Friday, October 22, 2010

Di Rumah Gadis Yang Dilarikan

Malam semalam Pak Din dan enam orang teman ke rumah Gadis yang diceritakan selalu hilang diambil/bawa oleh makhluk misteri.

Mengikut cerita Ibunya memang dia hilang sekiranya alpa. Pernah disorok di dalam kubur selama tujuh jam. Di bawa ke Bukit Keluang dan ada masanya dirosok di atas siling dan bumbung.

Sejak dua minggu sebelum puasa, memang keluarga ini menderita diganggu makhluk itu. Derita ini bermula sengan peristiwa gadis ini terluka kena kaca yang pecah dan urat ibu jari kakinya terputus. Di masa inilah makhluk itu datang menghisap darah dari liang lukanya.

Mengikut gadis ini makhluk itu huduh. Rupa fizikalnya macam beruk. Pak Din syak makhluk itu adalah Hantu Raya.

Inilah gadis malang yang menjadi mangsa itu

Mangsa dan Ibunya

Suasana di luar rumah keluarga ini


Siling yang ditendang dan dipecahkan oleh Makhluk itu kerana mengamuk

Di atas pokok manggis ini, mangsa pernah disorok

Nampak semacam dua makhluk anih di atas bumbung rumah
Tapi Pak Din sendiri kurang pasti

Dua makhluk yang Pak Din besarkan

Satu lagi imej makhluk lain

Dan Imej yang Pak Din besarkan

9 comments:

  1. dekat dgn rumah pak din ker? jahat sungguh jin tu.. dia minat kat mangsa ni rasanya..

    ReplyDelete
  2. mr edz

    Tempat ni di Bukit Kenak, Besut. Jauh dari tempat Pak Din.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Din,
    Kesian kat mangsa ni...
    Tak de ke perantara/ustaz yang boleh tolong halau jin ni...

    ReplyDelete
  4. W'salam Tok Kiyai

    Mengikut Ibu mangsa, sudah lebih seratus dukun dan ustaz mencuba tapi tiada perubahan besar. Cuma pada malam Pak Din ke sana tu agak tenang kerana seorang Ustaz baru saja pulang.

    Pak Din rasa perkara ni susah sikit kerana pada andaian Pak Din onar ini berlaku kerana 'Saka' yang tidak dijamu. Mungkin dari Datuk/Nenek keluarga ini. Sebab itu makhluk itu datang hisap darah.

    ReplyDelete
  5. salam Pok Din..begitulah yg sy rasa pasal kes nie.."Saka" Pasal gambar yg diambil..berderau darah bila lihat makhluk2 nie atas bumbung rumah..tak abis2 nk menyusahkan anak Adam

    ReplyDelete
  6. IndukYati

    Hantu Raya dan Pelesit memang makhluk belaan dan mesti ada keturunan yang sanggup membelanya.

    ReplyDelete
  7. Izinkan sy copy artikelni utk dimuatkan dlm ruangan santai kt blog saya.

    ReplyDelete
  8. Pak Din,

    Bukan berita hari cakap budak tu menipu ker ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa