Saturday, September 22, 2012

Sib Baik 20 Orang, Kalau 2,000 Bagaimana?

Mampuss kau Kor Ming!
Apa macam DAP,  ada Respond?
20 Anggota DAP Pantai Remis Keluar Parti, Sokong BN
BERUAS: Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis di sini, Sabtu mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka berkata langkah menyokong BN itu dibuat apabila DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini.
Seorang daripada mereka yang keluar parti, S. Ravee, 39, berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu. "Mereka juga janji untuk bagi kami satu ekar (0.4 hektar) tanah untuk kami bina rumah atau untuk buat projek tanaman selepas kami isi borang berharga RM60 tapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.
Pada majlis itu, anggota DAP yang keluar parti bertindak memotong kad keahlian parti itu sebagai simbolik tindakan mereka menyertai BN.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Azhar Ahmad berkata rakyat di kawasan itu mula sedar akan kesungguhan BN dalam membantu rakyat.
Beliau juga yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-13. Pada pilihan raya umum lepas kawasan Parlimen itu dimenangi Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.- mStar

2 comments:

  1. Ahli2 x-DAP yang paling tonggong di dunia.Mana boleh DAP bagi tanah di Perak sekarang? Siapa kerajaan di perak sekarang? Tunggulah janji UMNO Bruas sampai hari kiamat, hang boleh dapat tanah tu ke tidak?

    ReplyDelete
  2. XUMNO

    Itulah masalahnya bila berhubung dengan manusia bodoh!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa