Thursday, June 24, 2010

Dari Pandangan Mataku

Berbalik kepada perihal kereta Along dilanggar dari belakang. Sebelum saya bercerita dan menurunkan komen di sini, saya terlebih dahulu memohon maaf dari saudara dan saudari dari Sabah. Sesungguhnya saya bukannya berniat memburukkan Orang Sabah tetapi bertujuan mengambil iktibar dan bersama-sama renungi untuk kebaikan terutamanya bagi Orang Kelantan. Memang Peribahasa Melayu "Lain padang, lain belalang" adalah tepat.

Kereta Along dilanggar dari belakang di traffic light simpang ke Penampang dari Kota Kinabalu. Pada masa itu lampu
traffic light di laluan kami hijau tetapi secara tiba-tiba kereta di hadapan kami berhenti mengejut dan Along juga membrek mengejut. Kami kehairanan kenapa kereta di hadapan membrek dengan cara yang sebegitu sedangkan tidak ada kenderaan di hadapanya dan traffic light pula hijau. Secara tiba-tiba juga satu hentaman berbunyi dari belakang dan kereta tertolak ke depan. Rupanya kami dihentam oleh sebuah MPV Suzuki yang dipandu oleh seorang wanita keturunan Cina. Saya mengangkat penumbuk kepada pemandu kereta di hadapan dan dia belah.

Rupa-rupanya Pemandu di hadapan berhenti mengejut kerana ada sebuah Ambulan yang lalu dengan tidak pun membunyikan siren. Bermakna bukan di dalam tugas kecemasan! Saya menggeleng kepala mengenangkan bodohnya pemandu di sini, tidak tahu sama ada Ambulan tersebut di dalam tugas kecemasan atau pun tidak dan membahayakan pemandu lain. Nasib baik juga pemandu kereta Suzuki yang melanggar menghubungi bapanya dan membayar kerosakan pada bamper.

Dari perjalanan saya ke Kinabalu Park dan Kundasang, Kampung Penumbuk dan Labuan sehinggalah ke Kudat saya dapati satu perkara lagi yang menjadi tabiat pemandu di sini ialah suka memandu di sebelah kanan tidak kira perlahan atau laju dengan tidak menghiraukan pemandu lain. Jadi kalau kita ingin cepat terpaksalah memotong dari sebelah kiri sekiranya tidak tersangkut dengan kenderaan lain yang juga memandu perlahan. Di sini, untuk memotong atau beralih laluan tanpa signal adalah perkara biasa. Dari apa yang saya lihat kereta yang mempunyai nombor plate semenanjung pun mempunyai tabiat yang serupa, "Masuk kandang kambing mengebik, masuk kandang lembu menguak!"


Itu bab memandu dan ini pula bab melintas jalan. Secara ringkasnya boleh dikatakan seperti satu signboard di Pekan Raub yang berbunyi "Jangan melintas seperti ayam" tetapi memang cara orang di sini melintas "seperti ayam!". Saya tanya Along adakah memang kebanyakan mereka melintas jalan dengan cara sebegini. Along jawab memang itulah cara mereka dan kita terpaksa sentiasa berwaspada.

Keadaan jalan raya pula adalah menyedihkan bagi sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil masyhul yang banyak seperti Minyak, Kayu Balak, Kelapa Sawit dan Pelancongan dan sudah merdeka melebihi 40 tahun. Ke mana semua hasil dan pedapatan ini? Keadaan Jalanraya yang menghubungi Kota Kinabalu dengan Bandar-Bandar penting adalah menyedihkan. Tarafnya lebih buruk dari jalan raya Kota Bharu ke Kuala Terengganu tahun 70'an sebelum Terengganu kaya dengan hasil minyak. Keadaan jalan raya di sini banyak yang rosak, tidak rata (bumpy) dan banyak selekoh tajam. Jalan raya terbaik yang saya lalui adalah laluan dari Kota Kinabalu ke Teluk Sepangar dan Kota Kinabalu ke Air Port. Itu pun tidak setanding Jalan Raya terbaik di Kelantan walau pun laungan nyaring dari kerajaan BN yang menghebohkan Kelantan adalah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Rupanya itu adalah laungan siMunafiq!

Selain dari dua jalan raya tersebut, yang lainnya adalah di dalam category teruk. Tidak sepadan dengan negeri yang dikatakan kaya. Dan pada saya Sabah memang kaya dan rakyatnya akan lebih makmur sekiranya kekayaan negeri diurus dengan betul dan telus. Saya bertanyakan budak Hotel tempat saya menginap. Dia hanya jawab dengan berkata "Adalah lebih baik jalan yang sebegitu daripada jalan tanah merah tanpa diturap!" Rupanya orang di sini tidak tahu complain dan tetap bersyukur dengan apa yang ada. Ini juga adalah satu sikap yang baik.


Ini adalah jalan untuk ke Tip of Borneo

Di dalam bab parking kereta pun bolehlah dikatan kebanyakan pemandu tidak hiraukan kesusahan orang lain akibat dari cara mereka meletakkan kenderaan. Mereka akan parking sesuka hati dengan tidak menitik beratkan kedudukan kereta. Ini akan menyusahkan pemandu lain untuk parking sama.
Dalam erti kata lain, orang di sini lebih pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan kepentingan orang lain. Orang lain susah tak apa asalkan aku senang!. Mungkin sikap ini lahir dari keadaan komuniti mereka dari dulu yang pentingkan survival. Survival bagi kaum dan puak masing-masing sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf dari saudara yang berasal dari sana. Saya tidak ada niat tersembunyi dan dendam tetapi mendedahkannya untuk direnungi oleh orang lain juga terutama Pemandu di Kelantan negeriku dan Terengganu jiranku.

Parking di Jalan Kampung Air
Menghalang laluan

Kedudukan kereta tidak dititik beratkan



6 comments:

  1. Salam Tuan..
    Ambo Asal dr Qlate & bkerja di Sabah (kk) sejak 4 thun lepas shingga skarang.. Memang apa pgalaman tuan tu benar.. cuma bab plat keta dr smenanjung tu, sy rs nk pbetulkan sikit.. di sini ada dijual kereta 2nd hand dr smenanjung & x semestinya plat smenenjung tu org smnjung yg pandu.. Satu lagi tebiat pemandu disini adalah suka memberhentikan kereta sesuka hati wpun di jln utama (hanya memberikan lampu kecemasan @ isyarat). Semasa saya mula2 btugas disini memang *naik angin* bila memandu dlm situasi sebegini. tapi sekrg beransur2 menyabarkan diri.. pemandu motor juga bahaya memandu di sabah (k.kinabalu). Sejengkal nak masuk simpang baru bg signal & terus membelok.. saya sudah 2 kali kemalangan motor di sini..
    memang perlu berhati-hati memandu di sini.. Cuma keunikan di sini adalah jarang2 sekali kita melihat pemandu membunyikan hon jika ada kesilapan pemandu lain.. kawan lama saya disini pernah bgitau kalau nk tahu pemandu tu asal sabah @ semnjung, klau yg tekan hon tu mmg dari smnjung..
    Wassalam...
    ~~Hanuman..

    ReplyDelete
  2. salam pakcik,

    saya tak nafikan hampir semua cerita pakcik tu ada benarnya. saya pun dah hampir 10tahun keja di kota kinabalu. pasal drive belah kanan tapi laju mcm keta lembu tu memg perkara biasa. saya selalu ckp dlm hati kalau saya bawak lori memg saya sondol keta2 lembu tu hehehe

    pasal melintas jalan dgn lenggang kangkung tu lagi satu yg saya meluat betoi di kk ni. kdg2 saya geram saya hon kan juga. biasanya yg suka melenggang kangkung ni tulang besi urat dawai hehehe. pasal jalan raya memg di sabah terlalu teruk banding kita di malaya. memg masih byk jalan yg tidak beraspal. hanya jalan2 baru macm pakcik ckt tu saja yg cantik. tapi tak tau berapa lama boleh tahan. dulu tahun 2000 jalan lintas di kk masih baru dan ctk tapi skrg keadaan menyedihkan.

    ReplyDelete
  3. tuan anon,

    hahahah pasal hon tu memg betul la. org malaya ja pandai pakai hon org sabah nda pandai tu. saya pun penah eksiden moto kat kk ni. keta kalau mau masuk simpang memg depa tak suka bagi signal sbb depa nda pandai guna signal hehehe

    ReplyDelete
  4. W'salam paloi

    Kalau jadi tabiat orang di sana macam itu memang tak boleh buat dah.

    Tapi yang Pak Cik hairan tu, ke mana perginya duit rakyat dari hasil negeri? Hasil negeri sabah bukannya sedikit, bukanlah dari negeri yang miskin sumber. Mengapa pemimpin sabah mendera rakyatnya sendiri. Kalau nak masukkan ke kocek sendiri pun berpada-padalah.

    Memperkayakan diri sehingga rakyat papa kedana. Apa yang Pak Cik tengok di sini jurang antara kaya dan miskin agak lebar.

    ReplyDelete
  5. W'salam Hanuman

    Ini Hanuman Kera Putih yang merantau, tentunya ilmu penuh di dada. Along anak Pak Cik pun sudah 3 tahun di sana.

    Tak tahu pula Pak Cik yang kereta 2nd hand dari semenanjung ada dijual di sana. Ada juga Pak Cik berkata-kata "Orang Semenanjung pun ikut bengong macam orang di sini juga!"

    Memang signal dan hon jarang berlaku. Yang paling tidak patut ialah parking. Ada kalanya 2 petak parking hanya untuk sebuah kereta saja. Yang melintas jalan pula kata Along mereka ada nyawa spare di dalam balang kat rumah!

    ReplyDelete
  6. paloi

    Betul tu. Mungkin sejak dari kilang kereta yang nak dijual ke sini tidak dipasang hon dan signal kot? Itu sebab dia orang tidak tahu menggunakannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa