Thursday, November 12, 2009

Angan PR?

Di bawah adalah satu petikan dari posting seorang blogger, dragsuperstar.blogspot. yang berisi dan amat patut direnungi. Mohon izin..

Kerana tindakan beberapa individu yang mengkucar - kacirkan kerajaan negeri Selangor, jangan terperanjat jika rakyat akan menghukum Pakatan Rakyat keseluruhannya akibat kegagalan mereka menyelesaikan masalah itu. Pakatan Rakyat kena ambil iktibar dari sejarah. Lihat tahun 1999 dimana kekerasan dalam memerintah, rakyat memerhati dengan penuh minat maka rakyat mengambil keputusan untuk menghukum Barisan Alternatif pada waktu itu keseluruhannya. Mereka memberi peluang kepada Pak Lah waktu itu untuk menjaga kepentingan negara dengan baik. Malangnya Pak Lah gagal maka sekali lagi rakyat menghukum Bn dengan seteruk - teruknya.


Pakatan Rakyat!! Tidak mungkin sejarah akan berulang. Dengan kehadiran beberapa tokoh yang bermasalah umpamanya Hassan Ali, tidak mungkin benda yang sama berlaku pada Pakatan Rakyat. Kedah dan Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam keadaan yang gampang ini pasti terpalit dengan kerja - kerja yang tidak beretika oleh Hassan Ali yang mewakili Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang pasti hampir lumpuh atau mungkin lebih teruk kalah di tangan Barisan Nasional dan yang paling membimbangkan benteng terakhir kekuatan rakyat di Kelantan juga pasti goyah sebagaimana PRU ke-11.

Baca sepenuhnya di From vehicle to life

16 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Tepat telahan tersebut, jadi tunggu jelah hukuman rakyat pada PRU-13 nanti.

    Selagi gampang2 dalam PAS dan PKR tidak di hambat keluar.

    ReplyDelete
  2. bro, aku dah bosan dah.............

    dulu kita bagi mereka peluang tunjuk bakat memerintah............

    sekarang macam-macam hal sudah jadi..............

    terbaru tok nik pun dah ambil rasuah pegi mekah..................

    BABI(brother Anu war bin Ibrahim) selalu tangguh.....Amerika dah yahudi yang suruh minta tangguh...tabut kalau babi ke dalam kena kurung kat kandang sungai buluh......tak dapat nak campur urusan Malaysia pula....

    Islam akan selamat jika kita kembali kepada ajarannya ....perpaduan

    islam akan kukuh jika BABI dan Tok garu ambil Rasuah mampos!!!!!

    ReplyDelete
  3. salam.

    Jangan sampai tahap menjadikan selipar jepun nik aziz sebagai tangkal azimat menang parti udah lah..

    ReplyDelete
  4. Itu lah masaalah nya dgn kita.,

    Marahkan nyamok sekor dua, kelambu nak di bakar.

    Sedangkan kesalahan AMNEO lima puluh tahun,dgn berbagai bagai kezaliman,penginayaan,penipuan,dan bermacam macam lah...

    Senang saja kita nak lupakan.

    Ikut suka lah,esok anak cucu kita maki dalam kubur.,jawap lah di hadapan Tuhan.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa

    Kenaplah liat sangat untuk PAS dan PKR untuk menghalau tunggul-tunggul yang menjadi sarang anai-anai di dalam parti mereka?

    ReplyDelete
  6. paan

    Gejala kebosanan tu sudah nampak!

    ReplyDelete
  7. orangkampung

    Dulu kita semuannya mengharap. Tapi kini semuanya membosankan. Biarkan kita bosdan dan rakyat bosan. PRU13 nantu kita tengoklah kesannya.

    ReplyDelete
  8. Aku, Pasbuih Dan Siamang

    W'salam

    Nak tangkal dan Azimat? Hantu pun tak lari!

    Harapkan mereka akan berfikir dan berubah.

    ReplyDelete
  9. indraputra80

    Rakyat tidak akan lupa apa yang UMNO buat. Apa yang rakyat bising sekarang ialah untuk kebaikan PR juga. Di dalam keadaan keprcayaan rakyat terhakis sedikit demi sedikit kenapa di simpan barah yang merusakan seluruh anggota badan.

    Masih mneyimpan manusia yang membuka pintu kota di malam hari memudahkan musuh masuk!

    ReplyDelete
  10. saya amik contoh, kalau dulu kita marah pada Umno sebab gunakan JAIS untuk hentam penceramah agama daripada PAS.

    Sekarang Exco Agama Selangor Hassan ali pula guna taktik sama pada penceramah lain.

    So..apa yg kita Rakyat ni marah sangat..takda beza dengan Umno dan Hassan ali..atas sebab itu kita kritik Umno.

    Kritik PAS tidak bererti kita memaafkan Umno...kita benci Umno..

    Tapi atas dasar sayang.maka pas harus dibersihkan..

    ReplyDelete
  11. walau apapun sy masih mempunyai keyakinan yg PR lebih baik dr BN.

    ReplyDelete
  12. UMNO & perpaduan tu tak berapa ngam, tak sinonim...mana boleh buat ayat yang penuh (makna & mendalam kesannya)...hehe..sebenarnya kita orang bawahan ni UMNO ker PAS dsb & pengundi tanpa parti (non-partisan) baiklah buat perpaduan antara kita sudah ler...biar kita pakat-pakat ajar pemimpin hat mana terlampau tak kira UMNO ker PAS ker DAP ker..Ingat, kita yg ada kuasa undi...jangan diperbodohkan (lagi).

    Mungkin kita marah-marah sayang lagi ni kat PR, pasal kita nak bagi peluang naik (bentuk kerajaan persekutuan)..harapan kebanyakan orang pun gitu termasuk orang UMNO sendiri (count me too ..hehe) ..insyaAllah.

    Selama hari ni silap kita juga tak tegur pemimpin, maka banyak pemimpin jadi lupa diri. UBN dah lebih 50 tahun perintah, rakyat juga berapa kisah hak kuasa undi mereka, pekakkan telinga,butakan mata & tutupkan hati kesalahan,kelemahan,kerugian pemimpin hingga rakyat juga sengsara. Sekarang dah beza,lain sangat..rakyat dah makin celik politik dan mahu & berani tegur pemimpin termasuk Dr.M, DSAI (sapa gelar dia bagai-2 tu, pun apa bagusnya? hehe), TGNA, TGHH dsb..SEBAB rakyat kini (sejak 10~15 tahun) tak mau lagi sejarah corak pemerintahan UBN selama hari ni diaplikasikan lagi untuk masa hadapan.

    ReplyDelete
  13. Anonymous

    Memang tugas kita sebagai rakyat menegur atas kesalahan dan alpa pemerintah. Kalau tak dengar juga kita hukum dengan undi.

    Kalau UMNO dan PAS 2 kali 5 juga untuk apa kita bersusah-susah. Kalau mereka Pemimpin Islam pun pilih dunia kenapa tidak kita?

    Kita cuba buat teguran sebaik mungkin supaya mereka berubah. Kalau degil kita semua memang tahu apa nak buat.

    ReplyDelete
  14. luna

    Setakat hari ini saya setuju tetapi di masa hadapan mereka mungkin akan mabuk dunia. Masa yang menentukan.

    ReplyDelete
  15. Hanz

    Mungin pepatah ini terpakai " Sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang anak pukul-pukulkan (pukul mengajar)"

    Pukullah kerana sayang. Tinggal-tinggalkan supaya merindu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa