Sunday, July 26, 2009

Kehidupan Orang Kelantan Dulu-Dulu

Negeri Kelantan, memang terlalu lambat untuk dijamah kemajuan kalau dibandingkan dengan Negeri-Negeri Selat yang lain. Dari apa yang saya dengar dari Arwah Nenek dan Orang-Orang lama, pada awal abad ke 20 negeri-negeri lain sudah jauh meninggalkan Kelantan di dalam bab kemajuan.

Dalam pada negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung dan masyarakatnya menikmati kemajuan ketika itu, Rakyat Negeri Kelantan masih lagi hidup dengan kemajuan yang sedikit di dalam kehidupan tanpa hala tuju yang jelas. Pada masa itu masyarakat Kelantan hidup tanpa Penguatkuasaan Undang-Undang. Ibarat di rimba, si kuat akan menjadi "Raja" dan si lemah akan menjadi "Hamba". Cuba bayangkan sekiranya sekumpulan Perompak yang akan melakukan rompakan, mereka siap hantar "Notis" terlebih dahulu kepada yang akan menjadi Mangsa. Bila berdendam, pantang jumpa maka jadilah pertarungan. menang kalah lain cerita, pendek kata bunuh mati, buli, rompak, curi, larikan bini orang adalah menjadi perkara biasa kepada sikuat.

Jadi oleh kerana keadaan inilah terbentuknya Clan-Clan di dalam masyarakat se tempat untuk menjaga keselamatan dan kepentingan sesuatu keluarga atau puak. Pasukan Polis hanyalah ditubuhkan selepas Inggeris mengambil alih pentadbiran daripada Thai pada awal abad ke 20. Itu pun terdiri dari beberapa orang sahaja. Jenayah berleluasa dan Undang-Undang memang di tangan penduduk sendiri selepas kuasa Raja. Keadaan-keadaan inilah membentuk jiwa, semangat, kegigihan dan setiakawan bagi Orang-Orang Kelantan.

Saya suka menggambarkan senario kehidupan pada masa itu yang melibatkan Arwah Ayah saya sendiri. Maaf, cerita ini bukan untuk memaparkan kejaguhan atau keberanian. Cerita ini hanyalah sekadar memaparkan keadaan dan suasana kehidupan Masyarakat Kelantan di zaman itu.

Arwah Ayah pada masa mudanya adalah seorang pedagang dan pengusaha "Pinang Muda Kering" ("Pinang Kosi" ia itu pinang muda yang disalai- Bahasa Kelantan) dijual ke Singapura dan katanya dieksport pula ke India untuk dijadikan pewarna kain. Walllahu aklam. Saya hanya dengar cerita dari nenek dan orang-orang lama. Di Daerah itu terdapat seorang Ketua Samseng yang memang ditakuti seolah raja. Sebenarnya siSamseng ini juga adalah mempunyai talian saudara juga dengan Nenek.

Pada satu malam stor simpanan pinang ayah telah dipecah dan hasilnya dicuri. Setelah kehilangan barang dagangan, ayah cuba siasat dan ayah mendapat tahu yang Kuncu-Kuncu siSamseng ini yang mencurinya di atas arahan ketua. Ayah berpesan kepada sesiapa yang berjumpa/bertemu dengan siSamseng ini supaya menghantar balik barang yang di curi darinya. Apabila pesanan ayah sampai ke telingan siSamseng tadi, dia mencabar ayah. "Sekiranya Mat Jusoh jantan, sila datang ambil sendiri" Ayah sudah rasa tercabar dan tunggu masa untuk bertindak. Akhirnya ayah berjaya mengambil kembali barangannya dari tempat simpanan barangan curi siSamseng. Apa lagi berang dan mengamuklah siSamseng diperlecehkan oleh ayah.

Lantas siSamseng perpesan dan berkirim salam kepada ayah dengan berkata "Kalau aku jumpa Mat Jusoh, akan ku belah perut dan jadikan ususnya pengikat pagar di rumahku" Apabila persanan itu disampaikan pula kepada ayah, ayah menjawab "Tak apalah kalau dia dapat, tapi kalau aku yang dapat, macam mana?" Maka gendang perang pun bermula di antara ayah dan siKetua Samseng.

Ditakdirkan Tuhan, pada suatu malam bulan yang terang ketika balik dari menonton Wayang Kulit (Hiburan ketika itu ialah Wayang Kulit dan Dikir Barat) ayah dan siKetua Samseng bertembung di pinggir sawah di dalam perjalanan. Maka bertarunglah ayah dan siKetua Samseng setelah ayah mencabarnya. Ayah bersenjatakan Tongkat 69 (Sejenis Belantan yang bersegi empat biasanya dari Nibung Tua) dan siKetua Samseng bersenjatakan Kelewang (Sejenis Parang tirus dan sedikit bongkok dengan cangkuk di atas belakangnya)

Setelah beberapa ketika bertarung, ayah berjaya memukul bahagian tepi kepala di atas telinga siKetua Samseng. Kerana kuatnya pukulan itu, siKetua Samseng jatuh langsung pengsan dengan mengeluarkan bunyi bagai Kerbau disembelih. Di kala itulah ayah mengambil keputusan untuk membunuhnya saja. Bila musuhnya jatuh terlentang, ayah ambil posisi "membelah kayu". Nasib masih menyebelahi siKetua Samseng, pada masa ayah mengangkat Tongkat 69nya dengan segala kekuatan untuk menghentak, seorang kawan ayah kebetulan lalu di situ dan memegang tangan ayah sambil berkata "Jangan Soh, mati!"

Ayah tinggalkan siKetua Samseng dalam keadaan tidak sedar diri di situ dan pulang. Atas nasihat keluarga, ayah meninggalkan kampung itu pada malam itu juga kerana kemungkinan besar esoknya pihak polis akan mencarinya. Diceritakan pada masa itu pihak Polis akan mencari Penjenayah hanya sekitar dua minggu sahaja. Kalau mereka tidak berjaya menangkapnya perkara itu akan didiamkan setakat itu sahaja.

Ayah berundur dari kampung dan menumpang di rumah Arwah Datuk (sebelah ibu saya) di satu daerah yang lain. Kebetulan pada masa itu Datuk adalah Penghulu dan memberikan perlindungan kepada ayah (masa itu ayah belum lagi kawin dengan emak). Khabarnya siKetua Samseng koma beberapa hari dengan kesan rambut tempat sasaran pukulan ayah putus, kulit robek dan mengambil masa 5 bulan untuk sembuh dengan terbaring di tikar. Di masa itu Hospital tak payahlah sebut. Jauh bagi mereka dan kalau ada pun orang ramai takut untuk ke sana mendapat rawatan moden. Jadi Bomohlah menggantikan Doktor.

Itulah sedikit paparan kehidupan pada zaman itu. Jadi tidak hairanlah sikap dan perangai Orang Kelantan masih begitu hanya sedikit berubah mengikut masa. Generasi yang lahir dari zaman survival!

Saya terfikir, adakah kita dengan keadaan diri kita sekarang boleh hidup di zaman itu? Yang saya mampu hanyalah geleng kepala.

Cerita ini adalah cerita lisan dari Arwah Nenek sebelah ayah dengan tambahan maklumat dari orang-orang tua yang mengenali ayah.

28 comments:

  1. Tuan,

    Mantap cerita ni. Cuma, kenapa orang Kelantan terlalu "karat" semangat kenegeriannya Tuan?

    Boleh cerita sikit tak memandangkan Tuan lebih faham.

    Salam Ukhwah.

    ReplyDelete
  2. Salaam Saudara ku,

    Anak panglima rupanya saudara Fakhruddin.

    Kalau lelakinya pahlawan.
    Wanitanya anggun menawan.

    Persoalan saudara harimau, seiring apa yang selalu diminda.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  3. Salam Tok Rimau.

    Sikap dan semangat kenegerian terbentuk dari keadaan sejak dulu. Pada masa dulu semangat setia dan melindungi Clan atau keluarga dan berkembang menjadi Daerah atau Kerajaan Kecil zaman itu.

    Dulu sebelum kewujudan Kelantan sebagai sebuah negeri, terdapat banyak Kerajaan-Kerajaan Kecil yang bermusuh dan berperang sesama sendiri. Jadi ini juga membentuk semangat kenegerian sehinggalah Long Yunus mengalahkan semua "Kerjaan-Kerajaan" ini dan menyatukan Kelantan, maka semangat kenegerian ini berpindah pula kepada satu bentuk geografi yang lebih besar iaitu Negeri Kelantan.

    Macam-macam musuh yang Kelantan hadapi masa dahulu termasuk Siam dan Terengganu. Sebab itu orang Kelantan dan Terengganu masih lagi berkonflik kepercayaan. Orang Kelantan kurang percayakan Orang Terengganu dan begitulah juga sebaliknya sehingga kini.

    Apa pun saya berharap ada yang akan memberikan komen dan penerangan yang lebih mantap.

    ReplyDelete
  4. W'salam sdr.ku Admin.

    Secara kebetulan saja dengan takdirNya saya dilahirkan sebagai anak kepada Yusoff. Tidak ada apa-apa kelebihan pun ada pada diri saya.

    Orang Kelantan dibentuk pemikiranya dari dulu-dulu hanya percayakan Clan atau Keluarga tertentu dan hanya taat kepada Raja sesebuah "Kerajaaan" sahaja. Apa yang saya nampak masyarakat Kelantan terbina di atas asas kekeluargaan sebagaimana masyarakat Cina. Contohnya banyak daripada perkampungan di Kelantan dihuni oleh sesuatu keluarga tertentu yang berasal dari anak cucu orang yang membuka kampung itu. Pada masa dahulu mereka hidup di dalam lingkungan sanak saudara dan mereka berkhwin pun di kalangan itu juga.

    Jadi dari segi sosialnya tidak berkembang sehinggalah Merdeka dan kemajuan dinikmati melalui persekolahan formal dan bersosial sejajar dengan tuntutan ilmu modern.

    ReplyDelete
  5. Salam MountDweller,
    Saya dah sampai ke beberapa daerah dan kampung di Kelantan. Saya sukakan orang di sana. Mereka setiakawan, menepati janji dan menghormati tetamu. Hidup sederhana dan tidak berlagak.
    Ini pandangan dan pengalaman saya.

    ReplyDelete
  6. Mountdweller,
    Abah setuju. Sebab tu satu ketika dulu orang luar takut dengan orang Kelantan. Jangan sesekali orang luar cuba membuat onar yang melanggar adab dan batasan agama di kelantan. Kapak bungkus menjadi penegak kebenaran. Abah pun banyak dengar cerita gini. Salam ukhwah.

    ReplyDelete
  7. W'salam Dr.

    Betul Dr., sebenarnya mereka akan hormat sekiranya dihormati tetapi kalau buat onar, siap!

    Rasanya di samping perangai Gedebe mereka juga mempunyai Ilmu Agama yang agak mantap. Itulah sebabnya mereka menjadi cukup baik di kala keadaan baik. Tetapi mereka akan menjadi di sebalik bila keadaan yang tidak baik, di kala itu perangai gedebenya akan datang kembali. Wallahu Aklam.

    ReplyDelete
  8. abah aman.

    Terima kasih banyak kerana sudi singgah dan turut juga meninggalkan jejak.

    Ya, memang begitulah suasana di zaman sebelum 80'an. Semasa ini sudah tidak banyak lagi kedengaran lagi cerita tentang kapak, takek menakek kecuali kes-kes terpencil.

    Dalam kita meredah arus permodenan, tidak dinafikan ketebalan semangat kenegerian masih wujud di kalangan Anak Kelantan berpaksikan ukhuwah dan persaudaraan senegeri.

    ReplyDelete
  9. Pondok-pondok memang banyak di kelantan melambangkan masyarakatnya yang kuat berpegang kepada agama Islam. Tapi maksiat juga banyak di negeri ini, mengikut kata orang tua, dulu(zaman umno) memang ada pusat hiburan yang agak femes di wakaf siku. Memang susah betul nak tafsir perangai orang kelantan ni.

    Baba budaya pulak, aku yang berasal dari keluarga orang Kelantan. Dari kecik lagi aku diajar tak bersalaman dengan wanita, tiba-tiba pergi ke luar orang perempuan pulak hulur tangan nak bersalam. Aduh... susah betul berada dalam situasi ini. Kalau yang hulur tu awek memang aku tak sambut nyer tapi yang makcik-makcik ni...

    ReplyDelete
  10. lagi dicerita,semakin bnyk yang kita tak tahu...teruskan lagi bercerita Abe Din..sulami dgn nasihat dan panduan..
    Kami nie baru nak hidup..kenalah bnyk belajar ttg kehidupan...dgn siapa lagi nk belajar..kalau bukan dari mereka yang lebih bnyk pengalaman...bak kata org2 tua " lebih dulu makan garam"

    ReplyDelete
  11. Salam Pakdin.Lama tidak ketemu.
    Semoga dirahmati Allah.
    Sifat ini ada juga pada kaum Pushto di Pakistan.Kaum Pushto ni kebanyakannya tinggal dengan sepadan Pakistan-Afhghanistan.Kaum Pushto ni satu bangsa dengan orang Afghan.Seperti Kelantanese tinggal bersepadan dengan orang Pattani.
    Kaum Pushto di kawasan sepadan ni sampai sekarang mengamalkan semangat `Clan`.Dalam Pushto sendiri masih banyak clan2 atau sub kaum2 yang lain.Kawasan ini dipanggil `Tribal Area`.Undang-undangnya adalah berdasarkan undang2 Islam.Ketuanya adalah orang yabg paling tua dan paling dihormati dalam Kaum itu.Pergaduhan sesebuah kampung dengan kampung sebelah selalu berlaku.Tapi jangan takut untuk datang ke sini,kerana mereka sangat menjaga dan menghormati keselamatan tetamu.Yang penting orang pushto ni memang cantik2 sangat.Kalau di pakistan yang putih2 melepak dan mata hijau or hazel tu ialah orang pushto.Kalau yang gelap tu orang Punjabi dan lain2..

    ReplyDelete
  12. Sdr. KAPИMOB

    Memang dari dulu Kelantan terkenal dengan Alim Ulamak dan Sekolah Pondok tetapi sebagaimana yang saudara kata, maksiat juga berlambak. Perempuan Jalang di merata ceruk. Judi, pukul, rompak dan curi juga adalah biasa. Tempat yang saudara kata itu di kenali dengan "Dalam So" loghat Kelantan sebenarnya "So" itu adalah "Show" tapak itu sekarang adalah KB Mall. Ini dulu-dululah, zaman Perikatan membawa ke zaman PAS di bawah Almarhum Dato' Asri. sekarang boleh dikatakan tidak ada maksiat yang berleluasa lagi. Tempat itu pun sudah lama ditutup sejak zaman BN di bawah Dato' Mohd. Yaacob lagi.

    Tentang salam ni pun satu hal juga. Tetapi barang diingat itu semacam budaya bagi mereka di Pantai Barat. Permodenan ala Barat membawa kemusnahan nilai Islam sekiranya kita tidak tahu menilai mana tuntutan agama dan tuntutan hidup.

    ReplyDelete
  13. Induk Yati.

    Insya Allah akan Abe Din buatkan n3 berkenaan itu sedikit demi sedikit. Memang banyak juga yang Abe Din tahu dari Nenek dan Ayah. Mereka memang orang lama. Nenek meninggal ketika berumur 120 tahun pada tahun 1973 dan Ayah meninggal ketika berumur 86 tahun pada tahun 1986.

    Memang banyak Abe Din nak kungsikan sekiranya ada orang yang sudi nak tahu.

    ReplyDelete
  14. W'salam PG.

    Begitulah kalau jauh perjalanan dan sudah semetinya luas pandangan dan banyak pengalaman.

    Nampaknya yang sdr. katakan tentang Pushto itu nampaknya ada lebih kurang persamaannya. Begitulah ketika kita tertinggal arus kemajuan.

    Oh... rupanya gadis Pushto ni sangat cantik rupanya walau pun masih ketinggalan dari kemajuan duniawi.

    Terima kasih PG di atas info itu.

    ReplyDelete
  15. greetings mountdweller.blogspot.com admin found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best backlink service Take care. Jason

    ReplyDelete
  16. I like this post drastically. Ill end up being checking backfor upcoming articlesthanks. Payday Loan

    ReplyDelete
  17. You could definitely see your expertise within the paintings you write. The arena hopes for even more passionate writers like you who are not afraid to mention how they believe. All the time go after your heart. Payday Loan

    ReplyDelete
  18. mountdweller.blogspot.com Check Advance NY Johnstown Membayar orang adalah biaya besar , meskipun satu diperlukan , dan tidak hanya mencakup gaji dibayarkan

    ReplyDelete
  19. mountdweller.blogspot.com Payday Lenders IA Altoona Meskipun belum ada satu ton berita terbaru tentang Jon , Kate terus manggung menari

    ReplyDelete
  20. mountdweller.blogspot.com a knockout post Istilah pembayaran untuk jumlah tersebut bervariasi dari 12 bulan sampai dekade di mana dalam jumlah yang dapat diselesaikan melalui bulan oleh installmets bulan

    ReplyDelete
  21. mountdweller.blogspot.com learn more here Pelanggan dapat memanfaatkan dana tersebut dengan cepat dalam beberapa hari

    ReplyDelete
  22. mountdweller.blogspot.com sites Tentu saja , ia mabuk sehingga ia bentak dan geram , menggerutu waktu lengkap

    ReplyDelete
  23. mountdweller.blogspot.com why not check here Kredit sangat baik , ketika Anda tidak memanfaatkan secara bertanggungjawab Anda dapat akhirnya menggunakan kekacauan keuangan yang akan waktu bertahun-tahun untuk membersihkan

    ReplyDelete
  24. mountdweller.blogspot.com get more info Saya ingat suatu hari ketika dia mendapat cek benar-benar gratis seharga $ 500 dan hanya merobeknya

    ReplyDelete
  25. Hey! Would you mind if I share your blog with my facebook group?
    There's a lot of people that I think would really enjoy your content. Please let me know. Thanks

    Review my blog post: buy cheap twitter followers
    my webpage: buy twitter followers real

    ReplyDelete
  26. Hi! I simply want to offer you a big thumbs up for the great information you have right here on this post. I am coming back to your blog for more soon.

    [url=http://onlinepokiesking4u.com]click here[/url]

    ReplyDelete
  27. Hello! I simply would like to offer you a big thumbs up for your great information you've got right here on this post. I'll be coming back to your blog for more soon.

    [url=http://onlinepokiesking4u.com]onlinepokiesking4u.com[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa