Tuesday, July 14, 2009

Cerita Garam

Zaman lewat 70'an dan awal 80'an, basikal adalah kenderaan popular di Kelantan. Kalau setakat jarak 10km sehingga 15km adalah biasa bagi orang di sini berbasikal. Kalau dari Kota Bharu pada malam minggu (Malam Jumaat) adalah menjadi kebiasaan bagi anak-anak muda berbasikal untuk ke Pantai PCB sama ada untuk kemping atau saja-saja bersiar-siar di waktu malam.

Di pertengahan jalan ke PCB ada satu selekoh di sebuah kampung yang dikatakan keras dan selalu terjadi usikan/sakat oleh dikatakan hantu yang menunggu di Pokok Cengal besar. Kampung ini adalah Kampung Tikat terletak selepas Kampung Penambang (popular dengan songket) lebih kurang 4km dari Bandar Kota Bharu. Sekarang pokok itu sudah ditebang dan jalan pun telah dilebarkan. Di atas pokok inilah juga satu ketika dulu salah seorang rakan saya menggantikan hantu (menjadi hantu) di atas pokok itu untuk mengganggu sesiapa yang melalui jalan itu ke PCB pada malam jumaat. Kawan saya ini terkenal dengan nakal dan berani. Jenis gila-gila.

Saya mendapat cerita ini dari mulut orang lama. Diceritakan pada satu petang ada seorang lelaki dewasa yang penakut keluar ke Kota Bharu untuk membeli keperluan dapur termasuk garam. Di waktu itu hari sudah senja. Selepas membeli barangan yang perlu lelaki ini lekatkan garam segantang yang dibeli dengan berbungkuskan kertas (jenis kampit simen) di atas carrier basikal yang mempunyai pengepit besi berspring. Garam
pada waktu itu adalah garam buku/kasar dan kotor belum lagi dikisar halus dan bersih sebagaimana sekarang. Dengan perasaan yang gemuruh dan debaran kencang di jantung dia mengayuh basikal di dalam kegelapan senja berinjak ke malam melalui jalan itu untuk pulang. Dia berkayuh agak laju nak cepat sampai ke rumah kerana ketakutan.

Setiba di selekoh yang dikatakan berhantu itu, dia mengayuh lagi laju. Maklumlah jalan pada masa itu bukannya rata dan elok. Jadi melompat-lompatlah basikalnya kerana momentum dek kelajuan. Dalam pada itu dia terlanggar batu yang menyebabkan basikalnya bergegar kuat dan kampit garam di belakang basikalnya terkoyak kerana tusukan pengepit carrier. Gugurlah garam tadi berderai-derai bunyinya sedikit demi sedikit. Bila didengarnya bunyi deraian garam jatuh bergesel dengan kampit kertas yang agak keras dan jatuh terkena pula pada lidi roda basikalnya, dia dah menyangka hantu yang mengusik. Lagilah laju dia berkayuh.

Lagi laju dia berkayuh lagilah kuat gegaran basikal dan lagi banyak garam yang tumpah bergesel dengan kampit kertas dan mengenai lidi basikal, lagi kuat bunyinya. Lagi kuat bunyi deraian garam lagi laju dia berkayuh. Sehinggalah sampai ke halaman rumah bertempik terlolong memanggil isterinya supaya membuka pintu. Sampai saja ke rumah dan nampak pintu rumah sudah dibuka isterinya, dia terus campakkan basikal dan meluru naik kerumah dengan muka pucat dan hampir pengsan keletihan. Isterinya kehairanan dan memberikan tanpa bertanya apa-apa isterinya berikan air. Setelah suaminya nampak tenang barulah isterinya bertanya kenapa. Dia pun berceritalah apa yang berlaku di perjalanan pulang tadi dan dia minta isterinya mengambil barang-barang yang dibeli termasuk garam pada basikal yang dicampakkan di halaman rumah.

Siisteri pun turunlah ambil barang yang bertaburan kerana basikal telah dicampakkan. Isterinya bertanya garam. Beli atau tidak, sebab hanya garam yang tidak ada. Dia cakap dia ada beli dan dilekatkan pada pengepit carrier basikal. Isterinya sekali lagi pergi tengok. Hanya tinggal kertas pembungkus saja yang tersepit di situ, garam sudah tinggal beberapa biji jer lagi. Semua sudah tumpah. Isterinya bukan lagi nak marah kerana tidak beli garam tetapi tergelak besar kerana lakinya lari dengan berkayuh basikal macam orang gila kerana melarikan diri dari hantu yang sebenar garam yang dibawanya yang menjadi hantu mengejarnya!.

20 comments:

  1. ha...cerita klasik
    dulu teringat juga.kalau bukan puasa kena beli ais......
    biasanya akan dibungkus dengan kertas......

    sama juga.
    balik rumah.
    mak tanya mana ais....
    tu dah cair.....

    ReplyDelete
  2. hehe...iktibar untuk aku jadi lebih berani...hehe...kalau dah penakut tu mcm mcm yer? garam tumpah pon tak sedar, pasal dah ingatkan tu usikan hantu jin setan..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehehe...
    lawak sungguh. tapi betullah, kalau dah takut tu. mcm2 boleh fikir.
    nasib baik rose tak penah berpengalaman mcm ni.... :D

    ReplyDelete
  4. salam ayahanda.. haha, kalau dah dasar penakut, garam pun di sangka hantu.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Sdr. Jinggo.

    Umm.. tentu juga saudara ingat air batu sirap kepal di dalam daun pisang!. Itu cerita zaman awal 70'an.

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Kalau dah takut, bayang pun jadi hantu!

    ReplyDelete
  7. Zulmin

    Haa..haa... bergantunglah kepada tanggapan masing-masing. Cuma untuk pengetahuan Zulmin garam pada masa itu adalah garam buku, kasar dan masih belum bersih.

    ReplyDelete
  8. Anakanda Rose.

    Uncle pernah terkena apabila uncle treking sorang-sorang di waktu senja di dalam hujan lebat. Masa itu uncle pakai short nylon. Bila dah basah short yang uncle pakai bergesel bila berjalan berbunyi syret..syret. Dan sudah tentu bunyi itu mengikuti uncle. Uncle berjalan dia berbunyi, uncle berhenti dia diam. Puas uncle cari dan ahkirnya uncle ketawa besar sorang-sorang bila uncle tahu bunyi itu datangnya dari short yang uncle pakai!

    Bayangkan kalau terkena kepada sipenakut.

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda nurdaniella.

    Bila perasaan takut kita letak awal-awal lagi di minda, kita tidak akan tenang dan rasional. Maka itulah jadinya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Saudara,

    Bukan di Kota Bahru sahaja berbasikal pada waktu itu, di tempat lain pun macam tu.

    Memang dulu-dulu banyak tempat yang 'keras' dan berpenunggu. Kami kecut perut kalau lalu tempat tempat tertentu. MESTI berteman, apatah lagi waktu Malam.

    Sekarang tempat-tempat sebegini habis kena terang..mana agaknya Penunggu-penunggu itu semua pergi?

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Kadang-kadang kalau diimbas balik agak seronok di waktu itu. Kita bebas dan trafik tidak sibuk sebagaimana sekarang cuma lampu lampu jalan amat kurang. Di dalam kegelapan.

    Agaknya Penunggu tu dah menumpang di rumah-rumah orang kot? Itulah sebabnya sekarang rumah pula berhantu bukannya pokok lagi.

    ReplyDelete
  12. hehe.. teringat pula zaman bebudak dulu. Selalu kena usik dek orang tua-tua.. jgn kuar selepas maghrib..nanti hantu kopek sembunyikan.. Sekarang terfikir, adake hantu kopek uncle.. hehe..

    Perasaan punca segala-galanya..

    ReplyDelete
  13. sedab baca blog nih.ralit ssero...yang komen pun terbaiikkkk...

    ReplyDelete
  14. Rashid.

    Kekadang hantu hanyalah di dalam minda kita sendiri. Jadi, ilusi kita yang adakan.

    Hantu/Syaitan dan Jin memang ada kerana disebut di dalam Alqur'an. Cuma apa yang kita panggil sekarang hanyalah gelaran yang diberikan terhadap sifat yang dizahirkan kepada kita bertujuan menyakat atau menakut-nakutkan. Tujuannya bukan lain hanyalah menanam di minda dan perasaan kita supaya lebih takut kepada hantu/setan melebihi Allah swt. Maka syiriklah kita.

    Dengan tujuan itu mereka akan menzahirkan diri di dalam berbagai bentuk bergantung kepada keadaan. Kalau pada masa dan keadaan orang takutkan hantu kopek, maka mereka akan menzahirkan diri menjadi hantu kopek dan begitulah seterusnya sehingga kerana ketakutan masyarakat dan akal manusia menjadi celaru.

    ReplyDelete
  15. Salam buat baduk.

    Terima kasih di atas kunjungan dan terima kasih juga di atas sanjungan.

    Walau apa pun tanggapan saudara, kita (saya dan makhluk) adalah lemah dan bodoh kalau dibandingkan dengan Yang Maha Mencipta.

    Bagi saya blog ini masih lagi tergolong di dalam kalangan blog cabuk.

    ReplyDelete
  16. Salam Pakcik..

    Ahh..kalu dasar penakut tu,dgn bayang2 sendiri pun dia takut..

    kekadang dgn angin bertiup pun disangka hantu yg menegurnya.hehe

    ReplyDelete
  17. W'salam UXOP

    Rasa takut, gemuruh adalah bisikan syaitan. Ramai di antara kita lebih takutkan hantu daripada Tuhan. Kalau tidak manusia tidak akan sewenang-wenangnya melakukan dosa.

    Itulah yang menunjukkan manusia lebih takutkan hantu dari Tuhan.

    ReplyDelete
  18. Mak saya cerita,zaman dia kecik2 dulu ais batu ni simpan dalam tanah .gali lubang .supaya tahan lama,kira macam piti ais jugak la hehehe

    ReplyDelete
  19. ijoks2009.

    Dalam tanah tu Pak Cik tak tahu tapi zaman Pak Cik dulu simpan di dalam habuk gergaji.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa