Saturday, November 14, 2009

TGNA Dan Tajaan

"KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama

Kata saya :

Bukan masanya!

Kekalutan di dalam kepimpinan PAS berkaitan integriti Presiden PAS berkenaan UG dan Hassan Ali belum lagi reda, PAS diasak pula oleh bai'ah. Belum lagi hilang bising kesemua isu tadi, timbul pula isu siasatan SPRM ke atas PMBK kini ditambah pula dengan isu tajaan haji kepada TGNA.

Memang bagi orang Kelantan, seseorang yang kaya dan berharta berpeluang menaja seseorang Tok Guru atau manusia yang dihormati oleh masyarakat setempat untuk menunaikan haji adalah satu perkara yang amat menggembirakan dan dipandang baik serta membanggakan. Tetapi di dalam keadaan yang pantang kain terselak, mata akan terjegil bernafsu sepatutnya TGNA tidak bersetuju dan menolak tajaan tersebut. Ini juga adalah isu yang "berpersepsi". Semua orang boleh membuat tanggapan.

Bagi Kakitangan Perkhidmatan Awam untuk menerima hamper pun dilarang inikan pula tajaan melibatkan puluhan ribu RM untuk menunaikan Haji. Apakah persepsinya menjadi elok bila TGNA adalah seorang Menteri Besar? Ketika kilat dan halilintar melanda PAS dan Pimpinannya belum berakhir dan reda, TGNA pula seolah membuka gelanggang untuk di belasah.

Di setiap Kedai Kopi dan Madrasah di Kelantan, puak-puak UMNO sudah menjaja dan melariskan isu tajaan ini. Ramai dah berbuih mulut menghentam dan banyak pula taik telinga yang menggelupur. Isu ini adalah isu logik. Masyarakat dan Rakyat akan termakan. PAS yang berdegar-degar dengan kata-kata anti rasuah, TGNA sendiri menerima pula satu tajaan yang bernilai puluhan ribu RM!

Keihklasan. Di dalam politik siapakah akan pedulikan keikhlasan?

Tapi ada juga pertanyaan di benak saya, "Adakah TGNA saja mengacah?"


20 comments:

  1. Salam Pakdin.

    Tak salah pandangan tu. Saya setuju PAS dalam keadaan dibelasah teruk, TGNA tak perlu buka ruang untuk dihentam sehingga terduduk.

    Kalau pergi Haji dgn tajaan orang, ia lebih berbahaya, dan menjadi perangkap untuk memusnahkan kredibiliti serta kewibawaan TGNA sendiri.

    Elok biarkan isu yang melewati PAS berlalu.

    ReplyDelete
  2. W'salam sdr. Brahim

    Adalah lebih elok TGNA menolak dan diamkan. Jangan didedahkan supaya dijadikan isu.

    ReplyDelete
  3. pado ambo bia la gege 1malaya takpo deh, tok guru keno saba & hok dio ngaku silap dio (ditajo ore gi buek haji tuh) bagus la weh. Dio tahu/cepat matiken cerito tak molek & kurengken kerosakan imej dio (fitnah kepado dio). Dio cepat urusken persepsi ore. Hok tu yeng kito mahu daripado pemimpin besa yeng hok laen tu. Kiro beres doh isu ni. Alhamdulillah. Semula deh.

    Hok aloh, tak reti ambo kecek klate nih weh...harap maklum!
    ...hehe.

    ReplyDelete
  4. ada pdpt mgatakan, atas rasa ukhuwah,TGNA mengorbankan diri menghadapi isu persepsi ini agar isu menghentam Hadi dpt dikurangkan.


    seketika, sy berfikir, ada logiknya.

    ReplyDelete
  5. Berisiko tinggi dihentam, tetapi mengapa TGNA seakan tenang?

    ReplyDelete
  6. Tapi yang peliknya .. ada yang duk mempertahankan tajaan tu dengan alasan TGNA adalah Tok Guru ( yg dia lupa pada masa yg sama seorang berjawatan kerajaan ! )... Bagi hamba, itu yang paling ajaib !

    Sama sama kita renung kisah berikut petikan Hadis Sahih Bukhari & Muslim dari laman http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/bagaimana-nak-hapus-rasuah-makna-rasuah.html :

    Dalam kitab ‘Riadhus Sholihin’ (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang’, hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…

    Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat.

    Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al’azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya,

    “Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!”

    Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata baginda,

    “Amma ba’du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat).”

    Rasulullah terus mengangkat dua tangannya sampai nampak putih ketiaknya, sambil bersabda,

    “Allahumma hal ballaghtu. Ya Allah! Saya telah menyampaikan.”


    Hadis di atas cukup femes. Persoalannya : Adakah tajaan akan mari semudah itu jika TGNA hanyalah seorang Tok Guru di kampung ? Lebih2 lagi tajaan itu dikatakan datang dari sebuah syarikat yang berkepentingan dalam urusan kerajaan? Ia mungkin 'hadiah' tetapi apa maknanya 'hadiah' dari seseorang jika kita seorang penguasa ?

    Usahkan dirujuk hadis, kalau tengok akta SPRM sekalipun, ianya jelas salah dan boleh didakwa ..

    Entahlah .. saya memang bingung skrg memikirkan isu ini ...

    Secara ikhlas, saya lihat ianya memang satu penangan paling hebat semenjak TGNA jadi MB Kelantan ...

    ReplyDelete
  7. Sdr. Demang

    Apa saja yang berkaitan pemberian, hadiah, tajaan dan sebagainya adalah salah dari segi moral dan GO.

    Niat, siapakah di dunia ini boleh tahu niat seseorang.

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Tapi nampak gayanya TGNA seakan merajuk. Kalau dia sedar dengan hati yang ikhlas ok.

    Tapi ini bukan lagi fitnah, dia sendiri yang mengaku.

    ReplyDelete
  9. luna

    Memang ada logiknya. Itu sebab saya katakan "Adakah TGNA saja mengacah?"

    Buat gimik alihkan isu!

    ReplyDelete
  10. Paan

    Tengok komen saya kepada luna. Gimik ajer kot?

    ReplyDelete
  11. Arnab Emas

    Saya setuju dengan pandangan arnab emas. Di dalam apa keadaan pun ianya menjurus kepada rasuah dan bukan hak.

    ReplyDelete
  12. TGNA patut cool down dan jgn jawap soalan2 perangkap secara spontan. Semenjak2 menjak ni, asyik bola tanggung jek dari PAS...

    -orang luar-

    ReplyDelete
  13. Maaf Pakdin, sekali lagi mencelah.

    Saya tertarik jugak dengan pelantikan menantu TGNA dalam anak syarikat kerajaan negeri.

    Saya rasa itu juga perlu dielakkan, sebab ia membuka ruang kepada ketidaktelusan Kerajaan Negeri kelantan.

    Masyarakat hari ini semakin celik, dan sebarang tindakan yang dilihat tidak 'mesra rakyat' akan memberi kesan kepada kepercayaan rakyat.

    Pakdin fikir camana?

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Saya naik hairan sebab kebanyakan yang ada dalam PAS sekarang orang lama dalam politik. Takkanlah mereka tidak arif tentang tipu helah politik. kekadang tu TGNA sendiri pun melatah bila dicucuk.

    Yang buat perangai pun satu hal lagi. Asyik buka peluang untuk dismash pihak lawan.

    ReplyDelete
  15. Saudara Brahim.

    Nepotisma, Kronisma mengikut sejarah tidak pernah dilarang. Rasulallah melantik sahabat, begitu juga khulafa urrasyidin pun melantik sahabat dan kerabat ke jawatan penting kerajaan saya rasa berdasarkan "Ilmu" dan "Kesetiaan".

    Di dalam dunia moden, masyarakat memang telah celik, IT dan Ilmu maka mereka bebas untuk berpersepsi. Tinggal lagi buruk dan baik. Sebaiknya TGNA elakkan diri dari melantik kerabat sendiri ke jawatan penting Kerajaan Negeri. Kerana bagi masyarakat kita "Nepotisma" dan "Kronisma" adalah dua perkara negatif.

    Dua perkara ini jika dilakukan akan menjurus kepada Pecah Amanah, Rasuah dan ketidak telusan di dalam pentadbiran.

    ReplyDelete
  16. uncle, tak da komenlah dari saya.. saja jer singgah sini tgk cerita2 terbaru :)

    ReplyDelete
  17. Mak Su

    Walau pun tak ada komen, uncle berterima kasih kerana singgah dan tinggalkan juga jejak.

    ReplyDelete
  18. Terlampau banyak cakap dan berkhutbah. Amalan sedikit, kalu ada amalan pun sekadar "ritual".

    Kisah bagaimana Umar Abdul Aziz, Imam Shafii menjaga amanah, sekadar ceriter2 untuk buat sedap berceramah.

    Lagipun zaman Nabi, Madinah tak ada konsesi balak. Ceriter ni akan berpanjangan.. jual balak pun jadi balachi Cina Seberang perai pulak tuh. Melayu jadi barua Cina always; Whatelse is new.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  19. Anonymous

    Apa yang diceritakan hanya menjadi penglipurlara dan penyedap cakap, amalnya tidak. Biasalah macam orang jual ubat, mereka jual politik.

    Dapat Balak Cina yang kaya, dapat Permit Cina yang kaya, Dapat konsesi bijih emas/timah Cina yang kaya. Itu memang perangai Melayu. Baik Melayu UMNO atau Melayu PAS, sama saja asalkan dinamakan Melayu. Mereka nak cepat kaya dengan cara yang senang. Biar pun kita dapat kuah, Cina dapat isi.

    Entah sampai bila kita nak berubah?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa