Sunday, November 29, 2009

Hairan.... Jenis Manusia Apakah Ini?

Dia seorang yang dikatakan Islam. Bersolat, dan sudah tentu bersyahadah tetapi perbuatanya? Ajaran manakah yang dianutinya? Syaitan ada di mana-mana walau pun ke Mesjid.

Di bawah petikan dari Utusan Malaysia online.

Abdul Jalil berkata, suspek kemudiannya bertindak ganas apabila mengurung dan memukul mangsa sebelum dijadikan tempat 'pemuas nafsu'.

Katanya, namun perbuatan suspek terbongkar pagi semalam apabila meninggalkan mangsa dan anaknya dalam keadaan rumahnya terkunci untuk ke masjid bagi mengerjakan solat sempena Hari Raya Aidiladha.

"Mangsa mengambil kesempatan itu untuk menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. Melihat keadaan mangsa itu salah seorang daripada mereka menghubungi polis.

"Polis kemudian memecah masuk rumah tersebut dan berjaya menyelamatkan mangsa dan anaknya," tambah beliau.

Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan lemah dan mengalami lebam-lebam di anggota badannya kemungkinan dipukul untuk melakukan seks.

Katanya lagi, mangsa turut diugut bunuh serta diacukan pisau oleh suspek sekiranya tidak mahu bekerjasama atau cuba membuat kecoh.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disahkan dirogol," katanya.

Sepenuhnya di sini

4 comments:

  1. Salam Ayahanda..
    Apa nak jadi di dunia akhir zaman ini,
    Manusia lebih haiwan daripada haiwan,
    Haiwan lebih manusia daripada manusia..

    ReplyDelete
  2. author faethal.

    Yang ayahanda rasa pelik tu, dia pergi solat raya. Solat sunat tu, tapi yang dia buatlah melebihi manusia yang tidak kenal agama.

    Betul anakanda, kekadang haiwan pun lebih baik dari manusia.

    ReplyDelete
  3. Tu lah dipanggil manusia Serigala Jadian..

    ReplyDelete
  4. ijoks2009

    Serigala jadian rasanya lebih baik sebab dia terus baham saja. Tapi yang ini diseksa, dirogol dan dikurung.

    Yang kartunnya tinggal pergi solat raya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa