Thursday, February 25, 2010

Dah Tersampuk Ke Budak Nih?

Apahal pula ni?

Sheikh ni merapu tak tentu hala. Mamai kena pecat ke sehingga menyerang dan speculate tak bertempat? Aduhai manusia. Dulu kata hormat sangat kat TGNA, sekarang bila gaduh dengan Ariffahmi, orang tua itu pun dipijak kepalanya.

Dah jadi Tok Nujum atau dah bertukar menjadi Dajal? Biarkan Mustapha Mohammad dan Awang Adek saja sudahlah mendajalkan Rakyat Kelantan. Kamu tak payah bertukar spesis

Khabar sedih berlegar-legar di Singapura berhubung kebiadapan YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terhadap KDYMM Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra.

Tuanku Ismail Petra yang gering sudah hampir sepuluh bulan sudah beransur pulih tetapi masih mendapatkan pemerhatian di Hospital Mount Elizabeth di Singapura. Pada awal tempoh rawatan Tuanku di Singapura, hampir setiap minggu wakil Kerajaan Negeri akan mengambil giliran mengadap dan melihat keadaan Tuanku. Bagaimanapun, perkara ini sudah tidak lagi berlaku.

Lebih sedih lagi apabila Tuanku sendiri bertitah terus kepada Tuan Guru Nik Aziz supaya datang mengadap dan Tuan Guru telah tidak mengendahkan titah Tuanku.

“Rakyat Kelantan perlu tahu bagaimana MB begitu menghinakan Tuanku begitu sekali,” begitulah kata-kata yang keluar dari salah seorang kakitangan Istana Kelantan yang sudah hampir sepuluh bulan berada di Singapura.

Sementara itu, menurut kerabat terdekat Tuanku, “Setelah dititahkan oleh Tuanku sendiri untuk mengadap, masih tak mari. Lepas tu announce pulok medical conditon yang tidak tepat!”.

“Nak tepat macam mana tak mari ziarah Tuanku,” tegas kerabat terdekat itu lagi.

Bagi pihak yang terbabit, Nik Aziz telah banyak menipu dalam hal Tuanku.

Bila saya bertanya kali terakhir Tuan Guru Nik Aziz mengadap Tuanku di Singapura, jawapan yang saya terima amat memeranjatkan iaitu, “Lebih kurang 6-7 bulan dahulu.”

Daripada cerita-cerita di Kelantan pula, perkiraan yang boleh dibuat Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi mengadap Tuanku semenjak akhir 2009 lagi.

Kacang lupakan kulit : Nik Aziz mungkin sudah terlupa, Baginda lah yang perkenankan perlantikan Nik Aziz Sebagai MB.

Sejak Al Sultan Kelantan dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, tahta Kelantan di pangku oleh Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faris Petra.

Umum mengetahui terdapat sedikit pergeseran di antara Tengku Mahkota dan bondanya, DYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan. Bagaimanapun ianya harus dilihat sebagai masalah kekeluargaan dan adalah amat bacol bagi mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh di dalam isu kekeluargaan pihak lain untuk kepentingan politik mereka.

Di akhir 2009 dan awal 2010 lepas Tuan Guru Nik Aziz telah membuat beberapa kenyataan terbuka berhubung keadaan kesihatan KDYMM Al Sultan Kelantan dan termasuk mendedahkan keadaan terperinci fizikal Tuanku.

Tindakan Tuan Guru ini amat menyedihkan kerana segala butiran berhubung Tuanku sepatutnya diuruskan oleh Pejabat Istana dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri. Lebih menyedihkan ialah butiran yang didedahkan oleh Nik Aziz adalah butiran lapuk dan tidak lagi tepat.

Selepas ditegur oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan di dalam akhbar, Nik Aziz pula mengadu sakit dan beberapa hari terpaksa bercuti sakit.

Namun malangnya, setelah pulih dari sakit, Tuan Guru Nik Aziz telah dilihat mula memihak kepada YTM Mulia Tengku Mahkota Kelantan di dalam pergeseran Kerabat DiRaja Kelantan.

Tengku Mahkota Kelantan adalah Pemangku Raja, baginda perlu diberi sepenuh taat setia dan adalah menjadi tanggungjawab Menteri Besar memberi sepenuh kerjasama. Namun begitu, Al Sultan Kelantan bukan orang luar sebaliknya, Ayahanda kepada Tengku Faris Petra. Umum juga mengetahui betapa sayangnya Tengku Faris kepada Ayahanda baginda.

Lebih dari itu, Ayahanda Tengku Faris masih lagi Al Sultan Kelantan dan masih hidup. Menghina Ayahanda baginda dan apalagi Ayahanda baginda masih Al Sultan Kelantan tentu sekali mencalar kedaulatan Istana Kelantan.

Menderhaka kepada Al Sultan Kelantan, tentu sekali menderhaka kepada tahta yang dijunjung.

Yang tua sepatutnya menasihati yang muda. Yang berilmu agama tinggi, mengajar yang sedang menambah ilmu. Bukan menjadi duri yang menghiris dan menambah keperitan yang sedia ada.

Tuan Guru Nik Aziz yang mengetuai kerajaan yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab memberi penjelasan dengan tepat mengapa beliau memilih untuk menderhaka titah KDYMM Al Sultan Kelantan.

Atau mungkin, seperti Dato’ Seri Nizar, bekas Menteri Besar Perak, Nik Aziz telah angkat sembah mohon derhaka? Kalau benar begitu, rakyat juga harus tahu, di mana dan bila.

Tuan Guru Nik Aziz perlu memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan yang setia kepada institusi Raja.

Hanya YB Dato’ Haji Husam Musa yang dilaporkan masih berhubung dan sering bertanya khabar Tuanku di Singapura.

Sumber dari sini

22 comments:

  1. mana lebih besar derhaka kat sultan ker derhaka kat ibubapa?

    ReplyDelete
  2. Apa punya Pak sheikh ni lah...dah meraban ka.....

    pak Sheikh...Pak sheikh....jangan sasmpai kami 'terajang kau pulak"

    ReplyDelete
  3. kadang kala kita terlupa bahawa, semua manusia adalah sama di sisiNya. Yang membezakan kemuliaan seseorang itu ialah ketakwaannya kepada Allah. Jangan kita memperbesarkan hal-hal yang kecil hingga terlupa kepada hal yang lebih besar.

    ReplyDelete
  4. jawapannye ibubape...

    nanti kawe tanyo2 orang kelate apo cerito yg berlaku kek kelate nih... kawe masih tak bapo pahe.. sebabtu kawe tokseh ngulas gapo2...

    chewah.. unce cane bahse kelate kawe...

    ReplyDelete
  5. lebih besar derhaka kepada Allah..sheikh ni yang lupokan kulit..sekarang baru nampak dia punya wajah sebenar setelah lama menyamar..

    ReplyDelete
  6. mana lagi mulia Nik aziz ke sultan kelantan? da da da lu pikir laa sendiri..

    ReplyDelete
  7. aku tak paham.ibu bapa nik aziz tak bagi ke nik aziz lawat sultan?

    ReplyDelete
  8. is it from a trusted source?

    ReplyDelete
  9. Sheih pun guna berita dari 'sumber' dia. Boleh pakai ker?

    Sebelum ni dlm kes PMBK, Sheih sendiri dapat dokumen2 berkaitan, yg memberi bukti akan tuduhan yg dilontarkan.

    Sejak bila pula kita akan percaya kepada berita yg hanya bersandar pada 'orang itu kata'?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Saya cuba utk meninggalkan komen dkt blog kickdefella recently pasal post dia yang terbaru, tapi tak keluar, mungkin sebab saya tak kasi alamat email yang betul atau sebab dia tidak blh menerima kenyataan.

    Dalam komen itu saya menyatakan:

    1. entri yang terbaru ini mula sudah menunjukkan kepincangan atau ketidak-ikhlasan penulis dalam memperbetulkan keadaan. Entri ini lebih menjrus kepada menjatuhkan TGNA dari membetulkan kepincangan yang blh mencacatkan rekod bersih TGNA.

    2. saya menyatakan bahawa, TGNA mencari keredhaan ALLAH, bukan Keredhaan Manusia di dunia ini. TGNA ingin menjadi Khalifah di mukabumi ini berdasarkan apa yang diajar dalam Islam, bukan khalifah melayu.

    3. Apakah benchmark yang digunapakai oleh en. sheikh dalam memberi komen/atau teguran kepada TGNA? tidak nampak bahawa en. Sheikh AZIDI mempunyai satu benchmark yang bagus. Ini kerana, tiada kata-kata yang menegur pemimpin2 lain yang amat mewah? Tiada kata-kata komen diberikan kepada Mat Hassan 10 Juta?

    4. Saya nyatakan di sini bahawa, TGNA adalah org yang benar-benar percayakan pada hari kiamat dan hari pembalasan. Jgn kita asyik berpegang bahawa syurga/neraka itu adalah hak Allah. Telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa semua perbuatan di dunia ini ada balasanya di Akhirat, usahlah hanya berpegang bahawa Allah itu Maha pengasih, kerana Allah hanya kasih kepada org yang taatkanNya.

    ReplyDelete
  11. mr edz

    Patuh kepada Ibu bapa adalah mutlak selain keutamaan perintah Allah.

    ReplyDelete
  12. Din Kajang

    Dia ni bukan setakat nak terajang, nak jadikan punching bag pun boleh. Badan dia memang sesuai!

    ReplyDelete
  13. Nana Tanjung

    Memang sebenarnya ramai manusia di dalam kealpaan. Jadi sama-samalah kita ingat mengingati sesama muslim.

    ReplyDelete
  14. Baginda

    Boleh tahan dan boleh faham. Kira oklah tu.

    Nampaknya musang di reban ayam sudah mengembalikan rupanya yang sebenar.

    ReplyDelete
  15. baduk

    Amat tepat dan benar sekali nampaknya.

    ReplyDelete
  16. Anonymous

    Kemuliaan di sisi Allah adalah manusia yang taqwa. Hah... fikirlah!

    ReplyDelete
  17. Anonymous

    Soalan tu saya pun tak faham....

    ReplyDelete
  18. Anonymous

    "It is from a trusted source"

    Kalau benar kita tunggu dan lihat. Walau apa pun mempunyai keraguan yang tinggi.

    ReplyDelete
  19. faissal fahimi

    Tak apa saya publish kat sini.

    Allah Maha Mengetahui segala-galanya tiada pengecualian. Kebaikan dan Hukuman Allah sedia menanti pada bila-bila masa.

    Kalau pun nak manikkan Husam, tak payahlah nak melagakan mereka berdua.

    ReplyDelete
  20. Anonymous

    Orang itu kata...

    Kita tunggu dan lihat. Menjadi kenyataan atau bohong penyedap mulut.

    ReplyDelete
  21. kita sebagai orang terpelajar, kalau nak letak sebarang entry, sila rujuk yang benar. jika tak sia-sia anda dapat dosa free... kalau nak letak sesebuah entry dalam blog, sila buktikan dahulu kesahihan.
    kita sebagai penyampai maklumat harus memberi yang benar. jika tidak dikira menyebar fitnah.

    "fitnah itu lebih besar dari membunuh."

    maaf la jika ada yang teringgung. wasalam. :)

    ReplyDelete
  22. kita ni kalau nak memburukkan seseorang. kita kena sahihkan dulu kenyataannya.

    jika x benar, sengaja kita membawa dosa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa