Saturday, September 3, 2011

Mahkamah Tak Ikut PM, Maka PM Lemah?

Mahkamah tak ikut kehendak PM, maka PM adalah lemah dan tak layak memerintah?

Kalau kat negara kita Mahkamah kena ikut PM. Kalau tidak Hakim tidak dapat cari makan dengan selesa. Rezeki akan terapung dan payah digapai!

Kalau berbeza, PM akan letak jawatan? Desakan dan tindakan ini adalah merapu di bumi dicintai ini. Tidak ada dalam sejarah PM, Menteri atau Pegawai Atasan kerajaan meletak jawatan kerena masalah dengan rakyat atau pun apa-apa musibah di bawah kawalan kementeriannya. Mereka akan berhenti hanya sekiranya dipecat. Itu pun bukan masalah tugas dan tanggung jawab tetapi kebiasaannya bila bermasalah dengan boss/PM/Ketua Parti. Selain dari itu negara tergadai pun tak apa asalkan jawatan tetap kekal.

Dalam hal ini terkenang Pulau Batu Putih, Kawasan Telaga Minyak dengan Brunei, Kereta Api Tanjung Pagar dan Jambatan Bengkok. Tidak termasuk lagi masalah air dengan Singapura.

Sesungguhnya semuanya ini mengecewakan kita!

Tapi apakah tindakan mereka yang terlibat? Mereka masih lagi bergayut pada kuasa kerana bagi mereka kuasa penentu segala.

Sebab apa? Sebab rakyat Malaysia bodoh (yang bodohlah). Yang cerdik tidak akan menyokong membabi buta atau dibutakan dengan RM setiap kali pilihanraya!

Di bawah ini cerita dari Australia yang saya rembat dari mynewshub


SYDNEY – “Saya tidak akan meletak jawatan,” demikian tegas Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang meminta beliau berundur selepas Gillard menerima tamparan hebat apabila Mahkamah Tinggi Australia baru-baru ini memutuskan perjanjian pertukaran pelarian antara Malaysia-Australia sebagai tidak sah.

Beberapa nama disebut untuk menggantikannya bagi memimpin parti pemerintah, Parti Buruh termasuk bekas Perdana Menteri, Kevin Rudd, yang disingkirkan oleh Gillard pada pilihan raya umum, Jun tahun lalu.

Malah tinjauan umum mendapati sokongan ke atas Gillard menurun berbanding Rudd.

Menurut Gillard, beliau merupakan pemimpin terbaik untuk memerintah Australia, maka beliau akan meneruskan tugasnya.

“Saya adalah yang terbaik untuk melakukan tugas ini dan saya akan meneruskannya. Kerja ini adalah memimpin negara ini untuk masa depan yang lebih baik dan kita kini sedang melakukannya,” katanya.

Malah, kata Gillard tidak ada mana-mana Ahli Parlimen yang datang menemuinya untuk meminta beliau berundur.

1 comment:

  1. improve search engine rank seo pricing backlink service creating backlinks

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa