Tuesday, March 2, 2010

Sumpah Seranah Pada Tempatnya

Mengikut tuan epunya blog dia mohon maaf kerana sumpah seranahnya di n3 ini, tapi saya berkenan pula!

Moga roh adik Syafiah Humairah Sahari tenang di sana. Al-Fatihah.

Aku ada entri lain sebagai permulaan bulan Mac ni. Tapi aku rasa entri ini lebih penting.

Aku dah tak tahu apa lagi kata-kata cacian dan makian yang boleh aku hamburkan di sini. Semuanya aku dah seranahkan masa tengok berita utama di tivi dan masa baca paper. Dah penat. Penat fikir mana hala letaknya otak, akal, hati, dan perasaan mereka yang celaka-jahanam-laknat-bangsat ini. Layak jadi Zionis. Penat juga menangis meratapi nasib si kecil yang baru sekejap merasai nikmat dunia. Tapi azab pula yang menimpa. En. Suami kata, “Tak payah nak nangis beriya-iya. Mak dia pun tak nangis macam Sayang.”

Ya. Si emaknya la dalang utama. Tahu beranak tapi tak tahu nak jaga anak. Anak kau dah lebam sana-sini, takkan kau tak perasan? Nak kata buta, aku tengok elok je celiknya. Serius aku musykil. Ke kau cuma peduli nak puaskan nafsu si celaka-jahanam tu je? Lepas tu buat muka kesian macam kau tak bersalah. Mintak perlindungan dari JKM. What the f*&k?! Kalau aku jadi Shahrizat, buang masa la nak layan orang bodoh bingai macam kau. Menyusahkan orang lain lagi ada la.

Jiran keliling pun sama. Tak ambil peduli dan tak mahu ambil peduli. Bila budak tu dah tak ada, baru nak canang cerita sana-sini. Baru nak bukak mulut, “Oh, saya pernah nampak suspek tampar mangsa”. Bullshit! Masa kau nampak, kau buat apa? Diam peluk tubuh je ke? Takat soseh-soseh dengan jiran-jiran lain, takde pekdah la. Bukan boleh selamatkan budak tu pun. Darn!

Tapi aku rasa, the whole family pun memang dysfunctional. Kut family yang elok, tak adanya korang nak bagi anak and cucu-cucu korang dijaga oleh seorang lelaki yang belum sah jadi menantu korang lagi kan. Entah apa la si keparat tu dah sogokkan korang sampai korang buta segala-galanya. Aku haram tak kesian langsung dengan korang. Aku cuma kesian dengan budak tu yang dapat family macam korang.

Dah aku dah penat. Nak tulis entri ni pun aku jenuh nak tahan sebak. Aku saja tak nak tulis pasal si celaka-jahanam-keparat tu sebab nanti banyak lagi caci maki yang keluar. Ni pun dah bertimbun aku rasa. Dah kurang lagi pahala aku yang dah sedia kurang.

Nota kaki: Maaf kerana kamu semua kena membaca kata-kata kesat dalam entri kali ini. Nafsu amarah tengah membuak-buak.

Dari sumber: my story, my life

p/s tambahan: Mengikut kata jiran, sejak mengenali pasangan tersebut awal tahun lalu, mereka pernah bertanya kepada bapa suspek mengenai status hubungan mereka.

“Ketika ditanya, bapa suspek yang tinggal sekali di rumah itu berkata, dia mengaku telah menikahkan mereka.

“Selepas itu, kami cuba meminta bukti hubungan mereka, namun keluarga terbabit tidak memberi kerjasama dan hanya cuba meyakinkan penduduk melalui percakapan,”

Apa maknanya semua ini, susah sangatkah untuk mengeluarkan sijil nikah jika benar pasangan ini telah dinikahkan.

Sumber dari best1of4

4 comments:

  1. garang uncle... mak dia PUN salah.. tapi nampaknye media cuba membacking kesalahan mak dia dan mengutuk lelaki sahaja... ini mesti kerja SIS...

    ReplyDelete
  2. baginda®

    Memang uncle geram dan teramat marah. Bayangkan penderitaan seorang budak berusia tiga tahun hidup di samping syaitan-syatan ini.

    Takkanlah tak ada manusia di kalangan Ahli Keluarga yang mencegah atau Jiran yang membuat laporan?

    Kalau tak mahu ganggu rumah tangga orang pun buat repot. Bodoh dan tak ada perasaan punya masyarakat!

    ReplyDelete
  3. mountdweller

    Biarkanlah SIS dengan angan Nerakanya!

    ReplyDelete
  4. Salaam Sdra Fakharudin,

    Semoga balasan laknat ALLAH SWT buat mereka yang mendustai amanahNya.

    Salaam Persaudaraan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa