Saturday, September 22, 2012

Kerana Tinggi Nilainyalah Tak Boleh Biarkan Di Tangan 'Parti Syaitan'!

Apa yang dibuat hari ini akan ditanggung sehingga ke Cucu-Cicit. Ini termasuklah hutang negara akibat kerakusan dan keborosan kerajaan BN berbelanja.

Ketirisan semaikin menjadi-jadi....

Bayangkan RIV yang berharga RM150,000 menjadi RM690,000. Itu baru sebuah RIV, bagaimana pula dengan Kapal Perang, Jet Pejuang, Kereta kebal dan peralatannya?

Ini di dalam kelengkapan pertahanan sahaja. Bagaimana pula dengan sektor-sektor lain?
Pentadbiran dan Pembangunan pula apa macam?

Beli lembu beranakkan Kondo!

Sabtu September 22, 2012
Masa Depan Terlalu Tinggi Nilainya Pantang Diserah Kepada Pembangkang - PM
JOHOR BAHARU: Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya...Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).
"Allah S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan InsyaAllah Allah akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, Sabtu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.- mStar

7 comments:

  1. biar pada buaya & naga habislah negara ! ABU sahaja penyelamat negara dari penyamun sekutu apco !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. NUAR BELUM JD PM DAH ADA JET PRIBADI

    AMACAM HAHAHAAHAH

    ReplyDelete
  4. Amuraria

    Harap-harap janganlah masuk ke mulut rimau pula. Doakan semoga malaysia selamat

    ReplyDelete
  5. Anon

    Kenapa tak sebut villa nuar kat US yang puak-puak ko orang dok bising dulu tu!

    ReplyDelete
  6. papa, ade gak lembu ikut blog papa ni...pergh, ni mesti spesis lembu dok kondo n tgk astro, tu psl pandai baca blog...=p

    ReplyDelete
  7. Along

    Ni jenis lembu yang duduk dalam aircond dan tidur dalam kondo!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa