Wednesday, February 15, 2012

Hubungan Dengan Israel : Kenapa Mahathir Pula Yang Kepanasan?

Dr M: Israel bekal butiran dagangan pada rakan karib
Rejim Israel didakwa cuba mempertahankan “rakan karib” mereka, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendedahkan perhubungan perniagaan yang dijalankan Malaysia dan negara di Asia Barat itu.

mahathir ebook launching 091211 04"Israel kini cuba membantu Anwar dengan membekalkan butiran perdagangan antara kedua-dua negara," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Serdang hari ini.

"Ini adalah bagi membuktikan bahawa Anwar bukannya satu-satunya individu yang berurusan dengan mereka (Israel). Bahawa orang lain juga lakukannya," katanya.

Mahathir juga menuduh bekas timbalannya itu sebagai rakan karib rejim Yahudi sejak sekian lama sambil menambah Anwar ibarat ‘sesumpah’ yang kerap menukar pendiriannya mengikut kesesuaian hadirinnya.

"Apabila beliau dengan orang Cina, dia jadi orang Cina. Apabila dia dengan orang Melayu, dia bertukar jadi ulama," sindir Mahathir.

anwar with us troopsBeliau juga mengulangi dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjadi sasaran bagi ‘regime change’ oleh Israel dan Amerika Syarikat yang mahu melihat Anwar menjadi perdana menteri.

Ditanya apa nasihat beliau kepada Najib, Mahathir cuma mencadang presiden Umno itu supaya berhati-hati.

"Saya tidak fikir saya perlu menasihatinya. Saya memberinya amaran bahawa dia adalah sasaran ‘regime change’, jadi berhati-hati," katanya lagi.

Mengulas laporan media asing baru-baru ini bahawa Malaysia menghentikan penghantaran bekalan minyak sawit ke Iran, Mahathir berkata mungkin negara ini dipaksa berbuat demikian kerana tekanan oleh Amerika Syarikat.

"Kita merdeka, tetapi tidak benar-benar bebas," katanya sinis.


- mk

2 comments:

  1. kata dulang paku serpih kata orang awak yang lebih pulut-pulut buah peleter saja mulut hendak berleter
    kalau sakit makan ubat, dah tua kena bertaubat..jangan tau buat...insaflah dunia hanyalah untuk keseronokan dan tipudaya kehidupan akhirat yang kekal abadi .......................

    ReplyDelete
  2. Ha..ha.. ada yang tercubit rupanya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa