Monday, November 26, 2012

Kesiaaan, Situa Nyanyuk Yang Takutkan Hantu Ciptaannya Sendiri

Memang dia dah nyanyuk.
Dia dah lupa dari mana asal-usul Anwar!

Dan satu lagi cara bagaimanakah lagi rakyat menunjukkan bantahan mereka?
Dengan cara lain yang mungkin lebih baik (ikut kacamata kerajaan) sape pun tak layan sebab bagi mereka rakyat hanyalah alat untuk mereka mendapatkan kuasa dan harta. 

Tak caya tanyalah sinyanyuk ni sendiri - Najib dan Nazri hanya ikut langkah dia!

PRU: Pihak kalah perlu terima hakikat, kata Dr M
RUZY ADILA IDRIS
26 November 2012
KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan  membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

2 comments:

  1. dah bagi memo, kat parlimen dah bantah, mcm2 dah buat...tapi kerajaan takmo dgr, demonstrasi la jalan yg terbaik bagi kerajaan dgr.

    ReplyDelete
  2. biasa lah che det, ini negara demokrasi kan?? Klu demo pun tak boleh, baik isytiharkan saja negara ni negara komunis!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa