Monday, January 25, 2010

Kes Aduka

Blogger Aduka Taruna memberikan kerjasama kepada Polis untuk membantu siasatan dengan menyerah diri di IPD Kota Bharu jam 7.00 petang tadi dan akan direman esok pagi. Saya dapat berita dari Topeng Perak yang mengiringi beliau. Pink Turtle dan Tok Gawa juga ada bersama.

Berita tambahan :

Beliau akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu jam 9.00 pagi sebelum dibawa ke Bukit Aman. Kami Bloggers Kelantan bersepakat akan hadir untuk memberi sokongan moral.

16 comments:

  1. kita tengok
    apa nak jadi
    mintak mintak yg ni pun GUTTER MALAYSIA dan pierre lim

    sama di bawa ke balai

    ReplyDelete
  2. Salam



    semoga keluarga nya selamat

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa melayu... tak der telor... berani tunjuk kuasa pada melayu jer... kalau kes Namewee tu lagi berat sebab membabitkan maruah negara pada org luar... boleh pulak dia maafkan... memang dasar pembohong... konon membela melayu...

    kes kecil macam ni pun macam besar sangat... kes lagi besar di sorokkan...

    ReplyDelete
  4. Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Kalau dua orang ini terlepas, memang tidak ada lagi keadilan!

    ReplyDelete
  5. W'salam pB

    Keluarganya sudah membuat laporan Polis dan minta perlindungan bimbang apa-apa akan terjadi.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Kita hanya boleh membantah dan komen. Yang berkuasa adalah mereka. Tapi kenapa dengan bangsa lain mereka cukup berlembut?

    Nasib orang kita.

    ReplyDelete
  7. Terkejut & sedih juga dgn berita ni. Sejak sebulan ni dah pasif blogging, tiba-tiba rakan maya AT as we all know him, di'kehendaki' oleh pihak berkuasa.

    Are Sultans & Rajas untouchable, invincible to rules, laws or even critics? Adakah tahap mereka begitu tinggi spt dewa pujaan/ dewata etc. hingga tak boleh dikritik oleh rakyat yg kecewa dgn kerenah bangsawan ni?

    Makian, kutukan mungkin tak sesuai untuk membetulkan keadaan yg pincang ...tapi apalah sgt yg termampu rakyat, khasnya Melayu yg sentiasa setia kpd Rajanya, buat bila mereka tertindas, spt tak dibiarkan selama hari ni? Adakah mereka di ats sana sudi menerima 'sembah derhaka' rakyat spt kita bila perlu?

    ReplyDelete
  8. bagi saya sedangkan orang yang hidup pun kita tak boleh ngumpat(ada masa boleh ngumpat) inikan pulak orang yang meninggal.. tapi dia ada tulis benda tak elok ker? cuma bahasa jer di kategorikan sebagai biadap.

    ReplyDelete
  9. lainkali jangan cerita benda betul, cerita yang tak betul sahaja kalao nak selamat....Dunia...Akhirat? sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  10. saya pun berdebar sejak AT ditangkap. mmg dia kasar tp dia meluahkan apa yg org lain tak luahkan. wpun bkn smua yg dia tulis tu betul,tp keberanian dia tu takde pd org lain. dia kasar,tp dia x mencarut2 mcm blogger UBN.

    ReplyDelete
  11. Hanz

    Uncle pun terkejut bila membaca yang polis Johor membentuk Task force untuk kes ini. Pada awalnya uncle rasa tidak selesa dengan n3 dia itu. Rupanya membawa padah akhirnya.

    Dari segi manusia untouchable ni susah nak kata dan memang tak boleh kata apa pun sebenarnya. Cuma tunggulah apa takdirnya nanti. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

    ReplyDelete
  12. mr edz

    Bagi Pak Din hanya bahasanya sahaja yang agak biadap. Sebenarnya itulah gaya penulisannya sejak dulu.

    ReplyDelete
  13. Anonymous

    Kalau cerita yang tak betul, sekiranya orang anggap betul, kita pula yang berdosa nanti. Akhirat nombor satu dan dunia nombor 14 bagi yang ingatkan mati dan Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  14. W'salam ann

    lama hilang? Harap ann sihat dan gembira.

    ReplyDelete
  15. luna

    Walau pun dia berkata benar cuma silap dari segi pengunaan bahasa saja yang tidak wajar, ramai menganggap dia biadap dan kurang ajar serta penderhaka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa