Sunday, November 29, 2009

Bidikan Tersasar

Rupanya setelah saya buat posting di n3 yang bertajuk "Salah Satu Sebab Kenapa MPKB Kurang Duit" Manjung Mari telah respond di dalam N3nya sebagaimana petikan di bawah.

MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

Article beliau sepenuhnya di sini

Di sini beliau agak tersilap, saya tidak pernah mengenali sesiapa di dalam kelompok yang merencana Grand Design yang beliau maksudkan dan saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapa pun sehingga ini. Maaflah saya tidak ingin bertelagah dengan sesiapa pun, dan apa yang saya tulis bukanlah berniat membuka pintu untuk diterjah atau mengundang permusuhan. Saya sudah letih dan menyampah dengan kerenah orang politik. Saya tidak ingin terjun lagi ke dalam kancah itu. Rasanya sudah cukup selama 36 tahun saya berkubang bersama mereka di dalam kolam politik.

Saya tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. TGNA saya hormati dan kalau boleh tidak mahu beliau melepaskan jawatan MB. YB Takiyuddin boleh dikatakan jiran dan beliau adalah manusia yang baik dari pandangan saya. YB Husam walau pun saya kenal tetapi tidaklah rapat. Mereka-mereka ini tidak pernah berdosa dengan saya, jadi untuk apa saya mahu menyakiti mereka?

Sebenarnya di N3 saya itu bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa. Tujuannya hanyalah untuk menyedarkan pihak Pengurusan MPKB-BRI tentang tanggung jawab yang terabai. Dan kerana diabaikanlah maka ramai penduduk bersungut dan enggan membayar Cukai Bandar. N3 saya itu tidak ada sangkut paut dengan politik. Saya juga tidak menjadi Ahli mana-mana parti politk.

Salahkah saya mengejutkan orang-orang yang bertanggung jawab yang mungkin tidak tahu atau tidak sedar tanggung jawabnya terabai? Kejutkan mereka dari mimpi lunak yang melenakan? Salahkah saya luahkan perasaan tidak puas hati saya dan penduduk sekitar. Fasarana yang patut disediakan tetapi masih dalam mimpi berlangsung sudah lama. Sejak zaman BN lagi (sebelum tahun 1990) dan berterusan sehingga kini.

Tolonglah jangan kaitkan saya dengan mana fraksi dan politik.

10 comments:

  1. salam

    Manjung mari agak "cepat" sangat membuat kesimpulan dalam menangani isu di Kelantan

    ReplyDelete
  2. Salam Pakdin.

    Manjung Mari patut terima teguran dan beri alternatif untuk atasi masalah dalam MPKB.

    Jangan asyik perkecilkan pandangan masyarakat.

    Inilah yang dikatakan sokong membawa rebah.

    Nak tunggu PRU baru nak bertindak? Dah lambat nanti... Akhirnya PAS akan rugi jika tak dapat sokongan pengundi.

    Ini dah berlaku kepada UMNO.

    ReplyDelete
  3. Yob, Yong sokong tindakan mike menulis tentang masalah komuniti di KB. Yong harap mike atau blogger lain dapat tulis lagi untuk tempat lain pulak. Misalnya di Kuala Trengganu, Kuantan dan bandar2 lain di Pantai Timur. Manjung Mari janganle cepat melatah. Kat pantai barat pun Yong nampak perkara ni terjadi. Maklumle, solid waste management dah kena swastakan kepada satu entiti monopoli yang sub-con kepada pengutip2 sampah. Kadang2 datang kadang2 tidak.

    ReplyDelete
  4. W'salam Teluk Bakong.

    Saya tidak salahkanya. Mungkin dia hanya "berpersepsi"

    Saya yakin TGNA akan bejaya menanganinya tanpa siapa pun akan terasa sakit.

    ReplyDelete
  5. W'salam sdr. Brahim.

    Saya juga takut sebenarnya. Takut rakyat akan menyampah dan menyumpah. Padahnya ialah Kerajaan yang memerintah. Maka jadilah "Orang lain buat, orang lain pula yang tanggung"

    Jadi apa yang saya cuba lakukan ialah menyedarkan mereka sebelum parah. Apa yang kita minta adalah kepekaan mereka.

    Jangan tunggu sehingga rakyat menghukum.

    ReplyDelete
  6. Yong

    Terima kasih di atas sokongan.

    Betul Yong, sepatutnya blogger-blogger lain juga dedahkan apa-apa kepincangan, salah urus di tempat lain juga.

    ReplyDelete
  7. saya orang pas jati..tapi dalam perkara ini saya sokong didedahkan...dengan niat untuk memperbaiki ..

    ReplyDelete
  8. gayapeneroka

    Benar. Begitulah niat saya sebenarnya. Cuma kebetulan di masa yang sama MPKB-BRI kecuh.

    ReplyDelete
  9. mr edz

    Ayahanda rasa tidak salah, dedah supaya diperbaik.

    Masuk petang hari ini sudah hari ke enam sampah tidak diangkut. Bayangkan betapa cantiknya pandangan damn betapa harum aromanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa