Wednesday, August 18, 2010

Sakit Di Mata Dan Suka Di hati

Yang menyakitkan mata
Longgokan Sampah dan masalah bau masih belum selesai-selesai lagi

Dah melimpah ke Jalan. Jalan pun dah jadi sempit dek sampah.

Ooooiii.... MPKB-BRI, Takkanlah Puasa menjadikan kamu malas.
Islam suruh kita menjadi rajin dan contoh.
Kerja dengan ikhlas bila-bila masa jer!


Di bawah pula menjadikan suka di hati.

Pagi semalam saya ke Pasar Wakaf Che' Yeh bercadang nak beli Kepala Ikan Gelama. Tapi kecewa kerana Kepala Gelama tak ada.

Saya pun cari pula Kangkong untuk Arnab kat rumah. Kangkong pun kehabisan tetapi dapatlah juga beli yang dah agak layu dan harganya pun murah.

Lepas sumbat semua barang ke dalam kereta, saya masuk ke Kedai PolyPet yang menjual segala binatang dan makanannya. Di situ saya tertarik kepada seekor Anak Arnab yang pada saya comel dan menyerupai Fluffy dari segi warna dan bentuk bulu serta perangainya.

Kecil, comel. Rasanya beratnya tak sampai pun 250 gram. Tengoklah gambar di bawah.

Saya namakan dia Boboy jenis Teddy bear

Sedang tidur di dalam Tapak Tangan


Kangkong lebih besar dari mulut

Lena di atas riba

Ini saya namakan Lucky. Juga warga baru- Jenis Teddy bear

Lucky tidur

Di bawah ialah Lulu. Betina baka Lion-Head

Boboy bersama Lulu

10 comments:

  1. BOBOY TU COMEL!!! ALONG NK BOBOY!
    arnab baru lg ke pa? papa nk bukak ladang arnab ke pe ni? =p

    ghostdart

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    sampah tu kat mana? Dekat dengan masjid Telipot ke? Kawasan rumah saya, seminggu pun ada baru nak diangkut segala sampah. Busuk dan lalat tak usah ceritalah.

    ReplyDelete
  3. Along

    Boboy tu baru semalam beli. Papa berkenan sebab dia semacam Fluffy yang mati. Perangai dan bulunya seakan sama.

    Along balik nanti mainlah puas-puas. Memang si Boboy manja dab cute.

    Takkanlah bela 3 pasang pun dah nak buka ladang..

    ReplyDelete
  4. W'salam melur

    Tempat tu di belakang Taman Desa Telipot. Di tepi jalan yang menghala ke Paya Senang berhampiran Perkuburan Mukim Telipot.

    Bulan puasa, masalah lalat dan bau busuk adalah satu ancaman yang tidak menyenangkan!

    ReplyDelete
  5. Along nk isytihar BOBOY tu along nye rabbit...lagi lima ekor adik amik la...tp along nk BOBOY gak....

    ghostdart

    ReplyDelete
  6. baginda®

    Tak tahan tengok adik sedih dan tak ceria..

    ReplyDelete
  7. Along

    Adik masih takut nak pegang Boboy sebab masih kecil dan lembik.

    Kalau nak Boboy kena bodek adiklah

    ReplyDelete
  8. along, even kalo boboy idup lagi pun, dlm mimpi pun x tentu adik nak bagi kat along.. Muahahahaha !

    |[baby^cOoL]|

    ReplyDelete
  9. Adik.

    Terserahlah kat adik. Rasanya Along bukan boleh bela pun. Dia kat atas kapal...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa