Thursday, February 25, 2010

Apa Sudah Jadi?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Apakah slogan itu mencerminkan tindakan dan pelaksanaan sebenar kerajaan? atau apakah ianya hanyalah retirik politik?

Kalau setakat nak bercakap tapi tak buat, yang lebih malang ialah
bercakap tetapi tidak tahu apa yang dicakapkan. Burung Tiong pun boleh!

Dibawah adalah
petikan dari blog GB, izinkan saya. Baca sepenuhnya di sini

Norizan kemudian memutuskan menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.

Sikap sombong wakil Hishammddin iaitu Setiausaha Kanannya, Azmi terhadap kedatangan Norizan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang menimpanya tahun lalu nyata mengecewakan mangsa.

Bagaimanapun, Norizan yang hancur pergelangan tangan dan sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang kerana ditembak lima das tembakan serta patah tulang rusuk akibat dipijak polis tetap mendesak Hishammuddin untuk tampil memberikan penjelasan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Saya memang tiada sebarang rekod jenayah dan saya hendak tahu alasan kenapa saya ditembak. Bila datang sini saya kesal santag, sepatutnya jawab atau siasat beri penjelasan sehingga saya puas hati. Tetapi mereka diam, saya harap mereka dapat jumpa saya atau jalankan siasatan,"katanya.

Mengiringi Norizan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO.

Sementara itu sikap sombong setiausaha kanan KDN itu diselar mereka dengan menyifatkan slogan Najib, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah omongan kosong kerajaan pimpinannya.

"Sekali lagi kita nyatakan bahawa mangsa, norizan Salleh lima kali ditembak oleh polis, selepas ditembak ditendang sehingga tulang rusuk patah. Kita telah pergi ke Bukit Aman, pergi ke SUHAKAM dan membuat laporan polis. Tetapi tiada tindakan diambil terhadap penjenayah-penjenayah polis yang menyerang Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang tidak bersalah,"kata peguam,N. Surendran.

"Sangat kecewa dengan Setiusaha kanan, Azmi kerana tidak ada sifat mesra rakyat langsung. Saya percaya beliau tidak tahu sedikit pun tentang kes norizan, sekurang-kurangnya beliau mendengar kes Norizan ini dahulu, sebelum beliau membuat tindakan dengan sombong tadi. Ini tidak mencerminkan apa yang dilanung-laungkan Perdana Menteri sikap mesra rakyat, rakyat diutamakan, memang tidak ada. Tiada langsung slogan yang dikatakan mesra rakyat,"kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

6 comments:

  1. asalamualikum ayahnda

    betul la tu ayahnda

    rakyat didulukan pencapaian dutamakan ( baca la macamanapun } apa apahal rakyat dulu la

    ReplyDelete
  2. kepada Norizan...
    sabar banyak2...anda harus buat repot polis, ada saksi dan kena angkat sumpah dimasjid dulu.
    perlu di ingat, mahkamah sudah tidak guna lagi surat kenyataan doktor tetapi keterangan saksi yang penting.
    ingat tu..SUMPAH DAN KETERANGAN SAKSI PENTING, surat doktor apa barang bebb..

    ReplyDelete
  3. Jika kita dizalimi, mengadulah pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih, dan Maha penyayang. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijabnya.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.

    Slogan menipu rakyat beretorik politik.

    ReplyDelete
  5. ros

    Cadanganv ros tu betul. Tak payah nak harapkan Mahkamah mereka.

    ReplyDelete
  6. Nana Tanjung

    Cadangan yang bernas dan sahih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa