Tuesday, November 10, 2009

Adakah Ganas Kerana Kalah?

Di bawah ialah hasil tulisan Ir. Azizan Razak yang saya copy n paste dari Neutral Daily. Beliau berada di stadium ketika perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara Pasukan Kelantan melawan Negeri Sembilan. Bagi saya yang salah tetap salah cuma rantaian penyebab kejadian itu berlaku perlu dilihat dan diambil kira. Saya tiada niat untuk membela perlakuan buruk penyokong Kelantan pada malam itu. Memang saya tidak suka dan benci tatalaku mereka yang ganas tidak bertempat.

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.


Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

16 comments:

  1. Tuan,

    Saya amat bersetuju dengan tulisan beliau. Dan, yang sudah itu kita biarkan berlalu.

    Kita mulakan episod baru.

    ReplyDelete
  2. Salam PakDin..seperti yang PakDin utarakan..yang salah tetap salah..Cumanya yang mungkin menjadi pengajaran kepada penyokong bolasepak Malaysia.."Takkan budaya Mat Salleh kita nak tiru"..melakukan pemberontakkan yang melampaui batas..Pada pendpt saya,mungkin FAM cuba bertindak lebih tegas dengan KAFA disebabkan situasi-situasi lalu...Walaubagaimanapun..saya salute penyokong Kelantan di atas sokongan tidak berbelah bagi dan mungkin ini boleh dijadikan contoh kepada penyokong-penyokong lain...

    Teruskan demi Harimau Malaya...

    ReplyDelete
  3. Salam Tok Rimau.

    Tahniah untuk N9 dan seluruh penyokongnya. Menang kalah adalah adat pertandingan.

    Penyokong Kelantan mesti menerima hakikat dan ketentuan dengan rela dan hati terbuka.

    Ada saya diberitahu yang ramai anak muda belasan tahun yang baru nak kenal dunia datang sememangnya berniat nak bersuka-suka dan tunjuk "gedebe". Gejala ini perlu dibendung dari mula.

    ReplyDelete
  4. W'salam aaapit.

    Memang Penyokong totok pada sesuatu pasukan itu ada baik dan ada buruknya. Dan penyokong jenis ini perlu didisiplinkan. Kan KAFA yang susah.

    Daripada apa yang Pak Din lihat, perkembangan bola sepak sekarang ada baiknya untuk Malaysia di masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. 1Malaysia? Haha. Najib boleh mimpi ngn 1 Malaysia. Melayu sama melayu pun berpecah mengikut negri. Inikan pula Cina dan India. :D

    ReplyDelete
  6. alang

    Isu-isu inilah yang membuatkan kita bengang. Entah bila kita nak buang pusaka warisan Penjajah ini.

    Kita masih terikut-ikut dengan keadaan pecah dan perintah.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Kerja orang TV dan akhbar memang suka buat kerja gembur juga provokasi, sepatutnya pengurusan perlawanan perlu tentukan kemudahan untuk penonton tambahan pula sekarang ini musim hujan, pehak pengurusan jangan nak kaut untung saja

    ReplyDelete
  8. singamaraja

    Saya pun tidak faham apa yang ada dalam otak mereka. Sehari dua yang lepas di dalam Radio Era, Aznil membuka topik keganasan bola sepak. Jadi ramailah pendengar yang telefon melepaskan geram. Bukankah itu akan menambahkan sakit hati di kedua-dua belah pihak.

    Perkara itu sudah lepas, sepatutnya biarkan masa yang menenangkan keadaan segala urusan serahkan kepasa FA masing-masing. Nak kata Aznil bodoh, dia juga jenis terpelajar!

    Tentang pengurusan perlawanan san stadium memang sepatutnya segala hal diambil kira. Sebab itulah saya komen begini "Bagi saya yang salah tetap salah cuma rantaian penyebab kejadian itu berlaku perlu dilihat dan diambil kira".

    ReplyDelete
  9. Mcm Saudara cakap la, rantaian tu yg penting. Ibarat barah, klau dah sampai peringkat akhir, susah nak sembuh. Kena cegah dari awal lagi benda2 nie. Tapi buat mcm mana kita terlalu mudah lupa. FAM contohnya, susah nak belajar dari pengalaman sendiri. Adeh :D

    ReplyDelete
  10. alang

    Kita harapkan FAM dan KAFA mendapat pengajaran dari apa yang berlaku untuk pedoman di masa hadapan.

    Kalaulah mereka ingin belajar dan berubah.

    ReplyDelete
  11. tak tahu nak cakap apa, saya tak folo game bola.

    ReplyDelete
  12. Mak Su

    Bola dan sukan adalah bagus untuk kesihatan dan ukhuwah tetapi kalau dah jadi gaduh dan ganas maka akan hilang roh sukan itu sendiri.

    ReplyDelete
  13. Sekarang ini heboh di Kg Kuala Sungai Manik Teluk Intan Perak tentang kehadiran hantu pocong, dah beberapa orang mengaku bertembung dgn hantu tersebut terutama ahli keluarga dan sahabat handai arwah semasa hidup, perkara ini juga menurut sumber di akui sendiri oleh keluarga si mati yg kini sedang berubat utk mengelakkan fitnah kpd waris.... mungkin saudara berminat?

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Saya menetap di KB. Teluk Intan memang jauh untuk aktiviti sampingan. Tetapi kalau saya pulang ke Ipoh, mungkin saya akan ke sana.

    BIasanya Hantu ini adalah amalan yang menyalahi Hukum semasa hidup simati. Mungkin Pengamal-Pengamal Terekat dan Tasawuf boleh ikhtiarkan.

    ReplyDelete
  15. aku ingat Final apa-apa CUP pun kita buat format timpal baliklah, senang. Stadium Nasional tu khas buat pasukan kebangsaan kita main, sudahlah...Tu pun kalau ada ManU ker Chelsea ker, Real Madrid nak datang ler...(perli FAM nih,jangan tak paham pulak?hehe).
    Semua senang: kerja jual-beli tiket, senang. Habis tiket kita bubuh big screen/projektor luar stadium bagi orang yg malang tak boleh masuk tu tengok...pasti depa puas hati jugak..customer welfare jugak tu. Mula katakan undian cabut Klate jadi hos. Pas 1minggu main kat Nogori pulak. Banyak duit masyukk. Penonton bola selalunya masuk stadium sendiri dia mesti tahu tertib & jaga keadaan, takkan nak buat kecoh tempat sendiri tak pasal-2? Peniaga pun banyak yang pun senyum. Penonton pasukan pelawat kita hadkan pasukan pom-pom girls dia mai sudah ler..menceriakan keadaan. Hat banyak tu kang buat 'gege'( provokasi) saja lebih...kecohlah, gaduhlah.
    FAM iskhh pengurusannya, susun jadualnya, format liga Super, DLL memang lama dah aku tengok pincang..tegur pun tak lut..meluat dah aku FAM ni...aku salahkan 200%..memang daripada dulu, kini dan selamanya pun FAM lah yg salah dan patut dipersalahkan. Tu pasal Malaysia main cam budak 5 tahun baru tahu sepak bola..tak standard langsung...nak 'challenge' negara Asean lain pun kita malu kalah teruk, jauh sekali dibanding Korea Selatan. Eh..dah melalut pulak (sebab marah sangat kat FAM ni..hehe).
    Sekian dari bilik berita sukan.

    ReplyDelete
  16. hanz

    Satu masalah besar yang saya nampak bagi FAM dan KAFA ialah tidak belajar dari pengalaman dan kesilapan. Itulah sebabnya bola sepak Malaysia semakin merudum. Jangankan peringkat dunia peringkat Asia Tenggara pun lembik!

    Provokasi pun satu hal. Provoke di mana-mana pun tetap ada, tinggla lagi kewarasan yang mampu uruskan. Kalau ikutkan kepala gila memang kecuh jadinya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa