Wednesday, March 3, 2010

Ikan Dari Langit?

Bagus juga dapat ikan free. Kat sini ikan dah mahal sebab ke'baghalan' yang menjaga hal-ehwal Pengguna.

GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.

LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.

"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.

"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.

"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.

Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.

Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.

"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.

Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.

Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.

Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.

Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.

"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.

"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon. - Agensi

Kosmo

6 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Itu hanyalah fenomena alam... bagi membuktikan kekuasaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, maha suci Allah!!!

    Mak ana cakap dulu masa zaman jepun terpaksa makan ubi kayu pun ada terjadi dedaun yang gugur dari pokok jatuh ke dalam air parit bertukar jadi ikan sebagai sumber protin umat Islam yang ditimpa kesusahan.

    ReplyDelete
  3. W'salam Isa

    Dalam pada itu pun ramai lagi makhluk yang bernama manusia yang memperlekehkan Allah dan Hukumnya.

    ReplyDelete
  4. Sdr. hamdan basiran

    Semuanya di dalam kekuasaan Allah. Allah kata "Jadi" maka 'Jadilah'

    Sdr. hamdan basiran ada kena mengena dengan Almarhum Penglima Kiyai Salleh tak?

    ReplyDelete
  5. Spangled Perch melanda Australia? Tak kaji dulu ke ikan tu berpenyakit sebelum dimakan? Mungkinkah ikan lari daripada gangguan

    Sesuatu kejadian boleh menambahkan keimanan individu Islam atau boleh memberi sebab hidayah kepada individu bukan Islam. Atau ia boleh menjauhkan lagi individu yg tak caya Allah.

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Mungkin mereka di sana tak macam kita, pakai terus makan jer.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa