita pun sihat. Begitulah kehidupan suami isteri walaupun adakalanya kita naik angin dengan isteri tetapi bila dia sakit kita sakit kepala.

    ReplyDelete
  27. W'salam PG.

    Sebenarnya Pak Din tak baca pun report tu cuma diberitahu oleh Doktor yang ujian setakat itu adalah negatif tetapi dinasihatkan buang lump tu dengan segera.

    Mak Cik memang baca dan dialah yang discussed degan doktor pakar tu. Kebetulan Doktor Pakar tu attached dengan Hospital Swasta Pakar Perdana, jadi dia nasihatkan buat operation kat situ.

    ReplyDelete
  28. W'salam sdr. fital.

    Begitulah bila kita suami isteri yang sudah hidup bersama lebih 26 tahun. Seorang bermasalah akan kedua-duanya merasai masalah. Ditambah pula kami pada kebanyakan masa hidup berdua aje. Baru bulan lepas anak kedua pulang bersama kami setelah tamat pengajian.

    Bagi saya segala apa yang Allah takdir adalah dugaan. Dia yang memberi dan Dia juga yang mengambilnya kembali.

    Terima kasih di atas simpati dan doa saudara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa