Thursday, August 19, 2010

Ugut Dan Janji - Kosong Belaka

Dua hari air longkang tak mengalir kerana Telaga Air Buang kedua yang saya upah gali beberapa bulan dulu sudah penuh. Telaga itu bukan saja untuk air buang/limbah sahaja tetapi air hujan di laman juga akan mengalir ke situ. Semuanya gara-gara Kawasan Kami tidak ada Longkang.

Dulu masa telaga pertama, lama juga bertahan. Tetapi bila yang pertama penuh, gali yang kedua. Malangnya yang kedua ni cepat pula penuh.

Semua ini terjadi adalah kerana janji tidak tunaikan dan meminta menyumbang di dalam paksa. Kalau tidak sumbang RM1,000 untuk longkang, SKD rumah tidak akan dikeluarkan. MPKB pada masa itu (1986-di bawah UMNO) mengugut (minta RM1,000) dan berjanji akan menggali longkang secepat yang layak.

Tahu nak duit tak tahu nak buat!

Walau pun dulu (1986) MPKB di bawah Kerajaan UMNO/BN yang berjanji bagi pihak Kerajaan Kelantan namun selepas kekalahan UMNO, PAS pula yang sepatutnya ambil-alih tanggung jawab tersebut.

Nampaknya sehingga kini kami masih melopong dan terpaksalah keluarkan duit lagi untuk menggantikan kemudahan Longkang yang dijanjikan dulu. Nasiblah rakyat marhaen walau pun di bawah siapa pun keadaan tetap sama. Lima kali dua sama juga dengan dua kali lima.

Pagi semalam Pak Din pun singgahlah di Kedai Hardware selepas antar Mem ke Pejabat dan belilah 'Benda Allah' seperti gambar di bawah ni. Buatan Cina dan tidaklah mahal sangat.

Setelah belikan lagi Alat-alat Sapingan untu memasangnya, maka saya pun balik pasanglah sendiri. Selepas bersusah payah memasang dengan peralatan yang tidak lengkap maka siaplah macam di bawah.

Bila siap dan dihidupkan, air pula keluar macam air kencing

Setelah diteliti rupanya ada kebocoran di bahagian cellulose tape dekat dengan bahagian suction ditambah pula dengan Foot-valve yang murah dan fungsi springnya tidak begitu baik. Jadi pada petang semalam juga sebelum berbuka, saya sempat baiki dan Alhamdulillah air menyembur dengan powernya. Airnya saya salurkan ke semak di tanah sebelah.


Ini saja nak tunjuk si Boboy- Tidur nyenyak di dalam Tapak Tangan Adik.
Terberak pun tak sedar.

Nak tanyang comelnya pula!

2 comments:

  1. Salam Pak Din,
    Boboy ni sebijik Fluffy...Kenapa tak diberi nama Fluffy atau Fluffy jr je?hehe

    ReplyDelete
  2. W'salam Melur.

    Kami tidak mahu terkenangkan Fluffy berpanjangan. Cukup sadis kematiannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa