Friday, July 2, 2010

Mati Di RMC, Sepadankah Tindakan Mereka?

Mohammad Naim Mustaqim 16 tahun pelajar tingkatan empat di RMC di dapati tidak sedarkan diri dan meninggal akibat dibuli. Ini adalah kes bunuh!

Tapi sepadankah dengan hukuman yang di kenakan oleh pihak RMC dengan seorang daripada pelajar terlibat hanya dibuang dengan serta merta dan empat orang lagi dikenakan penggantungan?

Adakah tindakan Polis akan menyusul selepas ini? Harap ada tindakan selanjutnya dan keadilan dilaksanakan....

12 comments:

  1. Salam Pakdin,

    Kebetulan sekolah saya tadi buat Hari Anugerah, ada pelajar saya yang dapat sambung ke MTD datang dan kami berbual.

    Antara kisahnya, budak malang itu dok di aras bawah, manakala dia di atas. Buadaya 'melanyak' junior ni memang dah jadi adat MTD, katanya. Dia pun kena, tapi takde apa yg teruk.

    Dulu pelajar saya ini pemalu dan 'lembik', tapi sekarang, cakapnya berkeyakinan, badannya agak tegap dan ada gaya tentera..

    Saya sendiri tak setuju sampai ambil nyawa... Tragis.

    ReplyDelete
  2. W'salam Sdr. Brahim

    Pada saya ragging ni memang ada mafaatnya tetapi dengan cara dan perbuatan yang tidak mengancam nyawa dan kecederaan kekal kepada fizikal.

    Ianya membentuk disiplin, kekuatan mental dan fizikal serta kepatuhan kepada arahan. Menbentuk jatidiri. Tetapi bila sampai mati itu, mendera dan zalimlah namanya.

    Along anak saya di ATMA dulu pun tidak lepas dari keadaan ini tetapi hanyalah setakat Pacak Kepala, Push-up dengan buku tangan di atas Tar panas, Pikul Balak dan berenang di dalam Air Limbah. Itu adalah rutin biasa sebenarnya.

    Saya sendiri pun semasa mengikuti kursus "Pemimpin Rekreasi Kebangsaan" kena juga. Maklumlah yang memberi kursus adalah Pegawai dari Pasukan Komando. Setengah bulan kami dilanyak. Tapi itu memang bagus untuk membentuk Jati Diri.

    ReplyDelete
  3. setuju jika ada peraturannya...
    bukan mendera hingga begini.

    kesian kepada semua yang terlibat

    ReplyDelete
  4. Salam,saya memang tak setuju dgn budaya ragging.Ajaran Islam dan budaya Melayu tak ajar ni semua.Ragging ni tinggalan penjajah,harap yg menjadi mangsa akan dapat pembelaan yg sewajarnya.Pilunya hati mak ayah hilang anak kerana ragging- hantar anak belajar lain pula padahnya.kembalilah pada Islam.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Perlu dibezakan sebenarnya ragging ni...dlm kes bdk ni rasanya bukan ragging dh.....ni dh man-handling...dh tentu budak ni kene belasah.takkan bley mati kalo setakat push-up seribu kali pun...dalam askar ni kalo tak bley kene ragging mmg tak patut jadi askar pun, tp man-handling mmg tak patut, sebab tak ade unsur2 pengajaran ataupun membina kekuatan mental dan fizikal pun.org yg melakukan man-handling ni sebenarnye dh tak berfikir guna otak tp perasaan.budaya org zaman jahiliah...takde kebaikan pun selain dari dendam kalo budak tu lepas dgn selamat....

    ghostdart

    ReplyDelete
  6. a kl citizen

    Mendera sehingga mati bukanlah di dalam berperaturan. Ini membunuh. Dan keadilan mesti ditegak dan dilaksanakan. Bayangkan perasaan kedua Ibubapanya.

    Bolehkah MTD dipercayai dan diamanhkan anak-anak kita sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan?

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Walau pun peninggalan Penjajah ada baik dan buruknya. Dalam Islam pun memang ada kaedahnya tetapi bukanlah dinamakan ragging dan di dalam budaya melayu memang tidak ada sebab itu Melayu lembik dan Penakut!.

    Bagi saya yang penting adalah mengikut kaedah yang betul dan berperaturan (guide line)

    ReplyDelete
  8. W'salam Along

    Kesian siMuhammad Naim ni jatuh ke tangan manusia yang zalim dan tidak berotak.

    Kalau Papa menjadi bapanya. Papa akan hambat sampai ke rumah Menteri!

    ReplyDelete
  9. .....Dalam Islam pun memang ada kaedahnya tetapi bukanlah dinamakan ragging dan di dalam budaya melayu memang tidak ada sebab itu Melayu lembik dan Penakut!.....
    what a mindset.... pity being a Malay...

    ReplyDelete
  10. abe din,

    saya sendiri adalah produk MTD. abe din dah kenal saya selepas saya passing out from MTD. out of MTD punye training and experience hidup, saya rasa mempunyai keyakinan tinggi dalam hidup.

    yeah its true, ragging adalah satu budaya MTD. Man handling is also a part of the budaya kononnya untuk mendidik cooperation. during my time ianya amat berleluasa lagi.. sekarang mungkin tinggal 10% of it, but still exist.

    FYI, budak tu bukan meninggal sebab kena pulul wat so ever, tapi akibat dari dia terjatuh and kepala di terhantuk di lantai. still someone kena bertanggungjawabla kan.. those ragger perlu bertanggungjawab sebab budak tu jatuh mungkin sebab letih kena dera or kena tumbuk,

    anyway, saya juga bersetuju agar budaya ini diteruskan tapi dalam keadaan terkawal.

    tq
    TSTH

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Melayu bagi saya sinonim dengan "Manja" dan "Takut"

    Takut untuk menerima dan membuat anjakan dan perubahan. Manja dengan mengharapkan segala bentuk subsidi dan "sogokan".

    Melayu tidak sedar yang dua elimen ini "Manja" dan "Takut" merusakkan Iman!

    ReplyDelete
  12. Jey

    Memang Abe Din kenal 'sikap' Jey dan 'peribadi' sejak Jey keluar dari MTD dan kerana 'sikap'itulah juga Abe Din banyak member kepercayaan kepada Jey membentu mengendalikan Projek dan Sesi. Abe Din percaya MTDlah membentuk 'sikap' itu adalah MTD.

    Maka Abe Din sokong "Ragging Yang Terpimpin". Perubahan 'Sikap' Along juga ada bawaan dari ATMA.

    Satu lagi takkanlah MTD dan ATMA produce "Tentera Manja dan Lembab". Kalau macam tu apa akan jadi kepada Pertahan Malaysia bila bentengnya ditolak ombak kecil pun hancur!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa