Thursday, July 1, 2010

Demam Dan Batuk

Sudah tiga hari saya menghidap demam dan batuk. Sakit kepala pula tiada perkataan nak cakap, hanya Tuhan yang tahu. Hari ini rasa lega sedikit tetapi badan masih lemah dan kepala masih berdenyut walau pun agak ringan dari semalam. Isteri dan siAdik juga terkena sama. Kesian mereka.

Sebenarnya jangkitan ini dari Isteri yang bawa penyakit ni dari pejabatnya. Mulanya saya yang kena dan semalam berjangkit kat Adik pula.


Nampaknya saya perlu berehat sehari dua lagi.

13 comments:

  1. kesian pak din, begitulah bila umur dah meningkat, daya tahan badan semakin berkurang. pak din cuba petua ini, insyaAllah diberkati.Ambil sesudu madu lebah,campurkan dengan tiga sudu air zam-zam dan masukkan tujuh titik air limau nipis, di kacau sehingga semuanya sebati, dibacakan selawat atas nabi S.A.W dan diminum dengan niat untuk Allah memberi kesembuhan dari batuk dan demam itu.InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Semoga dilindungi Allah akan Pak Din & keluarga...InsyaAllah tiada masalah besar & akan cepat sembuh hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Mountdweller,

    Mum doakan semua di sana cepat sembuh. Mum di sini pun dah mula rasa tekak semacam jer. Harap-harap tak melarat pulak ler...

    Salam untuk akak dan semua di sana.

    ReplyDelete
  4. cikgupj

    Betul begitu. Bila semakin tua antibody semakin lemah dan kita pun memang lemah berbanding yang muda.

    Terima kasih cikgupj. Saya akan mencubanya, insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Hanz

    Terima kasih hanz. Uncle pun amat berharap penyakit ini berlalu dengan cepat. Yang uncle tak laratnya menanggungnya ialah sakit kepala. Sekali batuk sekali kepala rasa nak tercabut!

    ReplyDelete
  6. W'salam A Mum Of Three Mohd

    Terima kasih di atas doa Mum semoga Mum pun tidak akan menghidap perkara yang sama.

    Kalau rasa terancam Mum bolehlah gunakan Petua cikgupj di atas.

    ReplyDelete
  7. W'salam al-brangi

    Terima kasih di atas nasihat. Insya Allah, air kosong tidak ada masalah.

    ReplyDelete
  8. mr edz

    Terima kasih mr edz di atas doa itu.

    ReplyDelete
  9. Kepada Anonymous

    Saya mohon maaf kerana terpaksa reject iklan anda kerana blog moundweller tidak dibuka untuk iklan ring tones dan sebagainya melalui ruang komen.

    Harap maaf!

    ReplyDelete
  10. armouris

    Terima kasih di atas info. Insya Allah saya akan tengok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa