Monday, May 9, 2011

Siapakah Yang Mengubah Perlembagaan?

Apa bezanya bertindak di luar Perlembagaan dan tidak ikut Perlembagaan?
Ekstremis itu siapa?


Ekstremis anggap kerajaan lemah

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak ekstremis tertentu yang semakin lantang membuat pelbagai tuntutan sehingga sanggup mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan kerana mereka beranggapan kerajaan ketika ini adalah lemah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika zaman beliau mentadbir negara ini, semua kelompok tidak kira Melayu, Cina, India dan kumpulan-kumpulan agama secara majoritinya menyokong kepimpinan beliau.

Menurutnya, ia diburukkan lagi apabila orang Melayu berpecah-belah kepada beberapa kumpulan dan sekali gus memberi peluang kepada kelompok ekstremis ini menyuarakan tuntutan mereka.

“Dulu tiada dakwaan sebegini, mereka (puak ektremis) tidak pernah tuntut seperti sekarang, ia kerana apabila kerajaan dilihat lemah, jadi pelbagai tuntutan dibuat untuk bagi kotor lagi keadaan,” katanya pada sidang mediaa selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di sini, semalam.

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan ada pihak mahu mengubah agama rasmi negara ini menjadi Kristian kerana bertujuan mahukan Perdana Menteri dari golongan tersebut, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu membangkitkan soal agama.

“Semuanya bergantung kepada rakyat, jika pilih tidak Islam, maka tidak Islamlah Perdana Menteri kita, Melayu yang tentukan sebagai kaum majoriti di negara ini, kita terima sahajalah kalau begitu,” katanya

Laporan dari sini

1 comment:

  1. Apa pendapat saudara, negara islam sekular?

    Adakah ia amalan dan konsep jahiliyah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa