Thursday, December 17, 2009

Apa Kata Anda?

Kata-kata TGNA yang saya petik dari Malaysiakini:

PMBK ini perbadanan menteri besar. Waktu kami ambil alih, tidak ada fail apa pun dalam PMBK. Menteri besar dulu (BN) buat bagaimana, (kita) tidak tahu. Jadi, waktu ambil alih dulu, kami lantik seorang perempuan berpengalaman dari Kuala Lumpur. Dia buatlah ala kadar, kemudian dia letak jawatan.

Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang (ini) tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh, ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah.

Tahu-tahu bising pula. Tetapi saya rasa kedudukan saya benar. Jadi benar kerana LA tidak bersungut apa (membantah). Maka itulah kedudukannya.

8 comments:

  1. saya tak berapa pandai menafsir kata2 :(

    ReplyDelete
  2. mungkin TGNA tak tahu prosedur melantik menantu atau ada talian darah/perhubungan kekeluargan tu salah dlm urusan rasmi kerajaan negeri...atau dia bohong semata nak 'over' isu' ni? Entah ler..susah nak tafsir benda camni begitu menyedihkan bila terjadi...tu namanya fitnah..Yang penting TGNA harus 'repair the damage done' atas sbb lantikan tu...mungkin dgn peluutan jawatan si Arif lebih cepat isu ni diselesaikan.

    ReplyDelete
  3. Salam,


    Walau apapun alasannya, pemerintah tidak boleh mambawa masuk kaum kerabatnya di dalam pentadbiran.

    ReplyDelete
  4. Hanz

    Perlantikan itu tidak salah dari segi pentadbiran. Itulah sebabnya LA pun dan SUK tidak membantah tetapi dari segi moralnya dan politik TGNA tidak sepatutnya melakukan perlnatikan itu.

    Dari segi politik, perlantikan itu membuka ruang untuk diserang dan mendedahkan kelemahan.

    ReplyDelete
  5. Reformis Jalanan

    Untuk kesetabilan serta intergriti pemerintah dan pentadbiran, pandangan saudara pada saya adalah betul.

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah kepada Ayahanda dan Auntie sekeluarga, semoga tahun baru ini memberi keluasan rezeki dan kesihatan yang baik sejahtera dengan penuh keberkatan dari Allah SWT dan RahmatNYA.

    Persepsi saya;

    1) Hendak katakan TGNA berbohong, amat keterlaluan bagi saya kerana kedudukannya dalam Agama.

    2) Jika beliau tidak faham prosedur lantikan, mungkin betul.

    3)Andaian beliau tidak tahu tentang kesalahan melantik ahli keluarga dalam sesebuah organisasi sedangkan beliau orang nombor satu dalam Kerajaan Negeri. Amatlah mustahil. Saya yakin beliau amat memahami perkataan Kronisme dan Nepotisme.

    4)Kenyataan beliau menyatakan secara hitam putih dan sebutkan dalam mesyuarat usul perlantikan, tetapi (LA) senyap...? Ada keraguan pada saya, dan saya pasti (LA)itu bukan sebuah patung lilin. Dan beliau pasti bersuara.

    5)Pendekatan lama menyatakan jika tiada suara mahupun bantahan adalah tanda setuju, dah tak boleh pakai lagi. Sepatutnya TGNA mendesak bertanya pendapat LA dan komiti mesyuarat, kerana ianya melibatkan kronisme. Jika semua bersetuju, maka kesalahan bukannya ditanggung oleh beliau seorang.

    Rumusannya,

    1)Beliau tahu akan kesalahan "conflict of interest" dengan melantik menantunya.

    2)Mungkin dengan ketiadaan sesiapa yang boleh dipercayai ketika itu, beliau mengambil risiko dengan harapan adanya penambahbaikkan dalam PMBK.

    3)Kesudahannya adalah satu isu besar yang terjadi hari ini. (saya tak mahu sebutkannya kerana hingga kini saya tak tahu siapa benar dan siapa salah antara kickdefella, Arifahmi dan Husam Musa - jika hanya berdasarkan cerita blog, susah juga, walau ada hearsay sebaliknya, sebab itu saya tidak pernah ulas isu ini dalam blog saya.)

    Cadangan saya:

    1) Pecat Arifahmi serta merta.
    2) TGNA harus nasihatkan anak perempuannya dan menantunya supaya jangan melalak melalut lagi dalam blog. Tutup mulut.
    3)Jika di pihak yang benar, kemukakan saman pada Kickdefella dengan kadar segera.

    Sekian terima kasih.
    Isa

    p/s: terima kasih juga kerana update url link saya.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa.

    Perkara itu terjadi di dalam mesyuarat yang kita tidak pernah pun baca "minitnya". Semuanya telahan dan andaian.

    Pendirian ayahanda juga sama dengan Isa. Kalau ayahanda sentuh pun hanya secara umum sebab antara Husam, Ariffahmi dan kickdefella kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong.

    Semua cadangan anakanda itu ayahanda sokong demi menjernihkan keadaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa