Tuesday, May 11, 2010

Kelebihan Melayu

Dengki, dendam dan hasad adalah terlalu sinonim dengan Melayu. Lalu kerana perasaan dengki dan sakit hati menguasai diri, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kenakan orang lain yang seagama dan sebangsa dengan melemparkan Iman dan rasa kesihan belas ke lurah dendam.

Baru-baru ini Isteri kepada seorang sahabat saya telah kembali ke Rahmatullah akibat perbuatan ini. Rela berhabis duit mengupah Bomoh Siam semata-mata dengki dan kenakan mereka sekeluarga. Purak puranda jadinya keluarga itu. Tetapi ditakdirkan hanya isteri beliau yang terkena teruk dan menderita beberapa ketika sebelum ajal tiba.

Perkara yang membawa bencana hanyalah rumah sahabat saya ini lebih cantik dan menukar kereta baru!

Semasa isterinya menderita sakit, Keluarga sebelah isterinya juga berubah membencinya sekeluarga. Pada mulanya keluarga isterinya memujuk supaya berpindah ke rumah keluarga supaya berdekatan dan boleh menjaga si sakit.

Beliau akur dan pindah ke rumah Mak Mertua/Ibu siIsteri tetapi akhirnya seluruh keluarga termasuk adik beradik dan Mak Mertua sendiri membenci dan memusuhi mereka. Isterinya yang sedang sakit dimarah dan dimaki hamun oleh Ibunya sendiri serta adik beradik siIsteri. Anak-anaknya diperli dan ditengking.

Dengan membawa kekecewaan bersama, mereka berpindah ke rumah sendiri. Semasa Isterinya meninggal pun tidak siapa dari keluarga isterinya melawat atau membantu perkebumiannya. Yang ada hanyalah keluarga di sebelahnya (suami).

Gambar-gambar dibawah adalah sebahagian benda-benda yang dihantar oleh siPendengki dan ditemui oleh sahabat saya itu (suami mangsa)



19 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Faham. Tetapi sedaya upaya cuba menolaknya... perkara2 khurafat.

    Minda melayu masih terjajah dengan perkara2 tahyol sebegini. Sebab PHD terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  2. tidak diterima solat seseorang itu bila dia berjumpa dengan bomoh (pakai jin)

    ReplyDelete
  3. Bhai...

    Itulah Melayu.. penuh ngan PHD.... nasib baik gua bukan Melayu.. gua Bugis... hahahaha

    ReplyDelete
  4. patutlah dipanggil MELAYU tak de yang segar kerjanya

    ReplyDelete
  5. Yob, sebenornyer bukan orang Melayu je yang jumpa bomoh untuk pekena orang lain. Bangsa asing pun pun ade. Siam, Cina, India, Turki, Jepun, Yahudi dan lain2. So, tak patut kate orang melayu aje.

    ReplyDelete
  6. ape bende yg kt tangan dia tu pa? gamba last tuh...

    ghostdart

    ReplyDelete
  7. salam uncle, apakhabar?
    saya tertarik baca entry ni.
    saya ada jumpa dgn seorang ustaz, ustaz tu kata melayu ni memang penuh dgn dendam...macamana sekali pun.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya kita (sama aje Melayu-Islam walau lain-2 keturunan, suku & Perlembagaan Lord Reid kita mengkelaskan kita gitu) saja boleh mengutuk & menyata umat Melayu. Sendiri kata bangsa sendiri? Ya. Sebab kalau bangsa lain kata, kita cukup sensitif & mahu nak berperang, mengamuk dll...hehehe..Jadi jangan kita cepat terasa hati...elok kita saja 'bancuh' sesama kita, tegur mana yg tak elok, DEMI untuk pembaikan, pembugaran, islah, reformasi, revolusi, hijrah .. ape-ape aje le.

    Melayu ni tak teruk sangat. Bangsa lain pun ada jugak jahat & teruk. Melayu melain sekelumit le...tapi kalau kita kira dgn jari-2 kita, memang tak cukup..ramai jugak le yg jahat.

    Hebat Melayu hingga ada ilmu hitam yg meracun, merosak, mencedera, membunuh tanpa hak orang yg dia tak suka. Mungkin kalau perhimpunan anjuran Gertak di mana Tun Dr.M bersetuju untuk hadir tu, berjaya diadakan, harus kita melihat semangat Melayu yg hebat & meruap-ruap nak kenakan bangsa lain pulak...hehehe.

    ReplyDelete
  9. nauzubillah...... mmg benar Uncle, selalu sgt saya dengar bab kedengkian orang melayu..... :(

    ReplyDelete
  10. Anakanda UdangLipan

    Kita sama-samalah doakan agar Melayu Islam berubah dan beriman.

    ReplyDelete
  11. mr edz

    Adakah mereka tahu dan sedar?

    ReplyDelete
  12. C++

    Lain spesiskah kita? Haa.. maaf ya!

    ReplyDelete
  13. Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Itulah salah satu masalah orang kita.

    ReplyDelete
  14. Yong

    Batul tu Yong, tetapi kita ni beragama Islam. Sepatut agama yang menjadi batasan.

    ReplyDelete
  15. Anakanda ghostdart

    Di dalam tangan tu adalah perca kain batik basahan yang dicuri dari rumah keluarga mangsa dijadikan pembungkus semua benda yang dihantar ke rumah mangsa.

    Jarum, rambut, kuku dan sebagaimana gambar.

    ReplyDelete
  16. ann

    Itulah sifat yang paling huduh ada pada bangsa kita.

    ReplyDelete
  17. Hanz_Azdi

    Kita kutuk pada apa yang patut dan kita puji pada apa yang terpuji.

    ReplyDelete
  18. Mak Su

    Entahlah Mak Su, kenapa kita ada sifat dengki yang keterlaluan. Dendam yang tidak berkesudahan.

    ReplyDelete
  19. klu tanya kt bomoh, mesti dorang ckp majoriti melayu yg pergi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa