Thursday, October 21, 2010

Mengapa?

Kenapakah UMNO Kota Bharu humbankan maruah ke longkang? Tak ada duit atau sengaja?
Walau pun ada sebab dan alasan tertentu, tidak semua orang tahu.

Tidakkah malu dan hina bila lambang UMNO diturunkan dan digantikan pula dengan bendera dan Logo parti lawan?

Tahniah Pemuda PAS Kelantan!


PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Petik dari sini

Ini pula komen Mohd Sayuti Omar

APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketuabahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh (foto) hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah.

Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?
Petikan dari sini

4 comments:

  1. Ada tak istana untuk dijual atau dilelong?

    ReplyDelete
  2. Hanz

    Istana lama semuanya dah roboh sebab tidak dijaga dengan baik.

    Al-Sultan Mohammmad V pun tinggal di Istana Lama yang dibaik pulih.

    ReplyDelete
  3. Takbirr...Tahniah kpd Pemuda Pas Kelantan..

    ReplyDelete
  4. IndukYati

    Pemuda PAS Kelantan memang layak diberikan ucapan Tahniah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa