Wednesday, May 19, 2010

Kalaulah Benar, Alhamdulillah

Majoriti Rakyat Kelantan akan menyambut dengan gembira sekiranya desas-desus ini menjadi kenyataan. Hakikatnya rakyat telah jemu dan jelik dengan kekalutan dan pelbagai kerenah di sebalik pagar Istana Kelantan. Rakyat Kelantan malu dengan apa yang berlaku.

Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.

Bagaimanapun pihak Istana Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri serta enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus berkenaan.

Malah beliau turut menyatakan tidak layak untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan kerana hanya bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Saya tidak tahu (pertabalan sultan), saya tak layak komen tentang perkara ini… saya hanya pegawai sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa tulisan di blog-blog yang mengatakan Pemangku Raja akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dalam masa terdekat.

Blog-blog berkenaan juga mengatakan dengan pertabalan Tengku Muhammad Faris, ia akan menamatkan krisis Istana Kelantan yang berlanjutan sehingga hampir setahun sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering.

Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 14 Mei tahun lalu berikutan serangan jantung.

Seiiring dengan itu, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu. -mStar

8 comments:

  1. GAMBAR ITU MEMANG BENAR ........ALHAMDULILLEH SYUKUR KEPADA TUHAN.

    Itu Sultan adalah sebenar sebenar Ketua Agama .

    Baginda selalu hadir sembahyang subuh kat mesjid yang berhampiran dengan istana.

    Semuga TUHAN terus memberi hidayah kepada semua pembesar pembesar negeri/negara kita .......INSHAALLAH.

    ReplyDelete
  2. Semuga TUHAN terus memberi hidayah kepada semua pembesar pembesar negeri/negara kita .......INSHAALLAH.

    Amin!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Memang terlampau banyak perkara hairan bin ajaib di balik pagar Istana Mahkota dan pintu Wad Hospital Mount Elizabeth Shin-ka-poh sejak kebelakangan ini ..

    Antara yang paling menakjubkan :

    1) Si isteri tua menceraikan si isteri muda ..

    2) Pemangku Raja dilucutkan untuk digantikan pula dengan Pemangku Raja lain dalam keadaan Sultan dikatakan sihat dan boleh membuat keputusan.

    3) Ayahanda di bawa bersiar dan berjumpa rakyat dengan niat membuktikan sudah sihat sambil menyelimutkan keadaan sebenar fizikal ayahanda ... yang akhirnya terdedah baru baru ini !

    4) Para jurucakap lebih laju bercakap dan membuat pelbagai keputusan / kenyataan luar biasa tentang empunya badan berbanding tuan empunya badan sendiri yang sepatah kata pun tiada ...

    5) Sultan dikatakan sudah sihat dan mampu membuat keputusan sedangkan Sultan terus 'dikurung' dalam Istana, tiada sepatah kata melainkan dari para jurucakap yang tidak digazet .. Rakyat nak masuk melawat pun tak dapat !!

    6) Pertama kali dalam sejarah dunia Sultan " memohon " habeas corpus ..

    7) Habeas corpus dipohon untuk keluar dari wad hospital !

    ... dan banyak lagi sandiwara dan adegan drama swasta yang seumpamanya !

    Syukur Tuhan kerana majoriti rakyat Kelantan sudah nampak sangat apa punca dan apa yang sebenarnya sedang berlaku ..

    Dan Tuan Penghuni Gunung ternyata adalah salah seorang daripada majoriti rakyat yang dimaksudkan !

    Saya juga mendoakan agar desas desus itu menjadi kenyataan !

    Amiin ~

    ReplyDelete
  4. Serupademo

    Ya, sama-samalah kita doakan semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita dan agama kita.

    ReplyDelete
  5. Tok Dalang

    Terima kasih. Saya yakin majoriti Rakyat Kelantan berharap dan mendoakan yang terbaik untuk kita semua.

    Harap kerenah dan lakonan drama pelik dari sebalik tembok istana akan berakhir selepas ini.

    ReplyDelete
  6. abe din,

    berita itu belum benar lagi.. walaupun saya mengharap sebegitu juga..
    will do my best untuk bendung keadaan huru hara ini..

    ReplyDelete
  7. Jey

    Sokongan dan harapan majoriti Rakyat Kelantan memang kepada Tengku Faris. Apa lagi yang Majlis Perlantikan Raja nak tunggu.

    Rakyat Kelantan tidak memerlukan Raja baru/Pengganti Raja yang tidak bermoral. Jadi selepas Pemangku Raja sekarang adalah Tengku Bendahara.

    Hanya mereka harapan rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa