Thursday, December 17, 2009

Di rancang Atau Kebetulan?

Kekusutan dan kemelut yang melanda pemerintahan TGNA di Kelantan masa kini adakah kebetulan atau dirancang dengan rapi oleh musuh politik di dalam atau di luar PAS? Amatlah malang bagi TGNA dan PAS Kelantan sekiranya segala onar yang berlaku sekarang adalah rancangan pihak-pihak dalaman PAS sendiri.

Namun tidak siapa pun akan kehairanan sekiranya ini adalah perancangan oleh musuh politik PAS di Kelantan iaitu UMNO untuk menjatuhkan pemerintahan PAS di Kelantan. Itu adalah adat bagi mana-mana wadah politik yang bermusuh.


Kekeruhan dan gelora politik PAS Kelantan dan TGNA bermula dengan teguran TGNA terhadap perancang UG dan Muktamar Khas. Selepas itu timbul pula masalah Tajaan Haji. Seterusnya isu perlantikan Ariffahmi (menantu beliau) sebagai CEO PMBK meledak apabila Blogger kickdefella meletak jawatan. Kemudian timbul pula isu MPKB-BRI. Dan yang terbaru muncul pula masalah Bazaar Tok Guru. Lepas itu hebuh pula isu Tanah Kubur serta tanah di mana letaknya Stor dan Bengkel MPKB-BRI dijual kepada satu syarikat kroni kononnya untuk dibangunkan.

Semua kemelut ini nampaknya mungkin akan melemaskan TGNA dan PAS Kelantan untuk menanganinya dengan bijaksana. Atau kalau gagal, adakah ianya adalah Takdir yang sememangnya lumrah putaran sejarah terjadi?

Kalau ditanya saya, memang saya di dalam keraguan!

6 comments:

  1. assalammualaikum

    salam maal hijrah
    moga tahun baru membawa realiti baru yang lebih baik

    ReplyDelete
  2. Wa alaikumussalam a kl citizen

    Terima kasih dan begitu juga doa serta harapan saya terhadap saudari dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah membuka jalan penyelesaian kpd Isu ini.
    Rakyat dah letihdan sedih melihat Tokguru mghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dlm sejak memegang jawatan MB.

    ReplyDelete
  4. ijoks2009

    Ayahanda rasa memang ada kecuaian di pihak TGNA. Maka mereka yang menunggu peluang mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  5. BurtalSolo

    Terima kasih, dan Selamat Tahun Baru Hijrah juga ayahanda ucapkan untuk anakanda BurtalSolo.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa