Saturday, July 11, 2009

Lembaga Zakat Selangor

Untuk rakyat Negeri Selangor.

N3 ini adalah dari blog ISA yang minta dipanjangkan/dihebuhkan.

Baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Kaunter Express bagi memudahkan dan mempercepatkan pemberian bantuan zakat secara tunai atau cek sehingga RM 3,000 bergantung kepada jenis bantuan dalam tempoh tidak melebihi 2 jam.

Pemohon bantuan mestilah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sini serta MEMASTIKAN setiap dokumen sokongan lengkap. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Buat masa ini Kaunter Express ini hanya dibuka di Ibu Pejabat LZS di Shah Alam sahaja dan waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Maklumat lengkap mengenai Kaunter Express boleh didapati di sini atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03-55227777 untuk maklumat lanjut.

Lembaga Zakat Selangor (LZS), Aras 9 & 10, Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid40000 Shah Alam, Selangor

14 comments:

  1. Salam Uncle,

    Terima kasih, semoga usaha murni yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. W'salam Isa.

    Tidak akan menjadi keberatan bagi uncle memikul bersama sebarang kerja kebajikan.

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    semoga mereka yg memerlukan menghargai perkhidmatan sedemikian rupa. Seperti yg penah saya dengar, akan tiba masanya hasil zakat tiada siapa yg ingin menerimanya kerana semua tidak memerlukannya..Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Salam MountDweller,
    Ini pun kerja besar dakwah juga. Itu sebab Allah catit semua kerja kita.

    ReplyDelete
  5. salam..mountdweller,

    saya kembali bersemangat apa bila membaca ayat anda..""Kita sendiri yang meletakkan di mana diri kita" Berjalan tegaklah walau pun di depan Sang Perkasa!

    terima kasih..

    ReplyDelete
  6. W'salam Shitsurei shimashita.

    Uncle tidak akan mengelak di dalam sebarang usaha kebajikan, insya Allah.

    Memang betul pada satu masa, tiada orang yang akan menerima zakat kerana kemakmuran hidup anugerah Allah yang Maha Kaya.

    ReplyDelete
  7. W'salam Dr.

    Inilah peluang kita menambah kebajikan walau pun nampak kecil.

    ReplyDelete
  8. W'salam anak laut.

    Uncle tidak mahu anaklaut meletakkan diri di tempat yang rendah sebelum orang lain memandangnya begitu.

    Kalau dirasakan berkenan dan serasi, usahakan. Hujan tidak akan jatuh dari langit kalau tidak kerana matahari menyedutnya dari bumi!

    ReplyDelete
  9. salam Tuan,

    Masa bapa mertua saya meninggal dunia sebulan yg lalu di Kelang, dengan pantas ada beberapa anggota yg mendakwa dari pejabat Pakatan Rakyat meminta maklumat untuk disalurkan bantuan. Terima kasih kepada mereka yg mengatakan bantuan itu untuk rakyat Selangor dan diberi tidak mengira latarbelakang politik.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. kulat.

    Itulah yang benar dikatakan adil. Ini tidak, kalau dierikan pun hanya kepada penyokong mereka sahaja.

    Tahniah untuk PR Kelang dan Selangor.

    ReplyDelete
  11. Mak Su.

    Sepatutnya manafaat untuk semua.

    ReplyDelete
  12. salam pakcik,

    harap2 PAS menang di manik urai.

    well,bila buleh jumpa minum air di sekitar kb?

    ReplyDelete
  13. W'salam blogger Rakyat Kelantan Darul Naim.

    Tahniah PAS dah menang walau pun majoriti merosot banyak.

    Pak Cik selalu minum kat D'Village dan Air Halia kat jalan Dato' Lundang. Ada masa nanti bolehlah kita ke situ.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa