Thursday, June 24, 2010

Bersih Sebahagian Dari Iman?

Tak tahulah di mana yang tidak kena. Di bahu siapakah terletaknya tanggung jawab ini. Khabarnya elaun lebih masa para pekerja bagi hujung tahun lepas masih belum dilunaskan. Walau apa pun yang berlaku di MPKB-BRI, kami penduduk yang menghidunya. Dan kami juga yang dihurung lalat kerana sampah dibiarkan sehingga seminggu tidak diangkut. Nama BRI cukup gah tetapi hakikatnya inilah dia!

Ini adalah tempat buangan sampah di belakang perumahan Desa Telipot

Sampah dilonggokan di tepi jalan

Lihatlah di mana dan bagaimana Tong Sampah diletakkan.
Adakah penduduk yang harus dipersalahkan?

Ini pula di belakang Asrama Maktab Sultan Ismail


2 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Lama kittun x singgah sini. Bila tengok pic2 yg ayahanda letak kat blog tu suasana tu hampir sama dengan tempat kittun. 1x seminggu jer MPKB BRI yg ditugaskan memunggut sampah datang buat pungutan. Kadang2 berlarutan selama 10 hari.

    Gambaran keadaan sampah bertaburan itu tak boleh nak bayangkan dah mcm bukit dengan langau, lalat dan berengga dah bergedik2.

    Saya tak fahamlah kenapa keadaan boleh berlaku. Kemana perginya pekerja2 yg ditugaskan membersih & memungut sampah. Kadang2 malu dengan keadaan seperti itu. lebih2 lagi ketika saudara mara saya dr luar datang ke kelantan.

    Dimana bukti slogan Bandaraya Islam Bersih yang mana ISLAM amat menitik beratkan perihal kebersihan.

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda KiTTuN

    Inilah yang dikatakan "Cakap tak sama bikin"

    Munafiq!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa