Friday, November 20, 2009

Siapa Yang Jumpa Sampin ni?

Seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri, Jabatan saya pula mengadakan Jamuan Aidil Fitri. Semua Kakitangan diutamakan memakai Pakaian Baju Melayu lengkap.

Pada petang sebelumnya hari itu, saya sudah mencari dan nampak Sampin Songket Hitam saya di dalam almari besar di dalam bilik tidur saya. Jadi tidaklah risau pagi esoknya tercari-cari sampin yang telah agak lama saya tidak pakai. Tapi yang pelik bin ajaibnya pada pagi esoknya ketika sibuk nak ke pejabat setelah berpakaian, saya membuka almari besar itu untuk mengambil sampin tapi apa yang saya jumpa ialah kain songket Along. Saya dan isteri menggeledah di tempat-tempat yang diagakkan sampin itu tersimpan.

Di dalam saya mencari-cari, saya ternampak sampin yang kami cari berada di atas almari mekap isteri saya. Saya ambil dan saya pakai. Pada ingatan saya, isteri saya yang telah jumpa dan letakkan di situ. Semasa saya memakai sampin tersebut, saya tidak perasan yang isteri saya masih menyelongkar almari mencarinya.

Bila dia nampak saya telah memakainya, dia agak marah sebab dia susah-susah mencari tapi bila sampin itu dijumpai, saya terus pakai tanpa memberitahunya yang sampin itu saya telah jumpa. Rupanya dia ingatkan saya yang menemui sampin itu dan saya pula ingatkan dia yang menemuinya dan meletakkan di situ. Dia kata bukan dia yang jumpa dan letakkan di situ. Tapi yang hairannya saya juga tidak. Habis siapa yang meletakkan di situ? Saya pasti semasa saya menyikat rambut di hadapan cermin almari itu tadi memang sampin itu tiada di situ.

Selepas saya sikat rambutlah saya dan isteri sibuk mencari dan menggeledah sana sini setelah saya dapati sampin yang saya sangkakan di dalam almari besar itu sebenarnya kain songket Along. Bila kami menaiki kereta untuk ke pejabat masing-asing, isteri saya dalam ketawa berkata "Hah dah tau dah sape yang sorok dan letakkan di situ". Saya kata "Siapa". Jawabnya "Ituuu... sipemalas yang menumpang di rumah kita sejak dari dulu!".

20 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Alahai... si dia tu pun nak bergurau juga... boring agaknya tu... ha..ha..ha...

    Nasib baik dia tak ulang macam dialog P.Ramlee (madu tiga)

    " Pah... butang baju melayu aku mana... Pah...???)

    ReplyDelete
  2. salam pakdin,
    dia tolong gak letakkan atas almari..
    sok-sok dia tolong masak plak..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. si pemalas!!!!! menumpang rumah!!!!...jeng!!!..jeng!!!... sapa tu Pak Din..... meremang jugak bulu tengkok saya ni....

    ReplyDelete
  4. Paan.

    Jangan takut, dia di rumah Pak Din.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa.

    Sebenar perkara sebegini selalu terjadi sebelum ini. Memang ayahanda dah syak, memang kerja dia.

    Anak-anak ayahanda pun memang dah lali.

    ReplyDelete
  6. W'salam aku.

    Kalau tolong masak rasanya tak lalu nak makan. Entah apa dimasaknya. Tapi kalau tolong sapu laman, gosokan baju, ok juga.

    ReplyDelete
  7. muraisenja

    Sejenis Jin. Pak Din perasan bila mula-mula pindah dulu ada Pak Din nampak bayangan hitam melintas dari dapur ke bilik tidur untuk tamu.

    Semasa anak-anak Pak Din di sekolah rendah, ada sekali Along dan Adik cuba pintas dan kepung untuk menangkapnya. Tapi memang mustahil dapat. Bila Pak Din tanya apa yang kamu berdua cuba kepung tadi. Meraka kata orang hitam kat pintu dapur. Pak Din nasihatkan mereka dua beradik tu supaya jangan pedulikan dia sebab dia bukan macam kita.

    Yang Pak Din kata malas tu sebab dah beberapa kali rumah Pak Din dipecah pencuri semasa Pak Din dan keluarga tidak ada di rumah. Tapi dia tak buat apa-apa pun.

    ReplyDelete
  8. Salam ayahnda,saya dah terkena byk kali jugak,kali terakhir
    Hp yg saya letakkan kat atas meja kat dlm bilik yg kena sorok.

    Malam tu memang saya letak kat tu bngn je pg esok puas sy cari mmg tak jumpa.dah puas selongkar segala benda kat atas meja tu.Try buat miscal tapi x de bunyi pun sedangkan bateri baru cas semalam xkan dah mati.

    lepas tu sy cuba cari kat atas katil ,kalau2 tersalah letak,pun tak jumpa.dah byk kali terkena sy pun terfikir mmg ada yg nak bergurau la ni.

    sy dongak kat atas sambil kata cukuplah bergurau tu kalau nak hp tu bayar la letak duit kat atas meja tu.
    Bila saya pusing balik tengok2 dah ada elok2 atas meja.tengok2 dia off kan fon tu patutpun tak bunyi masa sy buat miscall tadi.

    lepas kena saund baru nak hantar,ha ha ha ...

    ReplyDelete
  9. Mengikut kata Dr.Harun Din,biasanya jin yg menumpang kat rumah org Islam ni jin Islam juga dia x kacau org cuma bergurau je.

    ReplyDelete
  10. cakap kat dia.. kalau malas jangan dok tumpang.. kena la rajin sikit.. sapu sampah ker.. tolong jemur baju ker.. tak pun suruh dia bayarkan bil.. heheheh

    ReplyDelete
  11. Ini Cerpen ketiga saya dlm blog.jangan lupa baca dan bagi komen.
    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/jongos-ketua-serigala.html

    ReplyDelete
  12. W'salam ijoks2009

    Sebelum ini pun ada juga dia hal tetapi barang-barang isteri. kekadang terdengar macam ayahanda panggil namanya sedangkan ayahanda berada di luar.

    Sekarang dah agak lagi dengan gelagatnya.

    ReplyDelete
  13. ijoks2009

    Ayahanda pun rasa dia ni jenis Islam sebab tempat kegemaranya adalah di bilik tidur tamu yang ayahanda jadikan bilik solat dan zikir. Kalau dia tu kafir tentu panas dan dah berambus.

    ReplyDelete
  14. mr edz

    Sebelum ini ada saya kata kalau nak duduk kat rumah ni, kamu kena jaga rumah ni. Ini tidak, kamu duduk free tapi dah berapa kali pencuri masuk pun kamu tak buat apa-apa.

    Lepas tu mungkin kebetulan, tidak ada lagi pecah masuk atau barang hilang kena curi.

    ReplyDelete
  15. ijoks2009.

    Insya Allah ayahanda akan bertandang malam ni.

    ReplyDelete
  16. Saya, kalau saya hadapi perkara seperti yang tuan hadapi, dan lebih lebih lagi ketika itu dalam keadaan cemas dan terdesak, saya akan duduk, pejam mata, baca ayat qursi dan ayat seribu dinar dan lain-lain surah sambil beristighfar dan memohon kepada Tuhan agar ditunjukkan.

    Memang mustajab dan mujarab !

    Tak sampai dua tiga kali selak, terus jumpa !

    ReplyDelete
  17. Salam Anon

    Sebenarnya saya tak terfikir pulak ada jisim lain yang sorok. Saya ingatkan saya salah pandang atau Isteri terlupa simpan kat mana.

    ReplyDelete
  18. Anon

    Terima kasih di atas peringatan. Lain kali saya akan tahu.

    ReplyDelete
  19. Salam.... Pak Din. perkara ni mmg memusykilkan... Sya sndri prnh alami waktu kluarga tggl d Kuaters Peg. K'jaan d Klang. Mcm2 d bwat nyer.... Hingga satu ketika, ikan goreng berlada yg dimsk ibu pon d soroknya!!!!!!! Musykil...musykil...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa