Saturday, July 4, 2009

Along Pulang, Mama Pula Di dalam Ward

Hari ini Along pulang. Mamanya pula masuk ward di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu petang tadi bagi persediaan untuk pembedahan membuang "Lump" esok jam 9.30 pagi.

Jadi malam ini Along dan saya tidur di rumah dan Mamanya bermalam di Ward. Mengikut Doktor Mamanya akan tinggal di Ward selama 3 hari. Adik pula akan balik esok dari Johor.

17 comments:

  1. Salam MountDweller,
    Saya kira kepulangan Along memberi semangat yang kuat kepada Mamanya. Begitu juga dengan kepulangan Adik dari Johor.
    Semoga semua ahli keluarga kuatkan sabar dan sentiasa berdoa semoga Mama selamat dan cepat sembuh. Amin!

    ReplyDelete
  2. salam..


    saya mendokan mama anda selamat dalam pembedahan membuang "lump" esok..

    ReplyDelete
  3. salam pak din,

    moga makcik selamat segalanya.
    maaf lama aku tak bertandang.

    ReplyDelete
  4. salam tuan

    Kami mendoakan moga isteri tuan lekas sembuh dan sihat

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,
    Saya doakan kakak akan pulih segera. Berkumpul dan kembali ceria bersama.
    Kirim salam padanya.

    ReplyDelete
  6. salam ayahanda, harap mama akan selamat dalam pembedahan tu.. harap juga ayahanda jangan terlalu risau, yer..

    ReplyDelete
  7. salam pak din dan keluarge,

    huh hari yang sibuk untuk kita semua. semoga mama sihat dan proses berjalan lancar.

    selamat bercuti utk along dan kak adik. pasti teubat perasaan bila anak2 berada disisi...

    insyaalah selamat semuanya. malam ni ada "Malam seni rakyat" di kajang.

    ReplyDelete
  8. Salam En. Din, mudah-mudahan isteri anda selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah 'operation' tu berjaya & bini Pak Din akan cepat sembuh, aku doakan.

    amin!

    ReplyDelete
  10. Salam MountDweller,

    Mom doakan semoga mama along dan adik, selamat menjalani pembedahan tersebut. Kuatkan semangat dan banyak bersabor...buat anda sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. uncle,
    semoga semuanya selamat..insyaAllah

    ReplyDelete
  12. uncle, maaf dah lama tak merayau2 ke blog uncle... risau kami dengar. uncle be strong ya.. semua dah balik.. saya harap auntie selamat dan pembedahan tu berjalan lancar. yg penting uncle kena selalu di sisi auntie tercinta yea,.. Ya Allah, Kau peliharalah kesejahteraan uncle suami isteri dan anak2nya yg dikasihi... Amin...

    ReplyDelete
  13. salam tuan..
    semoga semuanya sentiasa selamat dan sehat sentiasa.

    Tuan juga jgn lupa jaga kesihatan yer..

    ReplyDelete
  14. salam...

    moga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga,amiin..

    ReplyDelete
  15. Semoga semuanya baik2 hendaknya.

    ReplyDelete
  16. W'salam dan salam buat,

    Dr. Abd. Wahab, anak laut, aku, wartamaya, anakanda nurdaniella, AKUOKU, Opah, hanz_Azdi, A Mum Of Three Mohd, leiah, anakanda Galuh Cendra Kirana, Mogen Ali Rico, alang, maymot, TBO.

    Banyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan saya dan keluarga ucapkan kepada saudara dan saudari sekelian. Alhamdulillah berkat doa saudara saudari sekelian, isteri saya sudah selamat menjalani pembedahan dan hari ini sudah dibenarkan keluar hospital. Nampaknya sidah semakin ok.

    Kami juga bersyukur kerana "lump" yang dibuang dikatakan negatif cancer tapi namun begitu pihak hospital akan menghantar "lump" yang dikeluarkan itu ke makmal untuk ujian lanjut. Dijangkakan keputusan ujian akan dapat diketahui dua minggu lagi.

    ReplyDelete
  17. Salam untuk Isa.

    Setakat ini alhamdulillah negatif cancer tetapi "lump" dihantar ke makmal untuk ujian lanjut. tengoklah peputusan ujian dimakmal 2 minggu lagi.

    Terima kasih di atas keprihatinan anakanda dan insya Allah kalau ada apa-apa ayahanda akan email nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa