Wednesday, May 11, 2011

Ini Pandangan Guan Eng

Kegagalan dasar ekonomi dan polisi yang membawa kepada kenaikan harga petrol dan gula

Pengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian. Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula. Rakyat Malaysia biasa yang akan dibebani dengan kos sara hidup yang juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat miskin lebih sukar. Anehnya, harga barangan selalunya akan naik berikutan kemenangan besar BN dalam pilihanraya.

Laporan Utusan ini walaupun tidak munasabah, amat membimbangkan kerana motif UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sini jelas mengipasi ketakutan dan kebencian terhadap penganut Kristian. Begitu banyak laporan dibuat oleh pemimpin UMNO dan kumpulan sokongan UMNO meminta tindakan tegas diambil terhadap DAP dan para paderi Kristian. Seperti yang disangka, langsung tiada satu pun pemimpin UMNO yang menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Utusan atas fitnah dan pembohongan tersebut.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen merupakan kenaikan 10% daripada harga lama iaitu RM2.10 sekilogram. Kenaikan ini adalah susulan kenaikan sebelum ini pada Disember tahun lalu di mana kenaikan adalah pada kadar yang sama.

Kenaikan ini merupakan sebahagian daripada pemotongan subsidi pertama daripada kerajaan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lalu, di mana ketika itu harga naik sebanyak 5 sen per liter untuk petrol dan diesel, 10 sen per kg untuk LPG dan 20 sen per kg untuk gula. Kenaikan ini juga muncul setelah kenaikan harga petrol RON97 meningkat sebanyak 20sen minggu lalu.

BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat.

Pertama, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi tiada sistem tender terbuka. Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumi.

Minggu lepas, PBB telah memaparkan kaji selidik yang menunjukkan penurunan dalam kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini berikutan inflasi dalam harga makanan, petrol dan kekurangan iltizam politik untuk melakukan reformasi dalaman. Tambahan lagi, kenapa perlu bimbang dengan simpanan RM116.6 juta apabila kerajaan BN sepatutnya boleh menjimatkan RM19 bilion dengan menamatkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP).

Daripada cubaan untuk menyimpan RM116.6 juta, Kerajaan BN boleh menyelamatkan 163 kali lebih banyak iaitu sebanyak RM19 bilion melalui penghentian subsidi gas untuk IPP. Pada tahun kewangan 2009, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi gas sudah mencecah sebanyak RM10.2 bilion. Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

Utusan telah mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kenaikan harga dengan mewujudkan pembohongan dan fitnah yang berbahaya terhadap golongan minoriti. Dengan kegagalan untuk menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongan bahawa agama Islam berada dalam keadaan terancam, kerajaan BN telah menjadi penghasut kebencian orang Islam terhadap komuniti Kristian.

‘Double-standard’ sebegini daripada pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO dalam usahanya untuk menyebarkan pembohongan berbahaya dan melancarkan kempen kebencian terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

Saya ambil dari SH

13 comments:

  1. facebook fan adder how to get facebook likes get more fb fans ways to get more facebook likes 1000 facebook likes
    more facebook likes facebook fan adder
    buying facebook friends buy facebook like [url=http://1000fbfans.info]buy 1000 facebook likes [/url]

    ReplyDelete
  2. I liked your post about Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Your website is very informative. Thank you for all your hard work.

    ReplyDelete
  3. I liked your post about Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Your website is very informative. Thank you for all your hard work.

    ReplyDelete
  4. Cool and fantastic, there's really some good points on this post some of my friends may discover this relevant, will send them a link, numerous thanks. Great blog! Really fantatic stuff here.Thanks.Very fascinating post thank you for sharing I just added your site to my bookmarks and will probably be back. By the way this is off topic but I truly like your blogs layout. Hal Gubser Love sms

    ReplyDelete
  5. mountdweller.blogspot.com is what i'm looking for, hope will stay here longer with you guys!
    [url=http://www.youtube.com/watch?v=auc36d4AQRY]poker sites[/url]

    ReplyDelete
  6. mountdweller.blogspot.com bookmarked !!
    [url=http://www.i-bukmacher.pl/adamek-vs-kliczko-zaklady-bukmacherskie/]adamek kliczko bukmacher[/url]

    ReplyDelete
  7. mountdweller.blogspot.com is what i'm looking for !!
    [url=http://www.youtube.com/watch?v=pjp1wvH3Xw8]how to lose weight fast[/url]

    ReplyDelete
  8. Saya terkesan dengan cara Anda mengekspresikan pikiran-pikiran Anda tentang Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Saya tidak bisa belive bahwa seseorang dapat menulis sebuah cerita yang menakjubkan seperti Thet tentang Aku cinta Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment.

    ReplyDelete
  9. Aku benar-benar dapat mengatakan bahwa saya belum pernah membaca informasi yang berguna begitu banyak tentang Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada webmaster dari mountdweller.blogspot.com.

    ReplyDelete
  10. mountdweller.blogspot.com is this what i need, thanks

    [url=http://www.youtube.com/watch?v=BVwB1BhbZkE]increase youtube views[/url]

    ReplyDelete
  11. Bagus posting tentang Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Saya sangat terkesan dengan waktu dan usaha anda telah dimasukkan ke dalam menulis kisah ini . Aku akan memberikan Anda sebuah link di blog media sosial saya. Semua yang terbaik!

    ReplyDelete
  12. I see a lot of quality posts in mountdweller.blogspot.com !
    [url=http://www.youtube.com/watch?v=fYd7dFGRGVI]make money online[/url]

    ReplyDelete
  13. Saya terkesan membaca seperti cerita yang kuat tentang Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment. Saya akan posting link di situs kupon saya untuk posting blog ini . Aku akan kembali untuk membaca lebih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa