Tuesday, March 2, 2010

Adakah Sekadar Penyedap Hati?

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menganggap tindakan keluar parti beberapa individu daripada PKR merupakan gerombolan ‘Virus Trojan’ yang akan memberi kemusnahan dahsyat kepada Umno/BN.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata, kumpulan virus itu akan memusnahkan Umno/BN dari dalam sekaligus menamatkan pemerintahan 50 tahun mereka.

"AMK Selangor berharap Umno/BN tidak usah mendabik dada tetapi ingatlah ‘Virus Trojan’ ini akan memusnahkan dan memecahkan bahtera Umno/BN yang semakin bocor di sana-sini," katanya melalui satu kenyataan.

Selain itu, AMK Selangor juga turut mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen yang keluar parti meletakkan jawatan segera kerana telah mengkhianati amanah rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Jika individu terbabit masih mempunyai maruah dan harga diri, jelasnya, mereka juga dicabar untuk menyertai pilihanraya kecil dengan mewakili parti mereka masakini.

"AMK Selangor mengulangi amaran bahawa ‘sumpahan keramat’ rakyat kepada wakil-wakil rakyat yang mengkhianati amanah rakyat yang mereka pilih akan menghantui sepanjang kehidupan mereka," tambahnya lagi.

Dari blog pakaiakai

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa