Sunday, January 24, 2010

Kesal Dan Bimbang

Tumpang sepiring dari blog sahabat edyesdotcom

Tulisan kritis dengan bahasa yang beridentiti sendiri beliau mengagumkan saya. Tetapi di masa yang sama saya juga merasa kesal dan susah hati sebagaimana beliau (Aduka) di atas keterlanjurannya.
Yang susahnya kemungkinan permohonan maafnya tidak diterima dan sekiranya ada tindakan susulan, akibatnya nanti beliau terpaksa tanggung sendiri. Inilah risikonya berblog dengan kurang cermat.

Saya juga berdoa semuga beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

24 comments:

  1. betultu..selalunya bila dah minta maaf diterima..ini karena jika diangkatpun yang dituntut permohonan maaf secara terbuka..

    ReplyDelete
  2. Uncle MD,

    saya risau nasib sahabat kita sorang nie.. jadi saya timbulkan satu lagi entri yang meluaskan skop.

    supaya tidak nampak macam AT sahaja yang radikal (walaupun dia top list lah)

    cuba uncle pahami entri saya yang lattest... serampang 2 mata...

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    walaupun tidak mengenali secara dekat, tulisan beliau yang kritis telah merosakkan diri sendiri.

    tumpang simpati, tetapi saya melihat dari sudut yang berlainan, kerana ianya menyerlahkan sifat PHD orang melayu sendiri.

    Jika di amati, yang membuat laporan polis terhadap beliau adalah dari puak2 umno.

    Juara penderhaka dan pembela Raja2.

    ReplyDelete
  4. saya rasakan apa yang cuba disampaikan dientry ini dan saya berfikiran yang sama...

    moga dia selamat dan setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  5. pak din,

    bagi saya selagi kita bercakap atas landasan kebenaran tak ada apa yg perlu kita takutkan... cuma kadang2 caranya berbeza.. dlm islam 6 keadaan yg dibolehkan kita mencerca seseorang itu. dan dalam kitab melayu pula ada berpesan raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah.
    p/s ini bukan kulup sakah ini isteri kulup sakah... nama saya raja rohaisham sbb ada org kata suami saya guna nama saya... kami tak berselindung dengan nama org lain betul tak pak din... kita tunjuk muka kita sendiri ... tak ada rahsia... ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Cuba baca balik tulisan media semasa Mahathir hendak mencantas kuasa raja-raja dulu.

    Rasanya entry Aduka tidak lah se bisa apa yg Utusan dan Berita Harian tulis masa dulu tu.

    UMNO bukan saja tidak buat laporan polis masa tu, malah lebih meng-api api kan lagi!

    ReplyDelete
  7. Mungkin boleh dirujuk kesemua tulisan Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 1993 semasa UMNO meniup kebencian terhadap raja-raja terutamanya Sultan Johor. Rasanya apa yg para pemimpin UMNO ucapkan masa itu adalah jauh lebih biadap.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  8. dia penah kutuk isteri nabikn? nak simpati?... hehehe ....gonjol.. genetik melayu yg stupid ( pinjam kata2nya)... mungkin dia sedang tergelak kpd yg simpati dgnnya...

    ReplyDelete
  9. salah tetap salah... tapi takkan tiada kemaafan... AT tak hina pun sultan cume tulisannye kasar... itu yg saya faham tulisan die... tapi takleh la kasar sangat... kita masuk ke fasa ke2 iaitu tiada kemaafan ke?

    ReplyDelete
  10. asalamualikum ayahnda
    di sudah minta maaf satu tindakan berani meminta maaf..
    alangkah bagusnya dia buat kenyataan akhbar memita maaf kepada rayat johor

    ReplyDelete
  11. bahasanya mmg kasar cuma kali ni sudah mencapai had nya. tp bila 2 kali baca entry nya tu, dia ada pointnya yakni, mmg sebaik2nya jenazah diuruskan segera..

    apapun..bahasanya mmg keterlaluan..

    hmm..

    ReplyDelete
  12. Salam Pakdin,

    Saya selalu gak membaca pandangan kritis Aduka, tapi artikel tempoh hari agak melampau.. Apatah menyentuh individu yang telah (baru) meninggal dunia..

    Saya harap dia lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  13. bawean termenung

    Itu terpulang. Sama ada beriman atau Islam sahaja!

    ReplyDelete
  14. Edyes.

    Uncle dah baca dan tinggalkan komen. Bagus! Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda Isa.

    "menyerlahkan sifat PHD orang melayu sendiri"

    Ayahanda setuju dengan di atas. Yang disebelah sanalah yang mengajar menjadi kurang ajar. Cuba sorot kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini. Krisis perlembagaan dan sebagainya. Tetapi kenapa tidak ada siapa pun didakwa di sebelah sana?

    ReplyDelete
  16. ummu asiah

    Apa yang saya faham ialah, "kenapa disimpan Jenazah lama cuma dengan alasan menuggu pembesar balik dari luar negara"

    siAduka mengkritik tentang itu cuma dalam gaya bahasa yang tidak menyenangkan.

    ReplyDelete
  17. Puan Sham

    Dalam masyarakat kita ada yang tidak boleh ditegut dan ada yang menerima teguran dengan dada yang terbuka. Jadi siPenegur mestilah berlapang dada akan tindak balas dari yang ditegur walau pun menegur adalah wajib.

    Mengur adalah hak kita sebagai Muslim sebagaimana perintah Allah di daslam Surah Al'Asr. Tetapi tegurlah dengan berhimah, tertib dan beradab.

    Kesilapan Aduka hanyalah dari segi bahasa yang digunakan. Menghina atau tidak bergantung di atas persepsi yang menerima teguran.

    ReplyDelete
  18. Anonymous 1

    Saya setuju. Kenapa tidak ada siapa di antara orang-orang UMNO yang marah dan bantah?

    ReplyDelete
  19. ir Anon

    Memang benar. Memang pedih tetapi tidak ada siapa pun peduli kecuali PAS dan S46

    ReplyDelete
  20. Anonymous 2

    Mungkin betul dan mungkin juga tidak. Takut mungkin ada!

    ReplyDelete
  21. baginda®

    Uncle setuju. Bahasa sedikit menyakitkan kepada yang terkena.

    ReplyDelete
  22. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Memang dia berani dan satu cadangan yang baik.

    ReplyDelete
  23. Luna

    Saya pun berpandangan yang sama. "sebaik2nya jenazah diuruskan segera"

    ReplyDelete
  24. W'salam Sdr. Brahim

    Dia sudah pun menyesal dan mohon maaf. Apa pun selepas ini mungkin dia lebih berhemah di dalam penulisannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa